CORETAN TERBARU NADH

Antara kita dan pembaca

Kadang aku rasa geram. Geram sebab kenapa pembaca tak cuba masuk dalam situasi penulis. Kenapa pembaca tak duduk kat dalam kasut si penulis. Ya pembaca hanya mampu lemparkan kata-kata sinis. Kata-kata pendapat yang kadang mengguris hati sampai kita pun tak sedar sebenarnya. Pembaca reti komen tapi tak reti nak memahami jiwa penulis.

Aku bukan kata pembaca aku. Pembaca blog ni semua baik je. Cuma bila ada kata-kata yang tak sedap didengar macam mematahkan semangat si penulis. Pendapat yang dilontarkan seakan mengeji penulis. Ya, nampak si penulis mementingkan diri sebab suka hati dia je nak tulis apa. Untuk kepuasan dia.

Ya, menulis memang ikut kepuasan. Sampai bila nak ikut telunjuk orang je kan? Kadang aku pun pelik dengan sikap manusia. Menjatuhkan hukum seolah dia yang berkuasa. Mengatakan yang kita ni hipokrit tanpa tahu tujuan kita menjadi hipokrit. Menyatakan kita pentingkan diri padahal kita letih memikirkan hati orang lain. Apa sebenarnya pembaca nak? Sampai sekarang persoalan tak terjawab.
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

azzey said...

slmt pagi..;)

FasiHaH SupiaN said...

setiap orang ada gaya menulis mereka tersendiri kan kak iffah..be urself orang kata :)

mas saari said...

memang susah nak puaskan hati pembaca.. kadang2 kita tulis terlebih sikit kata kita riak dan menunjuk!

Nong Andy said...

buat bodoh jer dgn lalat2 tu... ni blog kau. suka hati ko nak jadi baik ke. nak jadi penulis jahat ke. tak suka? pangkah x..
yetak?

eh..eh.. aku pula yg emo ni iffah hehehe..

aimie amalina said...

pendapat org lain pentg utk majukan belog, tapi pendirian kita jugak sama penting kan :)

pendirian yang betol la..pendirian yang kureng betoi ni, x taw nk ckp..hehehe

selagi menulis utk kebaikan, bagi opah, tak de mslh, biarlah apa org nak kata kan :))

shiema sufian said...

Betul, kalau membaca, kita cuba jadikan kita ditempat situasi org yg hadapi masalah itu (:

maszull said...

assalamualaikum iffah...yer la manusia mmg suka ikut hati bercakap ikut sedap mulut je kan...biarlah apa org nak ckp janji apa yg kita tulis x menyinggung perasaan org lain...:)

reenapple said...

yeah... aku setuju. kadang3 orang tak memahami kita.. melontarkan apa sahaj pandangan mereka tanpa mengambil kira situasi kita.

*sabar eh.. =) Aku juga selalu kena. =)

Woofer Storm said...

jgn geram dgn sy tau..eehheee

E said...

saya jarang komen bila membaca enovel atau ecerpen yang bagus2 di blog2 yang semakin bercambah sekarang ini. di blog anda juga saya tak pernah komen, tapi selalu mengikuti enovel dan ecerpen disini.

saya akan komen bila sesuatu karya yg pada pendapat saya agak so so/boring/bosan/salah fakta/ayat tungang-langgang/meleret/hasil ciplak/novel cabul.

kebanyakkan penulis blog jika ditulis komen yg agak kritikal mereka mudah melenting dan sentap.

bila pembaca komen ada ke suruh pembaca tu jadi penulis? kalau semua jd penulis siapa nak jadi pembaca? << ini antara tulisan yg pernah saya tinggalkan di shoutbox satu blog 2-3 hari lepas.

pembaca akan kritik karya kalian jika tidak menepati atau dilihat ada sesuatu yang tak kena dgn karya tersebut. sudahlah setiap hujung entry suruh pembaca komen, jd bila pembaca komen jangan nak sentap bagai. terima dgn hati terbuka. anggap sebagai motivasi utk menulis dgn lebih baik.

saya pernah tinggalkan satu komen yg agak kritikal di satu blog, dan akhirnya penulis balas balik kalau tak suka tak usah baca??? apa ni??? kalau begini sikap penulis, jgn harap nak berjaya seperti penulis2 yg sudah terkenal diluar sana.

saya rasakan kalian penulis baru yg menulis diblog adalah utk berkongsi karya kalian utk dapatkan feedback dari pembaca. jadi kritikan (jika bermanfaat) haruslah diterima dgn hati yg terbuka dgn minda yg positif.

kalau tak mahu terima komen yang negatif tulis saja diakhir entry "Dilarang kritik, hanya komen pujian dibenarkan!" atau disable bahagian komen diblog.

-E-

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers