ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey lama rasanya tak buat tajuk panjang macam ni. Sekali sekala tak apa rasanya. Aku sebenarnya kena buat tesis. Tapi otak tak mahu bekerjasama. Sadis bukan? Aku kena paksakan jugak! Sambung kisah kawan biasa dan kawan baik di sini. Siapa tak tahu kisah, rujuk je kat sini. Okey?
Kita kawan kan? |
Jawapan dari kawan-kawan cukup buat aku terfikir. Sebenarnya aku nak kata tak setuju dengan penyataan kawan baik dan kawan biasa tu. Aku rasa kawan baik tak semua macam tu. Tak semua cakap lepas. Tak semua suka usik-usik. Tapi bila baca semua komen. Aku nak ubah persepsi aku.
Aku setuju. Setuju kerana memang kawan yang kenal kita, yang tahu kita macam mana, yang baik dengan kita akan meluahkan kebenaran walaupun kedengaran seperti kejam. Sebab diorang tahu kita macam mana. Terasa pun benda betul. Takkan tak nak mengaku? Perlu ke ego dengan kawan baik? Orang yang belum kenal kita sepenuhnya, takkan berani main cakap lepas. Diorang biasanya berlapik. Bimbang hati kita terasa.
Pegang kuat-kuat kawan-kawanku! |
Tapi aku tak mahu kawan baik saja. Aku perlukan kawan biasa juga. Yang untungnya aku ada kedua-dua golongan itu. Aku tak mahu semua yang terlalu menjaga hati sampaikan aku buta tentang hakikat kelemahan aku. Aku juga tak mahu kawan baik semata-mata sebab hati aku hati tisu. Kadang pandai juga nak terasa. Bukan kalis sangat pun.
Nak kawan dengan semua! |
Aku tamak. Aku tahu tu. Sebab tu aku bersyukur punyai dua jenis kawan. Kita perlukan kawan yang ramai. Bak kata kawan aku, jangan terlalu bergantung dengan seorang saja, bila ada masalah kalau sorang tu tak boleh tolong. Kita nak minta tolong dari siapa lagi? Kesimpulannya, berkawan biar beribu. Jangan diskriminasi mereka. Aku suka kawan ramai. Pakwe tak ada pun hati gembira =)
Nota Iffah: Kalau dah itu kata awak Ikan Kaloi, saya ni bukanlah bawang putih mahupun bawang merah. Cuma blogger yang hanya di pinggiran.
23 comments:
kalo kwn baik tegur dgn kasar pn trasa gak tp sbb kita knl dan tau perangai dia, xde la nk rabak sgt hehe
SIMPAN dedua.. =)
Begitulah yang baiknya. No discrimination. Indahnya dunia bila semuanya gembira. :)
kita kawan kan?? :P Tak kesah la, kawan biasa pon okk! :P Hee, gurau je.
perubhn kdg kala ssuatu yg sukar ttp klu ssuatu itu adalh baik, trskn dgn kebaikan .... peace:P
ya betull... makwe xda pun xda masalah... jangan je xda kawan yang bermacam kawan.. kerana kawan lah kita terus bersemangat utk hidup sehingga ke hari ini..
sama mcm jawapan aku je.huhu
memang ada different pun...berkawan biar ramai..jgn kawan dibuat musuh sudah..
setuju 1000%. kawan baik saja yang berani tegur kesalahn kita. dan berkawan biar ramai. biar berjuta. kawan baik adalah mereka yang tahu baik buruk kita dan masih berkawan dengan kita. yang lain kawan biasa. kita hidup saling bergantung. saling memerlukan dan saling menyempurnakan :)
pakwe x de pong x pe ye..
kekekekeke
ye kak ngah
terima kasih jadi kwn opah ;)
ngeeeeeeee
aip2,
buat tesis
sehari 20 patah ayat ke
lelame jadi byk ah :))
betul3..yeaahhh!! kita kawan kann..kannn.. kembo yg ke seribu..hehee :D
assalamualaikum iffah....berkawan biar seribu berkasih biarlah satukan...;)
bagi aku.. beze die.. kalau kawan bese tu leh r nak di ajak lepak2 jenjalan ke, makan sesame ke.. tapi nak share bende yang private ngan kawan bese.. tak kot.. camtu r.. bagi aku
CiK iFFAH BAWang GOReng TAu.HEHe..
YELa TU SEKadar DiPinGGiran :p
salam
kawan2 ni ada mcm2..
ada kwn tu dia mungkin kawan awak tp dia mungkin x suka berkawan dgn saya..
tp kawan yang baik akan sentiasa berada disisi kita tak kira kita susah atau snng
tiba2 kan..
bila ai baca yu punya definisi kawan baik n kawan biasa tu..
cam sama je kita dua punya pendapat.. hahaha..
ai pun ada dua2 jenis kawan tu..
kawan makan kawan pun ada. huuu
p/s:memang sangat bz.. jap lagi 2.30 nak kena g camping lak.. arghh.. penattt teramat..
kawan rapat, kawan biasa semuanya melengkapkan hidup kita...
biar kawan banyak ,
bukan lawan kann :)
kawan baik atau kawan biasa.. dua-dua menyerikan hidup kita. yang haku ni kawan alam maya je.. ekekeke!
jangan jumpa kawan makan kawan udah le.. haha.. nanti kena goreng idup2. bak kata org buat baik berpada-pada :) amboi pepatah hehehe..
Ikan kaloi yg di jual kat kedai tu nak di buat gulai.. Itam ke putih kalau dah masuk perut enak semuanya hehe.. Ikan oh Ikan. Misteri sungguh ikan kaloi ni. Rasa mcm aku nak buat kispen misteri pula haha..
bawang goreng? hahahahahaha #Ehh terfokus tang komen ikan kaloi lak.. hahahahaa :p
pakwe takde pun hati senang. iloike kak! hheee
kwn baik atau kwn biasa dua2 penting. bak kata pepatah berkawan biar beribu tp berkasih biar satu. eh betul ke tak? hikhik.
kita nak jadi dua2 utk akak blh? heee :)
kawan bg sy yg dapat menerima sy sepenuhnya
dua2 kita perlukan.
kwn biasa dgn kawan baik msing2 ada pe'el msing2 . huhu. jadi kena alert dlm berkawan neh ;)
akak ? kawan blogger saya. hehe
itula.. tips
* carila kawan yang jujur dengan kita, bukan sekadar meng'ia'kan segalanya =)
Post a Comment