CORETAN TERBARU NADH

Pantun Rasa Hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tanah merah jauh sekali
Ingin hati jejak ke sana
Sedih rasa ikut emosi
Akal ada jangan lupai

Kata orang kita takuti
Kata Allah kita patuhi
Jangan ikut rasa hati
Buat diri binasa sendiri

Padang bola luas saiznya
Pergi berlari hingga lelah
Jangan ikutkan hati sahaja
Kelak diri juga yang kalah

Orang ramai pergi pekan
Pergi pekan membeli ikan
Rasa hati jangan ikutkan
Buat lelah emosi dan badan
Nota Iffah: Azhar ni macam ikan kaloi, kalau seru baru muncul hehe

16 comments:

K O R I E said...

akak,
blog akak mmg xda chatbox eh?

huhu. ni nak habaq mai ni
korie ada tag akak dlm entri ini

http://pinkexia.blogspot.com/2012/06/httpmizzsninieblogspotcom.html

dtg la tengok ;)
hehe

Rozuan Ismail said...

tanah merah rumah aku.huhu

Bidadari Syurga said...

hari ini line tak berapa bagus betullah... pantun kah? huhuhuh.... sesekali bil iffah tukar tak bercerpen rasa lain plak...

deno said...

kaya dimakan bersama roti,
roti dimakan setiap masa,
ikut hati nanti mati,
ikut rasa pasti bianasa.

Gen2Merah said...

aisey, nak membalas pantun macam tak sempat plak... hehehe... saya nak bergerak ke sekolah pagi ni dah..

selamat kembali ke alam persekolahan cikgu

kay_are said...

lame dah tinggal arena pantun.. tak reti nak balas.. ape pun, betul2.. jangan ikut ati je.. nak wat pape pikir betul2 dulu

Nong Andy said...

Ikan kaloi si bawang merah
bila di seru datang menyerah
rindu di hati membawa resah
Pantun tak jadi aku tak kisah

seru Azhar jgn x seru
seru saja sebab dah rindu
kalau resah jom pantun dgnku
biarkan hati terus berlagu

* pantun tak jadi hehehe..

msredcheesecake said...

suka pantun yg last... pompuan suka ikut kata hati, pas tu stress tak tentu hala...

missSenget said...

kite selalu kata xnak ikut emosi..

tpi selalu je gagal..! T-T

Asrul "iLham" Sany said...

soal hati ni... boleh jadi gila!

kiera'sakura said...

akal pemberian Allah, gunakan sebaiknye kan ;)

Anonymous said...

iKAN KALoi SESat DiMUAra,
DiSERU GADis TiMBUL DiPERmukaan,
iKUTkan HATi TERsiksa JiWA,
HiLANG SENyuman JiWa TERtekan.

NONg ANDy NAMa DiBERi,
PANTun DiKARang BUatKU SENyum SENDiri,
CiK iFFAH JANgan iKOTkn HATi,
MARi BERpantun REHatkn LELah EMOsi.

P/s : KENapa SERu2.
BLUSHing SUDah iKAN iKAN KALoi Ni.EHE :P

Alieza Dayasari said...

Ikan emas ikan keli,
ikan keli di beli si nyanya,
sedih di hati siapa peduli,
lari seorang biarkan sahaja.

Boni JLL3 said...

wah!! saya terpesona dengan pantun ni. sesuai utk digunakan pada masa sekarang ni yang mana ramai sangat orang yang punyai sifar cemburu dan iri hati terhadap kejayaan orang lain

Cik Pulau said...

ai ni tak ikut rasa hati pun..
ai taktau ai ikut rasa apa.. rasin masin ke rasa manis.. hahaha

reenapple said...

ikut hati, badan binasa... =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers