CORETAN TERBARU NADH

Kepuasan diri

Lain orang lain caranya. Lain orang lain ragamnya. Itulah lumrah kehidupan dan realitinya seorang insan yang berada di muka bumi ini. Yang pasti kepuasan mereka juga berbeza dari segala segi. Ya kita tahu, kepuasan sukar dipenuhi. Puas menulis? Ya aku puas. Aku seakan hidup bila aku menulis. Umpama oksigen yang aku sedut tiap hari. Penulisan kreatif lagi menceriakan hidup aku bagaikan si gula-gula pelangi yang berwarna warni dan yang pastinya sweet sekali. Aku puas dengan hanya menulis.

Adakala aku puas dengan apa yang aku buat demi sahabat. Demi teman rapat. Demi keluarga tersayang. Walau hanya sedikit pertolongan aku puas. Masalah orang masalah aku. Ya aku macam busy body kan? Tapi aku tetap mahukannya. Aku tak boleh hanya mampu memandang saja.

Aku puas dengan hanya membantu. Walau sedikit itulah berharga bagi aku. Jadi jangan pisahkan aku dengan kepuasan itu. Menulis dan membantu sahabat benda asas sebenarnya. Tapi itulah kepuasan aku. Aku puas. Orang pelik kenapa aku suka sangat menyibuk hal orang. Kenapa aku suka bila orang lain gembira. Sebab itulah aku. Iffah Afeefah yang hanya mampu menulis dan membantu sekadar cuma.

Nota Iffah: Kepuasan korang apa pulak? Meh kongsi meh.
Published with Blogger-droid v1.7.4

14 comments:

kiera'sakura said...

errr terasa mcm diri akak pulak yg menulis entry Iffah nie? errrr

Sunah Sakura said...

ni kiera ke yu yang tulis ni? #eh

Diana @ bilakukatacinta said...

kepuasan akak...bnyak lah ifah oi
1. dapat habiskan study ngan jayanya
2. dpt masak yg best2 tengok suami, pastu dia makan bertambah2 ...memang puas hati..


lagi
lagi..

kan banyak pulak senarainya

maszull said...

assalamualaikum iffah...banyak kepuasan yg akan kita dpt kalau kita melakukn sesuatu kerja itu dgn ikhlas..:)

Pembunuh Tanpa Bayang said...

kepuasan bagi aku adalah bila aku dapat melakukan sesuatu dengan rasa gembira dan bahagia.paling penting,ikhlas.

tapi aku sudah lama tidak dapat menikmati kepuasan yang sebenarnya kini...

shiema sufian said...

Shiema akan berasa puas bila org lain tersenyum dan menghargai atas hasil usaha shiema (:

Woofer Storm said...

manusia tak tahu apa sebenarnya erti kepuasan..

happy eim said...

dapat tolong org mmg puas...
tp ada jgk manusia yg tak puas hati bila kita nk buat baik. mcm2 kan...^^

reenapple said...

kepuasan aku menulis.. hehehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

kita sampai bila2 takkan puas.. kita akan puas jika tiada ego dalam diri kita... :)

FasiHaH SupiaN said...

huhu tak boleh fikir apa yg boleh memuaskan hati pada waktu ini.boley x camtu?

fRaMe+LenSeS said...

saya ka? jiran tau kot. ahahahahha

Nong Andy said...

Aku? menulis dan membaca... baca apa yg aku suka. dan tulis apa yg aku suka..

deno said...

deno puas bila dapat menggembirakan orang lain :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers