CORETAN TERBARU NADH

Hidup umpama memandu

Kalau orang takrifkan hidup dengan air dan sebagainya. Aku nak buat definisi dari pandangan aku pula.

Hidup umpama pemandu yang memandu kenderaan.

Ada cermin di sisi juga di depan.

Ada juga di tengah untuk memandang ke belakang.

Ada pedal minyak ada juga brek.

Ada brek tangan.

Ada juga gear.

Stereng tak lupa.

Tapi apa kaitan semua ni dengan hidup kita.

Mudah, kita perlukan pedal minyak untuk kelangsungan hidup. Kita kena teruskan perjalanan. Adakala kita perlu tekan brek bila mana kita terhalang dek sesuatu. Kemudian sambil maju ke depan kita perlu lihat ke belakang. Betapa banyak sejarah yang kita tinggalkan.

Cermin sisi sebagai teman. Adakala kita perlu nasihat dari orang lain. Bukan kita syok sendiri menempuhi kehidupan. Adakala kita perlu tukar gear mengikut situasi. Gear sedih, gear kuat, gear marah, gear tegar, gear ceria. Segalanya perlu ada dalam diri.

Lepas tu sampai masa kita akan guna brek tangan. Masa tu adalah penamat. Penamat sebuah ceritera kehidupan. Kita alpa sedikit, maut menanti. Kita leka sebentar cuma tersesatlah jalan yang kita nak tujui. Kita lalai, kita akan tersasar dari jalan. Kalau sempat kembali tak mengapa, kalau terus menuju Tuhan tanpa sempat bertaubat?

Jadilah pemandu yang berhemah. Jangan tergopoh mengejar yang di sana. Jangan terlalu lambat takut-takut belum sempat ke destinasi, kita dah dilanggar dari belakang. Sekian.
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 comments:

Kira Kekuri said...

saya nak jadi pemandu yg berhemah :)
harap sampai ke destinasi yg betul d akhirat sana

Rozuan Ismail said...

analogi yg bagus

reenapple said...

errr.. perumpamaan yg bagsu.. heheh

tapi aku tak tahu memandu lagi.. kikikiki.

Nong Andy said...

wah.. hidup umpama mamandu. erm.. macam boleh pakai juga :D

berhati-hati di jalan raya. ingat yg tersayang (iklan pula dah..)

Shiema Sufian said...

Bagusss, Cuma hidup ini tak boleh menggunakan gear reverse. sebab masa tak boleh undur kembali (:

Woofer Storm said...

semoga anda bisa sampai ke destinasi impian anda dengan jayanya tanpa perlu mengharungi cabaran yang sukar..

#slmt mlm miss ran..

deno said...

wah.... pemikiran ifah out of the box!! terbaekkkk! deno setuju! :)

xila riston said...

wow...memandu ikut had kelajuan...pndg side mirror k. ;p

lieynanilaz said...

cerita yg bagus...kadang kita berhati-hati tapi mungkin bukan bagi orang lain..(kes kemalangan yg saya lalui bulan lepas..buat pengajaran juga kat saya..

yana-feehily said...

nice.. :)

insyaallah cuba jadi pemandu yg berhemah.

kiera'sakura said...

wahhhh makin kagum akak dengan iffah nie...

*makin besar hajat nk berkereta besar makin kerap pening kepala* :p

EruzuLiyana said...

bagaimana kita memilih jalan, begitulah masa depan kita :)

Asyikin said...

Jenis kenderaan melambangkan diri kita sendiri, murah ia murahla juga cari kita handle diri sendiri. Eh pepandai jek aku ! Hahahahahaha ;p

maszull said...

assalamualaikum iffah...satu peringatan yg bagus skali...:)

Sis AI said...

Pergh, mengena jgk prumpamaan sis ni. InsyaAllah sis, akn ingt2 slalu bab hidup ni.. Ibarat seorg pmandu..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers