CORETAN TERBARU NADH

Budak mana tahu

Selalu kita cakap, ala budak mana tahu. Dia tak faham pun. Tapi berbeza betul zaman sekarang. Semua dah hebat. Lagi tau dari kita yang dah lama hidup ni.

Tengok sebelah aku masa tengah menaip. Sibuk menjenguk apa yang aku nak taip. Siap tegur aku lagi. Amboi, nak main le teeww. Maaf dek. Bukan tak nak kasi tapi mak awak tak kasi. Hehe.

Jadi bila kita cakap hal-hal dalam, sila berlapik. Nampak je macam tak faham. Sebenarnya, dia lagi hebat ilmunya dari kita. Jangan pandang remeh. Selalu melucah, cakap bukan-bukan depan bebudak. Lagilah buat dia makin ingin tahu apakah yang dibual.

Bahaya okey. Budak sekarang bukan macam dulu. Jadi bila dah ada kes asmaradana dalam kalangan budak. Jangan salahkan orang lain dulu. Cermin diri kita. Budak meniru apa yang kita buat. Budak belajar melalui apa yang kita bualkan. Ingat, budak kini memang hebat sangat dah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

Rozuan Ismail said...

budak sekarang pemikiran sgt advance

kiera'sakura said...

diorang belajar dari apa yg diorang lihat dan dengar kan..

deno said...

ye la... budak skrg terlebih aktif mindanya...

Nong Andy said...

betul aku setuju. jgn underestimated budak2. mereka memang macam span. serap je x kira buruk atau baik.

*utk peringatan terutama utk aku ni iffah

Sunah Sakura said...

sebab tu i risau...

Izz Faizah said...

teknologi mkin cggih,, pmikiran bdk2 pun mkin cggih..haihh ==!

shiema sufian said...

Budak budak sekarang dah advance dah (:

mas saari said...

tak jugak! budak sekarang dah advanced, mereka belajar dari apa yang mereka lihat..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers