CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Dilema

Hujan lebat menyembah bumi. Sedikit tempias terkena baju kurungnya. Natasya makin gundah. Malam kian gelap. Bimbang sungguh hatinya mengalami masalah begini. Salah dia juga terlalu tekun membuat kerja di pejabat.

Sedang sibuk Natasya membetulkan kainnya, dia terpandang seorang lelaki dengan payung. Dia memandang lama. Bimbang pula bersendirian begini. Teksi pula tak muncul-muncul juga. Hati mula membisikkan doa. Agar dia tak timpa musibah.

“Assalamualaikum,” Natasya kaget. Salam tak dijawab. Dia gerun. Masalah muncul!
“Awak jangan takut. Saya bukan hantu. Lagipun ada ke hantu bagi salam?” Ketawa lelaki itu perlahan.
“Tak kelakar okey,” Dia menjadi bengang tiba-tiba. Takut tetap ada. Tapi dia pura-pura berani.
“Awak takut kan duduk sorang macam ni. Dah malam, hujan pulak tu,” Sengaja Daniel Haziq menduga hati perempuan itu.
“Saya tak takut. Kalau saya takutpun, awak kisah apa?” Kasar bunyinya. Haziq senyum sinis.
“Perempuan tak elok cakap kasar tau. Nanti tak ada yang nak,” Lagi sekali Natasya terkena. Geram!
“Sibuklah. Awak ni datang tak diundang, pergi takkan nak dihalau?”
“Awak ni garanglah. Takut saya,” Haziq ketawa. Seronok pula dia menyakat gadis itu. Sudah lama dia perhatikan gelagat gadis itu. Kejap betulkan tudung. Kejap pegang kain. Kejap bercakap sendiri. Hatinya berbunga melihat aksi gadis itu. Sebab itu dia memilih untuk menegur. Bimbang jika terlepas peluang berharga ini. Kadang peluang itu datang sekali saja.
“Awak ni kenapa? Sudahlah, jangan ganggu saya,” Rimas pula Natasya. Dia mula berkira-kira mahu pergi dari situ.
“Cop awak nak ke mana tu? Hujan kan ni. Jom saya payungkan awak sampai ke kereta saya,” Laju Haziq menuturkannya. Natasya berpaling.
“What?” Dia pelik dengan pelawaan lelaki itu. Dan dia bertambah pelik bila dia sudi berdiri di payung sama dengan lelaki tak dikenali. Seakan magnet berlawanan. Dia mengikut langkah lelaki tak dikenali ke keretanya.
“Awak tinggal kat mana?” Haziq segera bertanya setelah enjin dihidupkan.
“Ah? A awak tinggalkan saya kat KL Sentral jelah,” Dia tergagap. Sejuk menyelinap ke seluruh badannya.
“Lah, niat saya baik wak. Takkan saya nak hantar awak separuh jalan je?” Haziq tak berpuas hati.
“Awak, saya dah terima pelawaan awak ni dah cukup baik kan. Saya tak suka terhutang budi. Please, nanti saya bayar duit tambang,” Natasya sudah tiada pilihan lain. Dua-dua pilihan yang ada menjerat diri. Dua-dua tetap akan ada kemungkinan negatif. Kalau dia tinggal di situ mungkin ada orang jahat yang akan mengganggunya. Jika dia mengikut lelaki ini juga kebarangkalian yang sama. Jadi dia berserah sahaja.
“Baik. Kalau itu yang awak mahukan. Tapi saya tak nak duit awak. Saya ikhlas hantarkan awak. Bandar ni bahaya. Awak tak patut balik lewat macam ni,” Haziq mula berceramah. Seperti dipukau, Natasya hanya diam seribu bahasa. Sesampainya di KL Sentral dia mula bersyukur kerana lelaki itu tak mengapa-apakannya.
“Terima kasih awak. Awak umpama malaikat yang Allah hadirkan untuk saya,” Natasya sebak.
“Tak apalah. By the way, nama saya Daniel Haziq. Ni kad saya. Kita boleh jadi kawan kan?” Natasya tak fikir panjang lalu mengangguk laju. Mereka bertukar kad dan Haziq berlalu dengan segaris senyuman sebaik saja Natasya masuk ke bangunan tersebut.

Xxxxx

Setiap hari bagaikan satu penyeksaan padanya. Setiap detik yang berlalu seakan lambat baginya. Hati mula tak senang. Soal hati dan perasaan memang sukar dimengerti. Dia tahu hakikat itu. Sebab itu seboleh-bolehnya dia mengelak dari terjebak ke masalah jiwa. Namun, sebaik-baik perancangan sekalipun takkan dapat terlaksana tanpa izinNya. Dia mengeluh entah kali ke berapa. Segalanya tidak kena. Entah apa yang merasuk hatinya kala ini. Fikirannya menerawang entah ke mana.

Dia mula menyesali apa yang terjadi. Kalaulah dia tak menerima bantuan lelaki itu hari hujan lebat itu. Tak perlulah dia pusing kepala memikirkan hati dan perasaan. Kata-kata lelaki itu terus-terusan mengganggu hatinya saat dan ketika ini.

“Saya ada untuk awak. Saya nak sayangi awak secara halal. Saya nak jadikan awak isteri saya. Adakah peluang itu untuk saya wahai Natasya?”
“Saya tak tahu nak jawab macam mana,” Natasya bingung. Segalanya pantas baginya. Sekejap cuma mereka berkenalan. Tiba-tiba dilamar.
“Tasyam saya ikhlas. Tolong jangan kecewakan hati saya,” Makin lama makin bingung. Lalu Natasya meminta masa memikirkannya. Dia tak boleh beri jawapan sekarang. Itulah alasannya. Kusut. Dia benar-benar kusut.

Xxxxx

“Tak salah kalau kau nak terima dia. Cuma kau kena tanya hati kau sama ada kau betul-betul boleh terima dia atau sebaliknya,” Nasihat sahabat dia dengar dengan tekun.
“Tapi aku tak sure hati aku macam mana. Bila dia tak ada aku rindu. Aku rindu nak sembang dengan dia. Tapi rindu tak semestinya suka kan? Suka tak semestinya cinta?” Keluh Natasya perlahan.
“Baik kau fikir bebaik. Peluang mungkin hanya sekali ni je. Mungkin kau takkan jumpa lelaki sebaik dia. Berani mengambil risiko. Terus terang aku kagum dengan dia,” Shila berkata lagi.
“Tengoklah macam mana. Aku pun tak dapat fikir lagi sekarang. Mungkin ni mainan syaitan je. Nak goda aku. Entahlah, aku buntu,” Shila tak mampu membantu. Ini hal hati dan perasaan. Dia tak boleh menentukan bagi pihak Natasya. Natasya sendiri kena memastikan hatinya sendiri.

Xxxxx

Udara tepi pantai sungguh mendamaikan. Dia suka pantai. Pantai simbol romantik bagi dirinya. Keindahan alam dinikmati dengan sepenuhnya. Deheman di belakangnya membuatkan dia tersenyum. Natasya berpaling memandang suaminya.

“Hai, takkan datang sini nak tengok pantai je. Abang ni dah macam tunggul dah Tasya buat,” Seakan rajuk nadanya.
“Mengada. Abang jugak yang beria nak bawak saya datang sini. Lepas tu nak merajuk pulak. Tak kuasa nak melayan abang. Mengada!” Dia tahu lelaki itu sengaja. Sengaja mengganggu ketenteramannya.
“Tak baik kata macam tu. Abang suami Tasya tau. Ingat tu,” Sedikit terguris hatinya. Haziq tahu Natasya memang caranya begitu. Namun, keadaan kini tak sama. Dia suami. Natasya perlu sedar hakikat begitu.
“Abang sorry,” Suaranya sebak. Natasya sedar salahnya.
“Maafmu diterima sayang. Jangan buat abang macam ni. Cari isteri lain baru tahu?” Haziq ketawa lepas. Cuba menjernihkan keadaan.
“Beranilah abang. Kalau nak kahwin lain, kenapa nak beria mengorat saya dulu?” Geram pula Natasya. Isteri mana sanggup dimadukan. Walaupun gurauan, tetap terasa hatinya.
“Sorry sayang. Abang gurau jelah. Sayang abang ni sensitif betul. Tadi menung apa jauh sangat tu?” Haziq mendakap erat isterinya. Natasya tak menolak. Malah dia selesa begitu. Terasa selamat dan disayangi.
“Saya teringat masa saya nak buat keputusan untuk terima abang. Susahnya nak buat pilihan,” Haziq berkerut.
“Susah ke sayang? Abang senang je. Suka, yakin Tasya jodoh abang. Terus pinang. Tak payah fikir banyak,” Jujur dari lubuk hatinya.
“Abang-abang. Senang ya lelaki punya pemikiran. Semua nak senang je. Tapi masa saya nak terima abang. Macam-macam terlintas. Nak tak nak kena juga fikir bebaik. Saya takut tersalah pilih,” Haziq tersenyum.
“Sekarang Tasya yakinkan jodoh awak dengan abang?” Sengihan melebar.
“Mulalah tu. Abang ni kalau saya tak yakin. Saya takkan pilih abang. Dahlah nak masuk dalam. Sejuk angin luar ni,” Natasya cuba melepaskan pelukan suaminya.
“Jangan. Abang tak nak lepaskan. Cubalah jawab nada lembut sikit. Dengan suami pun nak garang-garang. Sabar jelah isteri abang ni,” Natasya mendengus.
“Siapa suruh pilih saya,” Dijelir lidah dan berlari ke dalam. Haziq cepat-cepat berlari dan memujuk si isteri. Dia tahu isterinya menjadi begitu kerana latar belakangnya. Natasya membesar dengan lima lelaki termasuk ayahnya. Jadi dia tak tak reti bergaul seperti perempuan lain buat. Namun, perubahan demi perubahan telah dia cuba. Alhamdulillah, suaminya memahami. Walau kadangkala Haziq juga terasa hati.
“Sayang…” Natasya berkurung dalam bilik air.
“Sayang takkanlah sebab tu pun nak merajuk. Keluarlah sayangku intan payung. Si jantung hati,” Haziq merayu-rayu. Natasya sudah tidak tahan menahan tawa. Mulutnya ditutup rapat. Perut ditekan-tekan.
“Sayang, jangan buat abang macam ni. Susah payah nak dapatkan awak tau. Setelah gunung kinabalu abang redah, lautan pasifik abang renangi…” Natasya ketawa lepas.

Terhibur dengan telatah suami sendiri. pintu dibuka dengan rela. Senyuman dihadiahkan buat suami tersayang. Cinta anugerah Allah yang Esa. Dia bersyukur menemui cintanya. Mungkin, segalanya tampak sukar pada permulaan tak semestinya akan selamanya sukar. Percaya pada jodoh. Allah telah menentukan segalanya. Bahagia milik semua.

Nota Iffah: Aku tak tahu kenapa cerpen ni dikarang dua hari. Feel tu korang rasa tak? Aku tak rasa apapun. Yang aku tahu janji siap. Wahai hati tenanglah dikau. Tolonglah T.T
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

cintailmu89 said...

hati x tenang apa ubat dier?
hehe

Kira Kekuri said...

feel tuh? rasa-rasa! hehehe *suka baca ni

reenapple said...

feel??? Entah,,, au rasa feel masa dia nak buat pilihan tu.. aku rasa feel sweet masa ending tu.. asal kau atak ada feel lak?? Kau yang karang.. supposely ada feel tau.. hehehe.

By the way.. ending kau selalu sweet je.,, hehehe

Kira Sakura said...

akak rasa jer feel tue xkn tuan pnye cerpen xleh rasa? hihihi...

ada lelaki yg mmg mudah menuturkan kata sayang dan cinta walaupun perkenalan sekejap cuma. namun kena ingat, ada juga lelaki yang senang melupakan apa yg dia kata sepantas 3 saat..

jodoh rahsia Allah, klu bukan dgn dia yg kita harap pasti punya seseorang lain yg lebih baik yg blh kita bergantung harap. :)

*akak pun tatau npe akak tetiba nk sent komen cm nie*

Lydia Miza said...

untunglah duk dlm bilik air ada yg nak pujuk...

Sunah Sakura said...

nice je yu

fRaMe+LenSeS said...

Majuk ye? Okeh abg nk majuk gak. *smbil lari p tepi pntai cari awek. Ahahahahahahahs

Nong Andy said...

amboi... ayat power ni :)

" gunung kinabalu ku redah.. lautan pasifik..."

*semalam baru baca separuh, ada iklan pula kat rumah. ni baru baca habis :) er.. hati ko x tenang?

CikUna said...

fuyooo.. memang romantika de amor seh.. hehe apapun tetap kagum kalau cinta yang kita dapat dengan pantas bersatu hingga ke syurga.. eyh apakah ayat Una ?? hehe

** memang terbaik der semua cerpen kat sini.. hehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers