CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Cerai!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rasa air mata nak jatuh saat aku taip ni. Ya, pengalaman pahit seorang wanita ialah diceraikan atau dijatuhkan talak. Memang orang kata jangan pilih cerai. Cuba pulihkan. Tapi pernah ke kita masuk ke dalam kasut dia. Rasa apa yang dia rasa? Suami ada orang lain. Selama ini dikata sayang, dibelai manja. Janji sehidup semati. Mana pergi semua janji tu? Kenapa kena terima cinta orang lain dengan status suami orang? Kalau angin tak ada masakan pokok bergoyang.

Manusia ini ada akal. Ada iman. Mata buta bila berdepan dengan cinta? Cinta itu Berjaya mengaburi mata dan membodohkan anda wahai suami yang tak setia. La tahzan kepada wanita yang bergelar isteri, bekas isteri atau wanita yang dicurangi. Sedih memang bukan kepalang. Apatah lagi bila memikirkan anak yang ada bersama. Kadang kita terpaksa buat keputusan terbaik demi anak. Tak nak anak kurang kasih sayang si bapa. Tapi perlukah kita sendiri yang makan hati dengan sikapnya?

Aku dah nampak contoh. Akhirnya, si anak turut makan hati dan tak percaya pada ayah. Paling teruk tak mahu berkahwin kerana trauma dengan kelakuan bapa tak setia. Suami tak setia, sila nyah jauh-jauh. Kau usirkan dia walau hati sayang sekalipun. Tak ada guna kau simpan suami yang tak bertanggungjawab. Cinta manusia buat dia lupa segalanya. Tak mustahil ia akan terjadi berulang kali. Sanggupkah dilukai terus menerus wahai hati-hati yang terluka? 

Namun, aku bisa menaip semata. Yang merasai kamu-kamu para isteri di luar sana. Buatlah solat istikharah dan mohonlah bantuan Allah yang esa. Yang nyata pilihan yang ada sangat menyakitkan. Aku tahu itu!
Nota Iffah: Ikan Kaloi, kedekut! haha

15 comments:

aimie amalina said...

T_________________T


opah paham...

lieynanilaz said...

walau sakit mereka ini perlu bangkit!!...

KuNanGKuNanG said...

apa yg berlaku pasti ada hikmahnye.andai penceraian tu jln terbaik, relakanlah dari kite menanggung dosa.bila bab cerai ni mmg perempuan yg banyak menanggung akibatnye..moga Allah beri kite tahap kesabaran yg tinggi..jgn ingat kisah lalu, teruskan dgn kehidupan yg baru..:)

msredcheesecake said...

pahit camana sekalipun, serendah mana pun kita terduduk, jalan untuk pulih pasti ada, tinggal kita sendiri saja nak pilih mana nak ikut...

kiera'sakura said...

La Tahzan untuk mereka yg berdepan dgn situasi nie.. hanya satu yg kena ingt.. Allah trunkn hujan saat nie dan Dia akan gantikan pelangi selepas hujan berhenti nanti

myself said...

hmmmm...........

Alieza Dayasari said...

mana ada perceraian yang tak menyedihkan .. baik kepada si suami mahupun si isteri. andai itu yg terbaik.... redha jer lah...

eiela said...

kadang-kadang ada hikmah disebalik perceraian tuh kan.

M Fizan said...

selaku kaum adam, saya turut malu dengan lelaki memualkan seperti ini. shame on them.. isteri jangan tunggu lagi kalau suami memang takkan berubah. life must go on~

FasiHaH SupiaN said...

itulah...kita ni...calon pun xda lagi..mana lah merasai apa yang mereka rasa....

Khairul Antasha said...

hikmah pasti ada.

reenapple said...

yaaa... aku faham itu. I akan beri kesan kepada anak3 nanti. Moga dia tabah. =)

anamizu kaito said...

CERAI.pahitnye. moge2 dijauhkanlah perkara sebegitu.

smoga insan yg menempuh, kuatlah dia.






luv,
cik ana

Gen2Merah said...

ya,, harap segala pertelingkahan dapat dselesaikan dgn cara yang berhemah.. bercerai hanya akan banyak mendatangkan kemudaratan, terutama pada masa depan anak2..

Anonymous said...

BERat MAta MEMANdang,BERat LAGi BAHu MEMikul.

BTW KiTA HANya MERAncang.
KETENtuan ALLAH ADALah SEGALanya.TAk LAin TAk BUKan MELAinkan iANYA MERUPakan UJiAN KEATas HAMbanya.
TERUSkan BERsabar & iSTiqamah.ELAKkn DARi TERus MENUding JARi MELETakkan KESALahan PAda 1 SAMa LAin.

P/s : KALau CiK iFFAH TAk KEDEkut,BELANjalah Ye.AUTOgrap SEKALi TAu .EHEk :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers