CORETAN TERBARU NADH

Buat apa buat kalau tak ikhlas

"Buat apa aku solat kalau aku tak ikhlas? Aku terpaksa. Aku buat sebab orang suruh."

Jawapannya, buatlah ibadah tu. Walaupun tak ikhlas, lama kelamaan akan berubah keikhlasannya. Sampai bila kita nak tunggu ikhlas tu? Baik buat dari tak buat langsung. Sekurangnya kita buat. Itu yang utama. Berusaha dan bersungguh-sungguh buat ibadat, ikhlas akan datang dengan sendirinya.

Petikan dari Ustaz kat DikirZikir Tv Al Hijrah.

Sama-sama kita renungkan. Aku nak share lama dah. Tak berkesempatan je. Bukan nak tunjuk baik. Cuma nak kongsi apa yang baru aku tau.
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

reenapple said...

ikhlas tu penting dalam everything yang kita buat.... sama ada untuk diri kita atau orang lain..

aku kadang3 buat benda tak ikhlas sebab orang suruh.. hehehe.

shiema sufian said...

Setuju, lama kelamaan keterpaksaan itu akan bertukar menjadi kerelaan dan akan timbul keikhlasan di hati.

aimie amalina said...

betool :)
insyaAllah, yakin dengan Dia yang sentiasa penyayang dengan petunjuk-Nya..

Lady Milo said...

hak Allah, kita kena tunaikan...

bab makan tak perlu pulak tanya ikhlas ke idak, sedangkan ibadat lebih utama dari makan....

Nong Andy said...

Kalau tunggu nak Iklas sampai kiamat pun tak boleh nak iklas..

*Peringatan terbaik lah Iffah :)

lilypelangi said...

kematian datang pon tak tunggu ikhlas ke tak :)

Kalamhati said...

tak salah igt mengingatkan..sekurang2nya di samping igtkan diri sendiri..kita igtkan org lain..=)

betul tu..solat mmg wajib kita tunaikan..tho terpaksa macamana pun.bila tunaikan dlm keadaan terpaksa maka sia2..jadi kita kena sentiasa ikhlaskan diri kita..susah mcmana pun kita kena cuba kn?nnt klu Allah tak ikhlas nk turunkan rezeki or rahmatNya kt kita cemana?huhu

mas saari said...

kalau nak tunggu ikhlas memang semua tak akan buat..

Woofer Storm said...

buat jgn tak buat,tak buat kita lempang sekali.hehee

۞ s.m.i.l.e ۞ said...

ikhlas itu pentingkan? saya folo sini ye... tertarik dengan cerita ikhlas...moga ada ukhwah yang dapat dijalin...i'Allah

deno said...

setiap kerja atau apa2 yang kita buat mmg kena ikhlas... jika tidak ikhlas tidak guna.. dan kalau tak ikhlas buat, baik tak pyh buat.. nanti apa yg orang minta tlg, kita buat tak betul2, nanti menyusahkan orang plk.. kan ifa?

kiera'sakura said...

sama la mcm menutup aurat.. klu mula rasa terpaksa dan hipokrit lama kelamaan mesti akan jadi kebiasaan dan tak boleh klu x buat,.....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers