CORETAN TERBARU NADH

Buat banyak kerja dalam satu masa

Ramai yang aku kenal mesti bising sebab dia tak boleh buat kerja yang banyak. Atau lebih dari satu kerja dalam satu masa. Aku pelik. Asal aku boleh? Ke aku yang tak normal?

Diorang macam buat assignment, tak boleh dengar lagu. Aku kena ada lagu barulah tak bosan.

Diorang kalau bercerita kena pandang muka. Dengar penuh kusyuk. Aku pulak sambil online pun beh mencelah perbualan.

Korang macam mana pulak? Boleh ke buat dua atau lebih kerja dalam satu masa? Ke aku je yang tak berapa normal. Oh, terima kasih ikan keli sebab bagi idea aku buat entry.

Nota Iffah: Banyak-banyak ikan, ikan kaloi jugak tetap jadi misteri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

18 comments:

reenapple said...

ahaaa... aku pun suka buat bnyk kerja dalam satu masa.. tak boleh statik dgn 1 kerja je, aku cepat bosan.. hhhuuuu.

cik gayah said...

1. diorg mmg tak berapa gemar muzik. layan gitu2 blh la. tapi sape yg suka dgr lagu2 ni kalau blh 24 jam nak dgr lagu. tak kira la masa dlm toilet ke nak tdo ke sekalipun.

2. yes kalau cakap kena pandang muka. kalau cakap sambil buat benda lain nampak acuh tak acuh..nampak tak amik berat dgn apa org ckp. nmpk pentingkan diri. cuba ko ckp dgn boipren ke dgn laki ko nanti tapi dia jawab sambil pndg tmpt lain. angin ke tak. nampak mcm ambil mudah kan dgn apa yg kita ckp. mcm dia tgh fikir psl pompuan lain ye dak.

3. mana ada pelik. org lain tak pelik ko pun tak pelik. setiap org ada tabiat dan kesukaan masing2. just respect each other.

4. ramai je org multitasking ni. sambil msk nasik blh goreng ayam. sambil ayam nak masak blh potong2 bawang nak msk sayur. sambil tunggu semua masak boleh cuci2 pinggan kms2 dapur. sambil print dokumen blh jwb call sambil tu tgn blh lg taip hal2 keje sambil2 minum air.

*kalau benda tu libatkan diri sendiri blh je multitasking. tp kalau libatkan org lain sila belajar la utk prihatin belajar la utk fokus. jgn terkejut kalau org cop ko pentingkan diri pulak kalau endah tak endah dgn org sekeliling.

Rapunzeel Cikilolo said...

ikan kekek tak misteri ke? haha!

msredcheesecake said...

Im a big fan of multitasking....heheee

kay_are said...

lain orang lain care kot.. ikutkan aku leh je sembang2 sambil online tapi takut orang yang sembang ngan aku lak cakap aku tak fokus.. so last2 kne gak ngadap muke nye..

kiera'sakura said...

erm klu akak time buat report ke ape ke x blh dgar lagu nt akak tulis lirik lagu tue kt report hihi tp time tulis cerpen blh dgar lagu tema ;)

tapi klu bab bercerita akak kena tgk mata org tue nanti tkut org tue rasa akak x prihatin apa yg die cakap... ;)

nini said...

entry ni best....bagi idea tuk entry nini...=D

Boni JLL3 said...

hurmm.. saya tak bleh buat keje kalau da tumpu satu benda..

Noraim said...

sy boleh je buat dua kerja dlm satu masa

tp kalau menghafal confirm tak boleh. nak menghafal sy kena suasana sunyi. baru masuk.

Alieza Dayasari said...

kalau nk ulangkaji smbil dgr lagu.. yg santai2 boleh. kalau subjek harcdore mcm sejarah bagai. perlukan ketenangan.

maszull said...

assalamualaikum iffah...ada org boleh ada yg x boleh tapi mama boleh jer sambil basuh baju boleh mop lantai boleh masak boleh lipat baju tapi kena la satu yer...sambil menyambil...:)

Nong Andy said...

ada yg boleh buat beberapa kerja dlm satu masa dan ada juga yg tidak. Ada yg buat kerja lambat tapi teliti.. ada yang cepat tetapi cincai (aku la tu --> baik mengaku) setiap org ada kelebihan n kelemahan. kan kita semua x sama :D

jadi ko memang normal la Iffah :)

aku boleh goreng ikan n sambil2 tu ptong bawang/sayur n cuci piring.. sungguh cepat aku masak. ipar aku cakap aku sgt super chef memasak, sebab kejap aja dah siap masak.. tapi masakan tak sedap ekekeke... abis masak main terjun2 aja!

adakala aku dgar lagu bila nak cari idea.. adakala aku rimas dgn muzik bila cari idea.. a.. yg itu ikut mood hehe..

*banyaknya jenis ikan, ada ikan kaloi.. ada pula ikan keli.. ikan haruan xde ke Iffah :D

deno said...

deno boleh buat dua keje dalam satu masa... janji takde org kacau! hihi :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

multitasking.. sangat susah

Anonymous said...

TAk ADa APa NAk KOMen DAh.5BiNTAng UNTuk KOmen CiK GAYah.Tu MESTi ORAng TERDekat DENgan CiK iFFAH.

P/s : DALam HiDUP Ni SEMEMangnya PENuh DENgan MiSTeri, DAn iKAN KALoi SEBAHagian DArinya, :p

TK said...

buat matematik boleh la sambil dengar lagu... subjek lain, lagi2 yang menghafal tak boleh la. Kena suasana sunyi.

cimöt said...

depends ngan mood..kekadang tu 3 kerja sekali pon boleh.. hahaha

Faaizz d. Zul said...

multitasking ni gifted sebenornya.
orang kata, lebih gelabah situasi, lebih produktif. hihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers