CORETAN TERBARU NADH

Pengalaman disambar petir

Aku baru balik dari kampung. Petang tadi jumpa Sunah kejap. Dengan adik dia, Syim. Kami pun beli hadiah baby untuk anak Bro Ben. Muhammad Qhaliff Iman yang sangat comel. Kebetulan dekat dengan Alamanda. Jadi bawak Maya ke sana. Sunah sahabat alam maya yang rasminkan dulu. Hehe

Balik je rumah kat kampung. Black out. Tanya ibu, ayah, atuk dengan nenek. Kenapa?

"Tadi petir menyambar. Mujur je ibu hidup lagi ni," Ibu dah mencuakkan hati aku.

"Kalau tak tutup suis tv memang rentung," Ibu cakap lagi. Nenek pun tambah cerita.

Ibu kena bahagian peha. Tempias je. Kepala plug tu tercampak depan ibu. Nenek kena bahagian betis. Atuk dah pekak. Sebab kesan panahan petir tu. Memang hujan lebat area Bangi dan Putrajaya tadi.

Ayah baru nak azan masa tu sebab dah rasa tak sedap hati. Mujur kena tempias je. Sampai sekarang ibu terasa bahang kilat tadi. Sengal-sengal. Panas. Lama jugak kami berpanas dan gelap tadi. Mujur ada saudara datang membetulkan fius utama yang terbakar. Alhamdullillah semua panjang umur lagi.

Kesimpulan, jangan main hujan. Tutup suis kat rumah. Semua kalau boleh. Bahaya! Ibu, atuk dan nenek tak tutup semua plug. Ingat okey je. Mujur tv semua dah tutup. Sebab tu paling dekat. Kalau tak memang rentung. Jaga diri. Mungkin ada hikmah Allah turunkan petir dan hujan tu. Sama-sama beringat.
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

reenapple said...

errr... gerun aku baca.. Beringat ketika hujan.. hehehe.

la... nama Qhaliff Iman ke.. hehehe

atiqa aris said...

ish seramnye.sampai tercampak plug tu.grr~

KaK LimAh Si SupiR said...

alhamdulillah semua selamat

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

huhuhu.. takutnyer.. moga dipelihara Allah hendaknya (T___T)

mas saari said...

sbb tu kalau hujan lebat semua suis akak tutup.. takut!

Nong Andy said...

ah.. gerunnya. petir!

alhamdulilah. kamu semua selamat.

ramai yg pandang ringan pasal suiz ni. aku kat umah selalu juga tutup semua suiz. tapi ada masa tu terkantoi juga.. lupa. lagi2 time kelam kabut gi kerja :p

msredcheesecake said...

Syukur tak pepe.... Bahaya petir kilat ni.....

deno said...

memang kita kena jaga2 kalau ribut petir nie.. kat umah deno kan, kalau hujan lebat dengan ribut abah akan tutup semua suis kat umah sbb pernah terjadi kes petir sambar rumah, rosak kipas ngan tv...

maszull said...

assalamualaikum iffah...ye la takutnya kalau kena sambar petir...:)

aimie amalina said...

hayooooo
alhamdulillah masih selamat
takot pulak opah bace
hayooo

cuti ke kak ngah?
conoknye ber maya dengan kak sunah n the gang ye :)

kiera'sakura said...

akak klu ujan petir nie mmg tutup cabut sume plug... takut sgt

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers