CORETAN TERBARU NADH

Kadang manusia bisa putus asa

Manusia tak sempurna. Lemah. Tak kuat mana jika dibanding yang Esa. Adakala manusia itu letih. Letih dengan harapan yang tak berkesudahan. Lantas manusia itu mencari titik noktah penderitaan dengan bersyukur apa adanya.

Manusia itu aku. Aku juga manusia. Jadi tak hairan jika aku mahu berputus asa. Bukan tak percaya dengan janji Allah. Cuma aku tak mampu lagi nak berharap tentang benda yang tak pasti. Aku letih dengan semua ini. Ujian ini akan aku hadapi dengan tiada sesalan. Anggaplah aku tewas dalam peperangan. Bukan tak cuba namun tiada kudrat menunggu lama. Biarlah ia berkesudahan begini. Biarlah tangan aku begini terus dari aku diherdik, dimarahi, dibuat sesuka hati hanya kerana mahu memuaskan hati orang sekeliling.

Aku sudah redha dengan ketentuanNya. Aku terima seadanya kerana aku tak kuat nak tunggu lebih lama. Izinkan aku berputus asa kerana aku telahpun penat berjuang. Aku manusia biasa. Aku tak mahu terus terseksa. Aku redha, insyaallah Allah pun redha dengan pilihan aku. Aku yang memilih untuk begini. Aku yang harus tanggung baik buruknya bukan? Aku manusia khilaf, aku akui kini aku lemah. Hanya mampu tersenyum dan bersyukur kerana aku masih hidup.

Nota Iffah: Aku tak larat. Letih sangat bila berdepan dengan mainan perasaan dan ia membuatkan aku sakit!
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

.........cP~ said...

Salam.

Allah dah tentukan semuanya. Kalau Iffah rasa itu yang terbaik dan redha dengan keputusan Iffah, teruskan dengan keputusan tu. Nak puaskan hati semua orang memang susah, tapi, insyaAllah lama2 mereka akan terima keputusan kita.

reenapple said...

kau mahuputus asa atas sesuatu yang kau penat tunggu bukan?

lepaskan kalau kau rasa itu yg terbaik.. =)

#tapi teruskan berblog tahu dan bercerpen.. =)

Alieza Dayasari said...

Masalah paling sukar diselesaikan dlm dunia ini ialah...
EMOTION PROBLEM...

Nong Andy said...

Aku percaya kau hanya perlukan masa untuk diri sendiri... letih lelah dan putus asa itu memang biasa.. tapi aku yakin kau akan bangkit kembali :)

Anonymous said...

REALiti TAk SEiNDAH FANTasi KAn? KADang2 MANusia JUGa PERLu BANGkit.
NAk iKOT SETiap KEHendak & KATa SEMua ORAng, KiTA NAk BERgerak PUn TAk BOLeh.
THink +.
CHAiyok :)

deno said...

deno pernah berputus asa...

K O R I E said...

sabar meh kak.
dugaan sentiasa mencabar diri kita

...
^^ lama x komen sini.

Hidayah Bach said...

errmmm..

kenkadang aku pun rasa putus asa..
terutamanya bila terlalu mengharap pada sesuatu tapi tak dapat..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

kdg2 bila kita fight, berjaung betul, tak dpt. bila kita mulai redha, Allah kurniakan sesuatu yg lebih baik berkat kesabaran itu. yg penting, dont lose hope pd Allah. =)

kiera'sakura said...

heii npe nie? satu je yang akak nk cakap.. walau macam mana dan apa pun akak tetap ada dengan Iffah.. ingt tue... insyaAllah akak ada selagi Allah izinkn akak bernyawa

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers