CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Lepaskan kalau cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
La tahzan kali ini berasaskan cinta. Terpanggil setelah membaca cerpen akak sorang yang menyentuh hati di sini. Dia ada tulis pasal buku “La Tahzan Sekiranya Cintamu Ditolak” iaitu "boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia buruk untukmu. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itulah yang terbaik untukmu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak"

Kali ini aku nak membicarakan soal cinta. Manusia dan cinta seiring. Bukan jiwang atau angau cuma itulah lumrahnya. Kita tak lepas dari cinta. Cinta sesama manusia. Cinta untuk Allah paling utama. Kenapa tajuk kali ini semacam?

Sebab berdasarkan lagu “Anak kampung” Bait liriknya begini, kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain. Konsep cinta dan lepaskan. Aku suka kau, kau tak suka aku. Jadi aku lepaskan untuk kau pilih orang yang suka. Ingat cinta bukan paksaan.

Cinta, bukan juga bermakna memiliki. La tahzan buat mereka yang mengalami masalah begini. Kadang cinta kita tak boleh jangka. Bukan sebab kita jatuh cinta pada orang yang salah tapi kita diberikan peluang untuk merasai cinta sebelum mengenali cinta yang benar-benar untuk kita.

Kita tak boleh jadi tamak. Aku cinta kau. Kau milik aku. Langsung tak. Cinta itu Allah yang hadirkan. Dia juga Allah yang wujudkan. Jadi siapa kita nak punya hak pada cinta? Lepaskan kerana kita tak berhak pun untuk miliki dia. Biar dia memilih. Lepaskan bukan selamanya. Tapi lepaskan untuk dia pilih, apakah kita atau orang lain yang dia cinta.

Memang perit, sedih, payah. Siapa tak sedih? Tapi konsep redha itu penting. Jangan sebab cinta kita jadi buta. Cinta ialah mainan jiwa yang paling sukar diubati. Kerana cinta kita mati. Kerana cinta kita dilukai. Kerana cinta kita menyakiti dan kerana cinta kita melupai Ilahi. LA TAHZAN kerana cinta, kita harus lepaskan. Biar sakit sekarang supaya tak bertambah di masa akan datang.

16 comments:

laskar pelangi said...

Sebenarnya kita tak leh nak taksub sangat dengan cinta antara manusia, cintakan Allah lebih baik daripada segalanya...

Nong Andy said...

la tahzah.. ya. lepaskan ia pergi.. cinta bukan paksaan. Setiap sesuatu itu ada yang tersirat di sebaliknya :)

Efa Nur said...

"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" eh? =_=

ReramaBiru said...

~lepaskanlah kalau ada jodoh ia pasti kembali :)

Ce'gu JAERA said...

ya, cinta itu memang abstrak... bila indah ianya akan jadi sngat indah dalam hidup.. sebaliknya jika sakit ianya akan menjadi kesakitan yang amat sakit...

jangan bermain2 dengan api cinta tau... (",)

Cinta kepada Allah SWT, Rasulullah dan cinta lah kedua ibu bapa kita sebaiknya..

Unknown said...

nice nice :D

Hafiz Hafizol said...

camnie ah kalau cinta sesama manusia..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

jika tidak sanggup di sakiti,usah mengharapkan cinta.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kami suka entry ni....

kadang2 bila kita sayang dan cinta seseorang kita terpaksa lepaskan untuk kebaikan bersama....

macam situasi kami juga,,,

dan alhamdulillah orang yg lebih sayangkan kami menjaga kami dgn sebaiknya....

Unknown said...

dah takda jodoh,nak buat macam mana kan.. redhakan saja.

reenapple said...

cinta pada oran g yg salah satu pengalaman tahu.. hehe. Aku belajar itu

Salim Harmanain said...

saya suka yang ni...macam terkena dengan diri sendiri..

Dayang Deno said...

kadang-kadang kita terpaksa lepaskan cinta walaupun ia menyakitkan.. jika cinta itu membuat kita lalai.. mungkin itu lebih baik.. lepaskan ia..

p/s: gambar tu kat umah deno.. kat halaman umah^^

Ce'gu JAERA said...

'La tahzan' tu apa maksudnya ya.. haha (",)

Kira Sakura said...

jika cinta ini yg kita lepaskan, percayalah Allah sedang menyediakan cinta yang lebih baik untuk kita.. yang pasti cinta padaNya melebihi cinta yg laen... ;)

Anonymous said...

"lepaskan dia , bukan untuk selamanya , tapi untuk dia buat pilihan" - sangat2 setuju , alhamdulillah , artikel nih buat saya lebih redha n tenang :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers