CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Semanis gula-gula pelangi

Hatinya tak keruan saat bangun tidur. Celik je mata kecilnya fikiran menerawang ke seseorang. Lama sudah dia memilih untuk tidak berteman. Bukan tiada yang mahu tapi dia sendiri tak bersedia memikirkan hal jodoh, cinta dan nikah. Malah pernah juga dia ingin melupakan saja soal itu sampai bila-bila.

Entah mengapa, hati yang disinggahi rasa aneh itu. Rasa yang sekian lama tak ada. Suka. Ya, dia suka. Suka kepada seseorang. Kehadiran lelaki itu tiba-tiba. Muncul entah dari mana lalu menganggu ketenangan hatinya bertahun lamanya.

“Ah buat apa aku fikir pasal dia,” Fatehah bangkit segera. Jam menunjukkan 7 pagi. Dia terlewat untuk subuh. Selalu begitu.malam tadi entah pukul berapa baru berjaya dia lelapkan mata. Sukar sekali. Macam-macam yang dia fikirkan. Semuanya tentang lelaki misteri itu.

Xxxxx

Fail yang dicari tak dijumpai juga. Entah mana dia letak. Aisyah dan Mimie memandang pelik. Namun, mereka malas masuk campur.

“Korang kenapa?” Fatehah tercengang melihat kedua teman serumahnya.
“Patut kitorang yang tanya kau kenapa?” Mimie memandang Aisyah, Aisyah memandangnya semula. Kedua mengangkat bahu hampir serentak.
“Aku pulak. Aku tengah cari file aku ni. Aku nak tengok sejauh mana aku dah settlekan kerja tu. Korang ada nampak tak?” Kepalanya seabut.
“Apalah kau ni. Kan fail tu ada kat kereta. Kau jugak kata malas nak keluarkan. Aish sejak bila kau jadi pelupa ni Tehah?” Aisyah menyampuk.
“Aahlah Syah. Aku baru ingat. Thanks beb!” Karenah Fatehah mengundang kemusykilan keduanya.
“Fatehah, kau ada problem ke?” Fatehah menggeleng saja. Diteliti fail tekun. Kerja ini seharusnya di buat di pejabat. Namun, semalam dia keluar awal untuk jumpa klien. Jadi malas hendak berpatah balik ke pejabat hanya semata menyiapkan kerja mudah. Dia enggan memikirkan soal lelaki itu. Baik saja dia meneruskan kerjanya yang tertangguh. Fatehah sangat berusaha mengusir jelmaan lelaki itu.

Xxxxx

Hujung minggu dia bersendirian. Dia malas bergerak ke mana-mana. Walaupun ada kereta sendiri, dia lebih gemar memerap dalam rumah. Fatehah berserabut. Makan pun tak lalu. Dia buntu. Sejak akhir-akhir ini fikirannya terganggu. Ada yang berjaya merampas ketenangannya selama ini. Akif. Lelaki misteri yang benar-benar mempengaruhi mindanya kala ini. Satu kerja pun gagal dilakukan. Dia masih ingat perbualan dua hari lepas.

“Saya senang dengan awak. Saya suka kawan dengan awak tau, Fatehah,” Luahan itu menggamit sanubarinya. Namun, segera Fatehah menggeleng. Mustahil cinta mudah dipupuk bagai dikata.
“Kenapa tak boleh?” Fatehah menggigit bibir. Lelaki misteri tiba-tiba minta izin nak bercinta. Bercinta?
“Sebab saya tak sedia terima sesiapa,” Fatehah memilih jawapan paling mudah. Dengan harapan lelaki itu berputus asa. Namun, meleset sekali jangkaan mereka.
“Saya percaya pada jodoh. Saya suka awak. Kalau boleh nak kahwin dengan awak,” Fatehah tergamam. Kepala menunduk ke bawah. Entah bagaimana dia perlu respon terhadap lamaran drastik ini.
“Please say something sayang,” Akif masih berusaha. Jelas, dia bukan lelaki mudah berputus asa. Malah berani.
“Sayang? Senang sangat kan awak sebut perkataan tu? Lelaki memang macam ni ye?” Fatehah geram.
“Saya terlepas. Tapi serius saya dah mula sayang awak. Sayang awak Fatehah,” Fatehah mendengus. Dia rimas tiba-tiba.
“Stop call me sayang. Otherwise, saya takkan kawan dengan awak lagi,” Dia segera berjalan laju keluar dari restoran itu.

Selalu sangat dia ke Restoran Sambal itu. Tak sangka pula ada lelaki mengintipnya dalam diam. Dia berasa takut tiba-tiba. Akif pula hanya mampu memandang kelibat perempuan itu pergi. Hatinya telah menyatakan cinta. Tapi, perlukah cintanya ditolak mentah-mentah. Dia kecewa.

Xxxxx

Sebulan peristiwa itu berlalu. sebulan juga fikirannya berkecamuk. Dikala hati membisikkan rindu. Lelaki menghilang. Senyap tanpa kata. Merajuk mungkin. Cinta tak berbalas memang perit. Namun, kini dah berbalas. Cuma Fatehah tak mampu luahkan yang dia mula sukakan lelaki itu. Setiap hari fikirannya tetap mengenangkan lelaki itu. Setiap tingkah pasti tak kena. Kadang dia menyesal kerana terlalu cepat menolak cinta yang datang. Dah hilang baru tergagau mencari semula.

“Akif, saya rindu…” Air mata mula mengalir. Dia kalah dengan egonya sendiri. dia kalah dengan prinsipnya sendiri. Dia kalah!
“Oi apahal ni?” Mimie mula merasakan sesuatu yang pelik.
“Kau kenapa Tehah? Ada orang buli kau ke kat pejabat?” Mimie mencuba lagi. Namun, Fatehah masih membisu. Malu nak mengatakan rahsia hatinya. Malah malu kerana air matanya dipertonton. Dia jarang menangis di depan orang. Dia menangis lagi. Mimie menanti penuh sabar. Dipujuk hati Fatehah yang lara.

Xxxxx

Lagu Nera berkumandang.

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa,
Di hatiku bergetar sejuta rasa,
Namun sukar untuk aku meluahkan,
cinta padamu….

Seakan sama dengan kisah hidupnya kini. Entah bagaimana caranya meluahkan rasa yang membebani jiwa. Dia kepingin berbual mesra dengan lelaki itu lagi. Ingin mendengar panggilan keramat itu berulang kali. Dia mengaku dia kalah. Dia kalah dengan perang hati dan perasaan yang dia sendiri wujudkan.

Ipodnya dimatikan. Letih mendengar lagu sebenarnya. Lagu terlalu banyak mempengaruhi perasaannya. Mata memadang ke depan. Banyak lagi yang boleh menenangkan jiwa selain muzik. Dia mengorak langkah ke kedai yang berhampiran. Shopping time!

“Akif, cuba you tengok gaun ni. Okey tak kalau I pakai?” Suara itu jelas kedengaran saat langkahnya melintasi butik pengantin.
“Cantik sangat. I confirm memang cair tengok kalau you pakai. Kalah bidadari okey,” Suara itu memang sangat dikenali. Suara yang dia rindukan. Suara yang dia kenangkan. Entah mengapa hati berat untuk berpaling ke butik itu. Dia tahu Akif sudah ada yang punya. Tapi kenapa hatinya berat untuk menerima.

‘Argghhh lelaki semua sama!’ Langkahnya dilajukan. Dibawa hati yang kecewa ke tempat yang tidak menyesakkan dada. Ingin saja dia melempang lelaki itu. Tapi dia tak tahu apa sebabnya. Jiwa kacau!
“Wait, Fatehah! Kenapa awak jalan laju sangat ni?” Akif mengejar di belakang. Ya dia mengejar. Mustahil Fatehah ingin menunjukkan betapa hancurnya hati melihat drama tadi. Egonya masih ada. Sifat malunya masih tinggi. Dia berpaling lalu tersenyum.
“First time saya nampak senyuman awak. Cantik!” Fatehah geram. Semua wanita nak dipuji cantik. Dasar kasanova!
“Akif, oh ada orang rupanya,” Wanita itu memandang Fatehah atas bawah. ‘Comel!’pujian itu ikhlas dari hati. Putih melepak Fatehah. Cemburu juga dia dengan wajah itu. Polos saja.
“Hai Akif. Siapa dia ni? Hai!” Wahida menyengih. Ramahnya bukan main lagi.
“Oh nilah Fatehah. Yang I selalu cerita dengan you dulu tu,” Akif menjawab bersahaja. Fatehah jengkel tetiba. Rasa ingin lari dari situ tapi kakinya bagai digari. Berat!
“Oh inilah Fatehah. Nice to meet you. Adik I selalu cakap pasal you. Dia naik angau dibuatnya,” Fatehah tersentak. Lalu memandang lelaki misteri yang mengganggu emosinya sebulan lamanya.
“Sis, please stop it,” Akif tahu Fatehah tak selesa.
“Akif, jangan risau. I selalu restu kalau inilah pilihan you. Memang sesuai!” Fatehah hanya menunduk. Malu sendiri dengan telahan awalnya. Kakak rupanya!
“So, Fatehah, jangan kecewakan adik I. Dia memang ikhlas nakkan you. Oh ya, Kif nanti ajak Fatehah datang kenduri I okey?” Lalu wanita bergaya itu pergi. Malu pula Fatehah dibuatnya. Yalah, berdua-dua begini. Hati bagai mahu meletus. Ingin saja dia akui yang dalam hatinya sudah mekar bunga-bunga cinta. Namun, dia tak kuat. Dia lebih suka diam.

“Fatehah, kakak saya memang macam tu. Sorry ye,” Akif janggal.
“Tak apa. Saya suka kakak awak,” Fatehah cuba sedaya upaya menyembunyi rasa debarnya.
“Kakak je? Adiknya?” Sekali lagi hatinya berperang. Ingin saja mengatakan ya. Tapi dia diam menunduk malu. Akif meminta diri setelah Fatehah berdiam diri lama. Baginya, dia tak mahu memaksa hati orang. Cukuplah dengan Fatehah tak membencinya walau cinta tak berbalas.

“Akif!!!” Kuat jeritannya. Akif berpaling laju. Lantas dia nampak dari kejauhan Fatehah senyum dan angguk. Anggukan itu bermakna ya. Ya, Fatehah membalas cintanya. Akif berbunga bahagia. Cintanya tercapai juga akhirnya.

Xxxxx

Ikan dikeluarkan dari peti sejuk. Direndam pula dalam bekas. Hari ini dia ingin memasak gulai ikan tenggiri. Makanan kegemmaran seseorang.

“Miau…miau…” Fatehah sedia dengan perisainya. Pisau di tangan digenggam kuat. Kucing memang suka ganggu dia masak. Dahlah dia memang anti kucing. Geli. Takut. Semua ada.
“Hai sayang takkan nak bunuh abang kot,” Terperanjat Fatehah saat dia berpusing melihat tubuh suaminya benar-benar depannya kini.
“Abang ni kan! Mengadalah!” Dia geram. Takut sungguh dia jika ada kucing datang. Memang makan kat luarlah jawabnya kalau kucing sibuk turun padang.
“Aik, abang pulak. Kucing mana yang ganggu sayang abang ni?” Akif ketawa. Dia sengaja menakutkan Fatehah. Dia tahu kelemahan isterinya yang satu. Suka benar dia menyakat. Wajah putih Fatehah pasti akan merah kalau marah. Sebab tu dia suka. Comel!
“Abang tak payah pura-pura. Saya tau suara abang tadi kan. Mengadalah dia ni. Mujur tak layang pisau ni. Kalau tak jadi lanunlah abang,” Fatehah berpusing kembali. Tangannya dibasuh.
“Tengok, sayang sampai hati nak jadikan abang lanun. Setelah tujuh bulan abang tunggu, tujuh dulang hantaran abang beri, tujuh ribu jadi bukti sayang sanggup buat macam ni?”

Fatehah ketawa. Suaminya suka dengan nombor tujuh. Sebab itulah tak sampai tujuh bulan mereka tunang dan terus nikah. Kata Akif buat apalah berlama-lama. Jalankan yang wajib lebih utama dari tunjuk gah depan orang ramai.

“Sayang…” Pelukan dari belakang terasa eratnya. Suaminya sungguh manja.
“Ya cik abang oi. Kenapa?” Fatehah senang diperlakukan begitu. Dia bahagia. Tak sia-sia dia terima lelaki itu.
“Apa?” Akif soal pula.
“Apa? Bukan abang ke panggil saya tadi? Kenapa? Kalau tak ada apa, saya nak sambung masak ni. Kang berlapar kita dua ni,” Fatehah berusaha melepaskan diri. Bukan dia tak sudi, cuma masa amatlah tak sesuai. Malas juga dia melayan manja lelaki itu.
“Ala kejaplah sayang,” Rengek Akif.
“Mengadalah!” Fatehah berjaya lepaskan diri. Lantas dia lari ke ruang tamu. Akif segera mengejarnya. Namun, langkahnya terhenti saat mendengar jeritan isterinya.
“Ahhhhhh!” Jeritan Fatehah itu terus mengundang tawa. Dia lupa kejutan buat isterinya kerana sibuk menyakat di dapur.
“Abang ni apa ni?” Akif senyum.
“Hadiah untuk sayang abang. Selamat ulang bulan ke 7 perkahwinan kita sayang, sejambak gula-gula pelangi untuk isteri abang yang manis,” Fatehah terharu.
“Abang!!!” Pelukan erat. Dia bahagia kini. Hidupnya kini semanis gula-gula pelangi. Cinta sudah membuka matanya. Bukan semua cinta kejam. Bukan semua cinta berakhir dengan penipuan dan kekesalan. Cinta ini mendekatkan lagi dia dengan cinta yang Esa. Fatehah bersyukur kerana dia dapat mengecap rasa cinta lagi. Cinta perlu diluah barulah menjadi kenyataan yang kita inginkan.

Nota Iffah: nama Akif dan Fatehah ni anak murid aku. Fatehah tu tembam dan putih. Cemburu betul aku tengok budak comel tu. Hehe eh asal aku karang cerpen je ada orang merajuk. Ni penangan cerpen ke apa ni? Buat orang bunian yang di sana tu, jangan merajuk lama sangat. =)
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

reenapple said...

heee.. manis. semanis penulisnya... hehehe.

aku tertanya-tanya bagaimanalah rupa gula-gula pelangi itu.. =)

Sunah Sakura said...

nice...macam mana dia nak habiskan gula2 tu agaknya...

Nong Andy said...

Yang manis...

" Kakaknye? Adiknye?"

haha.. itu manis...

* SEjambak gula2 pelangi? wah.. nak minta satu pun jadilah :D

aimie amalina said...

hahahahhaha
opah senyum lebo je bace cite ni
cm paham je
hhihihi

mas saari said...

memang manis ceritanya...

Woofer Storm said...

merajuk je la memanjang..44 hari sudah la^^

kiera'sakura said...

auwww auwww manisnya... kang ada yg sakit gigi klu mkn gula2 pelangi byk sgt...hihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers