CORETAN TERBARU NADH

Isu handset bawa ke sekolah

Bila dengar berita semalam buat aku terfikir satu masalah yang lama dah wujud. Cuma kita tak sedar masalah ini makin menular sedari kecil lagi. Kadang nampak macam remeh. Tapi hakikatnya? Kesan jangka masa pendek dan panjang tu akan timbul. Isu hangat sekarang bawa handset ke sekolah.

Ya, baru diusulkan. Aku bantah! Sebagai bakal guru aku tak rasa bawa handset satu keperluan. Sebabnya banyak kesan buruk dari baik. Aku tengok fenomena smart phone berleluasa dalam kalangan murid biarpun umur hanya 4 tahun. Main games!

Datang sekolah nak belajar ke main? Habis bawa masuk ke kelas, mestilah tak fokus belajar. Sibuk nak main. Kalau tak main games, main sms. Selalu sangat dah. Facebook pun diorang tahu. Cikgu mengajar kat depan, diorang update status kat belakang. Bukan main kutuk cikgu kan?

Lagi satu masalah, hilang. Murid sekarang lagi hebat. Curi gajet macam curi duit seringgit. Bila hilang, mula cikgu yang gelabah kena cari. Sekarang semua kaya. Semua tahu phone ke tablet tu apa, ipad tu apa. Silap haribulan, cikgu lagi mundur dari murid. Cikgu tak reti nak check telefon tu pun. Terkial-kial nak check tengok video lucah ke apa.

Masalah lain aku nampak, ialah dengki. Makin ramai yang dipengaruhi hasad dengki. Kawan ni pakai Iphone dia pun nak. Tak pasal mak ayah kena beli. Sebab kalau nak ramai kawan kena kaya. Baru kawan suka nak dekat. Boleh berlagak dengan kawan. "Kita main Iphone, kau tak ada," makin banyaklah pengaruh negatif kalau dibenarkan bawa ke sekolah. Percayalah!
Published with Blogger-droid v1.7.4

18 comments:

kiera'sakura said...

ye betul .. akak pn bantah bwk gadget ke sekolah tue.. dlu kita pun belajar jugak.. elok je abis sekolah xpayah bwk gadget segala tue

Trah Zain said...

mana boleh tukar law camtu, byk -ve drp +ve, haish, risiko besar tu, truely object the idea!! geram nye..huhu

eesyaLavigne said...

saya sokong .. wlaupun saya masih pelajar sekolah , saya tetap membantah .. Perasaan menunjuk-2 akan berleluasa .. Tak usahla bawak fon ke sekolah .. Niat di hati mahu belajar .. Kalau nak kuatkuasakan sekalipun , tunggu tahun 2014 .. sy dah keluar dr zaman persekolahn ..

reenapple said...

tak faham betul orang yg buat peraturan ni...=.=

ir prof dr alia rosli said...

yeahhhhh, no henpon ke sekolah.. alia pon bangkang sebab alia tak dapat bawak...

*bawak secara haram banyak kali.. errrrrr

Faizul Osman said...

btl... sy sokong... mmg tak patut bawak bende yg tak patut... pd dasarnya mmg nak buat sbg alat keselamatan... tp, budak2 skrg ni dah pandai... buat bende yg bukan2...

Alieza Dayasari said...

sebagai bakal guru... rasanya tidak wajar.
1. pasti ada murid yg sbuk2 nk bawa hp. dok main sms bawah meja. skrg ni yg tak ada hp pun.. sibuk2 dok edar2 surat cinta bagai.....

2. di sek ada beberapa kelompok murid. yg kaya, sederhana dan rendah... pasti nnt timbul isu murid yang berpendaoatan rndah nak hp juga.. bebanan kpd ibu bapa.

3. kes kecurian meningkat di sek... kerja cikgu meningkat, kerja cikgu disiplin bertmbh...

Nong Andy said...

anak aku kevik lagi.. tapi kelak tak tahulah macam mana. ada pro n kontra juga. telefon ni memudahkan sebenarnya.. tapi ia akan menyusahkan bila di salah gunakan.

aziekz said...

mmmg tak stju sgt2 samada bdk mnengah mhupun rendah...bnyk negatif. ?Skag..brg terlarang tu dibawa sek...dah mcm cter buruk,,rkam gduh la...kwan wat aksi tak senonoh la.dn mcm2 lg....sgt2 tidak setuju...

maszull said...

assalamualaikum iffah...mama setuju sangat dgn pendapat iffah suah juga kalau bawa hp pi sekolah ni mcm2 hal akan berlaku nanti...:)

mas saari said...

sebagai ibu akak lagilah bantah.. nanti pelajaran entah kemana, asyik dok layan hp je!

MISS Z BERCELOTEH said...

sepatutnya tak perlu..bukan stakat masalah dlm klgan murid.. tpi ibu bapa pun akan garu kepala...anak2 nak gadjet yg canggih2..tak nak malu dgn kawan2..

Asrul "iLham" Sany said...

sedangkan orang dewasa pun obses dengan selfon, remaja lagi la parah...

.........cP~ said...

Salam.

Dulu masa tak ada semua tu boleh je. Bila dah ada terus jadi keperluan. Macam2 la.

Cik Pulau said...

pendapat yu sama dengan pendapat ai...
yang jadi mangsanya cikgu..
law macam ni lebih kepada merosakkan pelajar nanti..kalau tak caye, try la tengok.

Rokiah Wandah said...

ini sangat mengarut . erghhh . .

Musafir Jalanan said...

dulu zaman kite gajet yg dibenarkan cume kalkulator saintifik je, . . . . . . . sekarang, anak-anak ni macam nak dimanjakan je dengan peraturan-peraturan macam ni, . .

deno said...

deno sgt tak setuju henpon dibenar dibawa ke sekolah... lebih byk keburukan daripada kebaikan

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers