CORETAN TERBARU NADH

Kadang rahsia itu perlu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa? Sebab dalam agama kita sendiri pun suruh menjaga rahsia. Ada benda perlu cerita. Ada juga perlu dihebahkan. Aku lebih senang berahsia. Sebab aku bimbang, aku bimbang sangat. Dunia sekarang bukan macam dulu. Lagi-lagi ada laman sosial yang terlalu sosial.

Aku nak ingatkan pada orang lain juga. Tak semua kita boleh cerita. Kadang kita kena simpan sedikit. Orang kata dengan suami tiada rahsia. Bagi aku, dengan suami pun kena ada sedikit rahsia. Cukuplah kita dengan Allah yang tahu. Buatnya suami itu berpaling tadah, rahsia kita pula yang dijaja. Payah kan?

Jadi, kalau aku single ke aku dah bertunang ke apa ke. Aku lebih suka merahsiakan. Bagi aku, bertunang pun bukan perlu dihebahkan. Cukup yang terdekat je tahu. Kalau ada orang kacau, ya baru aku akan mengaku. I’m not single. Buat masa ni belum ada yang ganggu. Berani kacau aku? Repot kat ayah baru tau. =P

Dah, dah cukup sekadar ini cerita pasal rahsia. Aku ada rahsia silam. Aku kena simpan rahsia itu sampai aku mati. Itu saja yang aku perlu buat. Rahsia!

17 comments:

Aien Alien said...

rahsia yang betul-betul rahsia perlu dirahsiakan.

Faizul Osman said...

rahsia yg boleh mendatangkan mudarat memang patut di simpan...

Nong Andy said...

semua orang ada kisah silam. ada yang merasiakan ada juga yang tidak. kalau ia perit ramai yang biarkan ia jadi rasia..


er.. aku ni salah baca ke silap tafsiran.. kau dah bertunang diam-diam ker hehehehe... napa aku baca aku macam tafsir yg u r not single n dah bertunang..? er.. er...

kiera'sakura said...

akak pun selesa simpan rahsia sendiri... kadang mmg ada menda yg kita kena rahsiakan..

syiela said...

betul.. tak semua perlu didedahkan

CikZaitul said...

aku ??

biarlah rahsia..


tapi aku rasa xde rahsia aku dgn kawan yang rapat dgn aku..or tersayang..


dan aku banyak jugak simpan rahsia org..kekekke

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

rahsia hati tak siapa yang tahu... ;)

Asrul "iLham" Sany said...

Pandai2 pilih mana nak berahsia...mana yg nak Dikongsikan :-)

Mrs. Abi said...

ok ok...RAHSIA!!!

Prettywrite said...

walaupun dekat blog macam dah cerita macam2 tapi sebenarnya masih banyak rahsia yang tersimpan rapi..tak semua kita perlu cerita kan..:)

Rapunzeel Cikilolo said...

sebaik-baik pertunangan adalah pertunangan yang dirahsiakan dan sebaik-baik perkahwinan adalah perkahwinan yang disebarkan. kan?

Leeza dayasari [santai leeza] said...

yaa benar, rahsia itu perlu. nk cerita pun ken apasti org yg mdgrtu perahsia.

.........cP~ said...

Salam.

Memang pun kita kena pandai simpan rahsia. Bukan semua perkara kita perlu cerita.

Afiq Yassin said...

ok.. dah bertunang

Boni Kacak said...

hahahaa.. saya nak ganggu jugak!!!! hahaha

aimie amalina said...

huuuu
betoi2 ;)

opah sgt sokong,
dats y x ramai tahu pasai opah..
heeee

kak ngah tetibe bole taw kan
heee
so spesel :p

deno said...

ya.. semuanya perlu ada limit.. tak perlu dihebahkan kpd semua

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers