ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Masing-masing ada keluarga. Ya mungkin yang kurang bernasib baik. Dia tinggal sebatang kara di dunia ini. Tapi bagaimana pula nasib mereka yang didera, dicaci maki keluarga sendiri? Seksa bukan? Pastinya sedih dan mengharap keluarganya berubah menjadi seperti keluarga orang lain.
Keluarga itu kelompok kita. Kita ada ayah, ada ibu, adik beradik. Namun, apabila keluarga mempunyai masalah jiwa, maka kita turut terseksa. Seksa kerana dilahirkan keluarga begitu. Bukankah keluarga itu pemberi kasih sayang? Pemberi kebahagiaan? Pelindung dari kecelakaan? Penjaga sepanjang masa?
La tahzan buat mereka. Telah dijanjikan Allah, pasti ada hikmahnya atas apa yang berlaku. Jangan bersedih. Memang keluarga kita tak sama. Tapi percayalah, pasti ada bahagia untukmu kelak. Maka buat yang tak bernasib baik, pilihlah satu orang yang baik untuk jadi keluarga kamu.
Ya, keluarga memang tak boleh dipilih. Tapi hanya ada satu keluarga yang kita boleh tentunkan dan pilih iaitu suami atau isteri. Pilihlah dari kalangan yang baik-baik saja. Insyallah, keluarga baru ni akan lebih membahagiakan kamu. Ingat, tak selamanya langitmu akan mendung. Suami atau isteri juga keluarga buat kamu. Insyaallah itulah sinar bahagia yang menghapus segala tangismu kala ini.
8 comments:
La Tahzan. Mungkin itu ujian Allah untuk keluarga mereka dan insha-Allah sesutu yang baik menanti (:
indahnya.... :)
keluargaku tak sama seperti yg lain...
miss u my kembor! :)
assalamualaikum iffah...insyaAllah moga kita akan mendpt keluarga yg baik n bahagia selamanya...:)
yaa... setia[p yang berlaku itu ada hikmahnya.. =)
mcm cerpen Hadirnya Pelangi tue kan ;)
The Best!!!
Dia pasti sayangkan kita semua dgn caraNya :)
Pilihan yg kita buat rini effectnya mungkin seumur hidup.... So be careful.... Choose wisely...
keluarga ku mmg bukan sperti keluarga yang lain..ermmmm
Post a Comment