CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Bawalah pergi cinta itu (Cinta bukan paksaan versi Hafizi)

Gambar dari google

Hafizi termenung. Itulah kerjanya seharian. Sukar sungguh dia melupakan Najwa. Ya, Najwa. Cinta yang bertepuk sebelah tangan sangat menyakitkan. Bukan dia tak tahu Najwa terus-terusan menolak. Namun, dalam pada masa yang sama dia masih berharap, berharap agar Najwa berubah hati.

“Najwa…” Hafizi mengeluh perlahan. Dia suka dengan Najwa. Hanya Najwa mampu melayan karenahnya. Mungkin pada Najwa hanya sekadar kawan namun baginya lebih dari itu. Najwa pernah sekali memarahi Hafizi. Namun dia tetap berdegil dengan rasa yang mulai bercambah di lubuk hatinya. Hafizi meraup wajahnya.

“Aku kena lupakan kau. Wajib,” Hafizi sekali lagi membuang pandang ke arah bukit nun di sana. Hobinya berjalan, mentafsir dan melihat kebesaran Allah S.W.T. Dia suka mengambil gambar pemandangan. Baginya itulah hobi yang menenangkan jiwa. Sentiasa kembali kepada fitrah. Sekali lagi DSLR Nikon D5100 di tangan didekatkan ke mukanya.

“Shoot!” Hafizi menyebut perlahan. Matahari terbenam jua. Dia suka saat itu. Saat matahari terbenam menandakan hari itu berlalu. berlalu meninggalkan kisah sedih. Makin lama makin dia suka saat itu. Saat itu membuatkan dia lebih kuat menghadapi hari-hari kelak. Dia cuba menjadi kuat. Kuat untuk terima hakikat hati Najwa bukan miliknya. Bukan miliknya sejak dulu, kini serta mungkin selamanya.

“Najwa, berbahagialah kau sekarang…” Air mata lelakinya menitik lagi. dia tak kuat. Setiap kali nama itu disebut, hati memberontak kehibaan.

Xxxxx
Dari semalam dia berada di Cameron Highlands. Niat Hafizi cuma satu, melupakan kisah luka. Cinta sememangnya bukan paksaan. Dia tahu salah dia kerana mengharap sesuatu yang tak pasti. Namun, tak salahkan mencuba?

“Assalamualaikum…” Hafizi menjawab salam namun tak segera menoleh.
“Maaf encik,” Perempuan itu biasa saja. Bertudung. Cermin mata menghiasi wajah. Beg sandang kelihatan besar tersangkut di bahunya. Kamera perempuan itu menarik minatnya.
“Ya, ada apa boleh saya tolong, cik?” Hafizi senyum sedikit.
“Saya nak tanya hotel bajet kat sini mana yang okey? Maaflah saya tak familiar dengan tempat ni,” Perempuan itu membetulkan duduk kamera yang tergantung. Tak selesa lagaknya. Hafizi senyum lagi.

Setelah itu dia menerangkan hotel yang dia menginap sekarang. Hargapun berpatutan. Dia tahu perempuan itu cintakan keindahan alam. Lihat saja kamera dia tahu minat mereka sama. Lagipun bagi Hafizi tak salah membantu orang yang memerlukan bantuan. Dia tahu hakikat prinsip itu. Jangan lokek berbuat baik walaupun belum tentu orang berbuat baik dengan kita kerana Allah maha mengetahui setiap yang dikerjakan oleh hambaNya. Itu pegangannya hingga kini.

Xxxxx

Dua mata bertentang saat ini. Hanya lirikan memahami antara satu sama lain. Hafizi dan Nalisa senyum sendiri. Perancangan telah dibuat. Sejak pertemuan mereka di tempat peranginan setahun yang lepas. Mereka menjadi akrab. Hobi dan minat yang sama membuatkan mereka senang antara satu sama lain.

“Lepas ni boleh check in,” Nalisa sengih.
“Apasal pulak? Jomlah kita jalan-jalan dulu,” Hafizi tak berpuas hati. Dia teruja melihat keindahan alam yang terbentang luas.
“Penatlah abang oi,” Begnya diturunkan dari bahu. Lenguh berjalan.
“Alaaaa nanti pemandangan tak cantik macam ni lagi sayang,” Rungut si suami. Hafizi dan Nalisa berkahwin akhirnya. Itupun setelah lama Nalisa menjadi pendengar setianya. Hafizi memerlukan waktu untuk lupakan Najwa. Cinta yang tak kesampaian. Nalisa hadir sewaktu dia memerlukan teman. Mereka saling melengkapi. Hafizi takut akan kehilangan cinta. Akhirnya, lekas-lekas dia masuk meminang. Mujur saja Nalisa setuju.
“Sorry, abang pergilah sorang. Saya letih ni,” Nalisa buat muka kesian. Dia tahu Hafizi takkan sampai hati.
“Ala, mana aci guna taktik sama!” Pantas jari Hafizi mencubit pipi isterinya. Geram.
“Bolehlah ye bang. Saya naik dulu. Byeeeee!” Sengaja Nalisa kuatkan suaranya. Dia letih. Pantai itu kelihatan cantik. Cuma dia saja yang terasa malas untuk mengambil gambar. Bukan malas apa, malas nak jadi model tak bertauliah suaminya.
“Okey, kalau cara halus tak boleh jalan. Kita guna secara kasar,” Suara suaminya berubah. Nalisa mula ketakutan. Adakah lelaki itu benar-benar marah? Dia diam tak berganjak. Menanti kata seterusnya.
“Arghhhh abang ni kan!!!” Jeritannya kuat sekali. Mana taknya, Nalisa didukung oleh Hafizi. Dia malu.
“Abang turunkanlah saya,” Hafizi hanya ketawa. Lucu dengan riak wanita dicintainya itu.
“Tak mahu. Kan Lisa jugak kata nak check in. Ni abang nak bawakkan la ni,” Sengihannya kelihatan nakal. Darah menyerbu ke muka Nalisa.
“Abang, jangan nak mengada. Malulah orang tengok,” Nalisa merengek perlahan. Dia malu sebenarnya. Orang putih sudah tersengih-sengih. Dia tak tahu mana nak sorok muka. Hafizi kadang kala sukar dijangka perangainya. Suka spontan. Kadang buat pening kepala.
“Abang tak nak turunkan selagi isteri abang Puan Nalisa, tak mahu pergi shoot kat pantai. Lagipun matahari nak terbenam dah ni,” Hafizi yakin taktiknya berjaya.
“Baik. Turunkan saya dulu,” Nalisa lega dia diturunkan. Sengih memandang Hafizi yang sudahpun gembira raut wajahnya.
“Babai bang…” Ketawa Nalisa kuat.

Dia berlari ke pantai dengan bahagia. Hafizi tertipu. Lantas dia pula mengejar. Adegan kejar mengejar di pantai membuatkan Hafizi lupa tentang minatnya yang satu itu iaitu menangkap gambar pemandangan matahari terbenam. Dia tahu isterinya enggan bukan kerana penat. Cuma isterinya cemburu. Apabila matahari terbenam pasti Hafizi mengenangkan cinta lamanya. Isteri mana tak cemburu. Namun, hobi dan minatnya sudah sebati. Sukar dinyahkan dari jiwa.

Dia tahu lambat laun dia boleh memberikan sepenuh hatinya buat si isteri tercinta. Bukan lagi bermain dengan kenangan lalu. Dia tahu dia salah. Tapi, kenangan tetap kenangan. Tak boleh dipadam kerana ia sejarah dan kerana kenangan lama itulah maka tercipta kenangan baru. Kehidupan Hafizi dan Nalisa sebagai suami isteri lebih utama jika dibandingkan kisah cinta tak berakhir dengan kebahagiaan.

“Nalisa, bagi abang peluang…untuk lepaskan Najwa selama-lamanya…” Bisik hatinya syahdu. Sukar untuk melupakan yang lama walau ada yang baharu. Bukan dia tak mahu, kadangkala terselit juga Najwa di balik minda. Dia tak sengaja. Dia tak mahu semua itu. Sekarang dia hanya berusaha dan berdoa. Cinta pada Najwa hanyalah kenangan namun cinta pada Nalisa adalah kenyataan. Itu dia pasti. Itu dia yakin. Itu dia cuba laksanakan.

“Nalisa, abang sayang Lisa sangat-sangat,” Pelukan dieratkan. Nalisa suka. Pemandangan matahari terbenam diperhatikan bersama. Moga dalam hati suaminya, Hafizi tiada lagi insan bernama Najwa. Yang ada hanyalah Nalisa. Dia berharap dan takkan berhenti berharap. Hafizi juga. Begitulah kisah cinta Hafizi dan Nalisa serta bayang-bayang Najwa. Cinta bisa dipupuk, namun cinta sukar diusir dari hati di saat hati tak mahu membenarkan. Bukalah hati dan lepaskanlah cinta pada orang yang salah itu pergi. Pergi buat selama-lamanya.
Tamat~~~

Nota Iffah: Aku tak tahu penerimaan korang. Wan, Sunah, Reenapple, Nong Andy, Achie,Kak Ipar dan semua yang layan CINTA BUKAN PAKSAAN. Inilah kesinambungan versi Hafizi =) Harap dapat komen. Penat aku perah otak sebab ia semacam beku. Lama tak menulis mungkin =P
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

Nong Andy said...

apa yg di ketengahkan memang sampai (pada aku la)

aku tersentuh bila Nalisa cemburu bila Hafizi nak ambil gambar masa matahari terbenam. Ia manis sebenarnya, perempuan sgt sensetif hingga hal seperti itu pun di titik beratkan. kisah cinta kawin mereka simple tapi jln cerita hafizi melupakan cinta lama di smpaikan dgn cara yg menarik bagiku. dan tak lupa memang signature iffah..
mesti sweet dekat2 ending hehehe..

* Aku jeles.. kau dah tulis banyak aku satu pun belum ada!! cis...

Kira Kekuri said...

akhirnya bertemu jg dgn cinta hati si hafizi :)

Sunah Sakura said...

Rasa macam i dalam diri nalisa...nice plot..tersentuh!

Rapunzeel Cikilolo said...

aku pun dapat rasakan aura cerita ni. aku alami peristiwa yang sama. tapi aku belum kahwin lagi. haha

kiera'sakura said...

wehuuuu suka suka.. mcm tue la memperjuangkan cinta selagi termampu. jangan kalah dengan emosi diri sendiri yg kdang2 merosakkan hati... kan kan ;)

reenapple said...

aku belajar sesuatu dari sini.. kadang-kadang cinta yang kita dambakan itu, bukan milik kita, namun Tuhan itu Maha Adil, DIA anugerahkan cinta yang lebih baik dan elok untuk kita, lagi baik dari yang pernah kita dambakan..

# damn... aku tak tahu asal aku nangis baca cerita ni.. =(

Sis AI said...

Perghhh.. Wakaka! Sy taktau knapa sis, tp sy suka bca bila suami isteri ni bahagia. Entah la, dia mcm bg smangat kat kita utk lupakn kes2 cerai berai kat ngara kita. Syok je bca, haha!

aimie amalina said...

ehemmmmm

cameronn ye
kekekekee


pape cite kak ngah buat, opah ttp suke bace :))

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers