CORETAN TERBARU NADH

Peluang yang mendatang

Mungkin orang akan kata peluang datang sekali je. So grab it!

Ada juga yang akan kata peluang tu akan hadir bila dan ketika yang kita takkan tahu.

Ya, ada yang kata peluang itu ada. Cuma perlu sabar menantinya.

Tapi aku kata. Percaya bahawa peluang itu berharga. Sekali kau lepas, mungkin ada dua jawapan. Sama ada tiada lagi peluang untuk kau. Atau peluang yang lebih baik akan muncul. Bukan tamak. Tapi tak nak tergesa-gesa.

Mungkin peluang yang datang takkan datang lagi. Kau akan menyesal sebab tak ambil peluang tu. Tapi mungkin juga peluang lebih baik akan muncul setelah itu. Kau tak boleh tamak. Kau kena pilih. Hidup ni pilihan. Tapi sekali kau berpeluang untuk itu, baik kau ambil segera. Risau, takut-takut belum sempat peluang kedua datang, ajal pula yang mendekat.

Jadi hidup berisiko. Sentiasa. Kau pilih. Segala peluang memamng berisiko. Pilih ikut kata hati. Peluang sangat berharga bila kau menghargainya. Macam hidup, bila kita hargainya, hidup lebih bermakna. ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

fRaMe+LenSeS said...

apa pn yang dipilih. hargainya. jgn nyesal sebab suma dah ditentukan. ;)

aDisH.sHidA said...

KENA SYUKUR DAN HARGAI APA YG DIMILIKI...BILA DAH TERLEPAS BARU TAHU BETAPA BERNILAI NYA IA

Aien Not Alien said...

setiap peluang yang ada hargai sebaiknya, akan datang belum tentu diberi peluang yang sama kalau dilepaskan~



*ini sudah salah paham, suka berbual dengan "Kuat Berbual" berbeza sayammm....maaflah kalau salah faham, saya tak pandai karang ayat :D

Unknown said...

hargai setiap peluang yg dtg depan mata. pilih jalan yg tbaik

nabila azmi said...

jln2 sini....=)=)kata hati=)

intan.maisarah said...

hargai hidup
hargai peluang yang ada
hargai yang ada di depan mata

msredcheesecake said...

setiap peluang untuk kebaikan berharga....

Eera Shera said...

peluang sentiasa ada bila kita slalu mencuba..doa pn sama!

Dayang Deno said...

peluang memang perlu dihargai... :)

tetapi ada satu peluang yang deno dapat terpaksa tolak.. peluang dapat kidney masa form3 tapi terpaksa tolak beri org lain sbb sle aktif.. sabar je la..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers