CORETAN TERBARU NADH

Kalau dah namanya lelaki

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau dah namanya lelaki, 
Bola juga yang dicari, 
Yang perempuan dibiar sendiri,
Merajuk dan memujuk sendiri.

Bola bagai ombak ganas,
Sekali datang sekali gila,
Buat hati perempuan panas,
Sibuk menagih kasih pula.

Bola buat jiwanya gembira,
Ada pula sendu sentiasa,
Lelaki senyum sampai telinga,
Perempuan gigit jari saja.

Lelaki tidur tak kira masa,
Demam bola sudah menggila,
Perempuan cemburu tak terkira,
Berkongsi kasih dengan bola.

Nota Iffah: Sempena musim makan bola, tidur bola, segalanya pasal bola. Maka terhasillah entri suka-suka  ni. Korang tahukan betapa aku tak suka bola? Oh bilalah aku akan menghakis rasa tak suka akan bola?
Nota Iffah 2: Ikan Kaloi, tahu nama, tapi nak hantar ZINE ke alamat mana?

18 comments:

Anonymous said...

lelaki yg xsuke bole..adelah lelaki lembut.. #mengada2

Rozuan Ismail said...

ahak. kena tinggal laki sebab bola ke?

zaujah until jannah said...

Mr.i tak minat bola. oh and i'm very thankful for that hahah

iZ said...

standard ler tuh.. Tapi bukan tetiap malam tgk bola..
Time faveret team main je.. Hehe

Asyiqin Haulisah said...

sepanyol pasti juara!! eh sori tak perasan pulak tuan ni tak minat bola.

reenapple said...

aku dan bola??? entah.. no komen. haha. Lelaki dan bola??? Err.. abah aku bukan kaki bola pun.. heheh

Nong Andy said...

haha.. laki aku badminton la.. lindan ke lee chung wei ke.. taufik hidayat ke.. tapi bola pun dia layan juga, tak la smpai taksud sgt gitu2 aja..

aku? kalau yg ensem mcm christiano ronaldo.. fernando tores ke.. aku layan, tapi kalau takat muka macam messi aku boh layan akakakaka..

*er.. aku xde idea nak pantun. haha ikan kaloi pun pndai beli buku kan? :p

Alieza Dayasari said...

haaaa... waa pantun sempena EURO 2012... hihok.. saya terbalik dgn bf saya....
dia tak minat bola, dan saya gila bola...

ain dzaya said...

anon tu ckp cmtueh..tak patut! tunang ain tak suka bola..ta pondan pun..gagah perkasa lagih..bhahaha

Gara-gara idea . . .

Anonymous said...

TAk BERapa MiNAT BOLa Ni. TENGok2 MACam TU Je.

Uit BETUL2 NAk BELAnja KE?
ORAng TUa2 KATa REJEKi JANgan DiTOLak.AHAKs.
NANti SAya POSkn MONey ORDer K.BOLeh TAk?

P/s : ALAMat RUMAh Cik iFFAH SAYa DAh ADa :)

Noraim said...

ngee jum la kak minat bola. sy ajar nak? hikhik.

deno said...

ifa tak suka bola? deno suka... sampai tido pun lewat.. hehe... :)

Gen2Merah said...

heheheh... orang pempuan kena memahami jiwa lelaki.... bola tetap bola... yeahh

Aien Alien said...

masa musim bola je perempuan tak suka bola jadi bertambah tak suka...hehehe

kiera'sakura said...

wahhh ikan kaloi xbpe minat bola tue.... hihihi

maszull said...

assalamualaikum iffah...biasala tu ada yg suka ada yg x suka jadi kenalah faham memahami yer...:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

akak tak minat bola pun..selamat hubby tak heran.time tido dia pun sama tido..ehehe

Cik Pulau said...

ai ni tengah2.. takde la tak suka.. and takdela suka. hahaha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers