CORETAN TERBARU NADH

Minat kita berbeza

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya, pakcik mengada, awak boleh baca diam-diam blog ni kalau awak nak. Walaupun tak nak mengaku yang awak tu stalker. Haha~~~ entri lama tersimpan sebenarnya. Dua minggu kot?

Sebenarnya, aku dengan kawan aku sorang ni ada perbezaan pendapat tentang minat. Sangat ketara sebab dia minat orang yang sangat aku benci. Bukan benci cuma menyampah bila orang sebut namanya. Serius aku tak tahu apa yang seronok layan video insan itu. Korang dapat agak rasanya. Aku rasa ianya sangat tak berfaedah. Dia pula kata seronok. Layan jugak tengok video keletah insan itu.

Kami sangat berbeza. Tak aku nafikan, bukan setiap orang mempunyai minat yang sama. Aku minat jiwang, kawan aku tak. Ya, berbeza kadangkala melengkapkan hidup kita dan menceriakan lagi. Aku tak nafikan, aku tak suka apa yang dia minat dan dia tak suka apa yang aku minat. Korang pun pernah alami situasi macam ni bukan?

Bagi aku biarlah masing-masing dengan minat masing-masing selagi tak bertentangan dengan ajaran agama kita iaitu agama Islam. Kalau kau suka cerita hantu tak semestinya kawan-kawan kau suka cerita hantu. Apa yang boleh kita buat, belajar menghormati minat orang lain. Jangan paksa orang lain minat apa yang kita minat. Aku cuba biarkan pakcik mengada tu dengan minat dia. Bukan dia paksa aku tengok video annoying insan itu kan? Jadi ada aku kisah?

Kesimpulannya, minat anda hak anda. Siapa dan kenapa semua terpulang kepada anda. Aku, kau, kita sangat berbeza. Bukan sekadar minat semata-mata. Banyak je perbezaan setiap manusia. Hanya kita je belum jumpa setiap sudut yang beza itu secara mendalam. Chill, jangan gaduh sebab minat berbeza dah la ye~~~

Nota Iffah: Ikan Kaloi, no maxis tak pakai. No celcom ada? SMSlah =)

17 comments:

mira maisara said...

setiap org mgkin ade minat yg sama ..tpi smue tak serupa..betol kan?

Boni JLL3 said...

saya pun minat jiwang jugak. maknanya kita serasi.muahahaha :P

Alieza Dayasari said...

setuju .. minat seipa org beza.
kadang2 tak fhm dgn org yg suka nk paksa kita join apa yg dia nk join.
cth mcm pergi dgr ceramah2.... nk paksa kita pergi. bila kita ajak dia bersukan, tak nk plak dia. sbb dia kata dia tak minat. so ??????

iZ said...

minat kalau sama, alangkah boringnya..hehe

Nyamuk Terbang said...

lain org lain minat

deno said...

yup! sangat setuju. setiap dari kita ada minat dan hak masing2.. kita tak boleh nak paksa org minat apa yg kita minat sedangkan org tu tak minat.. nanti jadi perkara lain, boleh menimbulkan isu atau perbalahan kan? :)

reenapple said...

uhuuuu.. betul3... minat kita dan minat mereka tak sama, kita tak boleh paksa mereka untuk minat apa yang kita minat dan begitu juga sebaliknya. Cara masing-masing bawa kegembiraan pada masing-masing... uhhhhhuuuuu.

#errkk.. Ikan Kaloi? Aku ada no maxis, meh layan aku tak yah layan Iffah.. ehehehe. (kidding)

HAH said...

semua orang minat awak ar cik iffah bunga. bergaduh sbb nk rebut minat awak kire xper kan?

Nong Andy said...

"kau dan aku berbeza.. cuma ada rasa cinta yg sama.. sebab aku ada byk kekurangan, maka tuhan hantarkan kau ke sisiku dgn kelebihanmu utk melengkapkan kelemahanku"

hehehe.. mengada tak ayat di atas tu huhuhuhu...

*Aku tahu ko x suka citer hantu hehe... tapi aku suka. kita berbeza. tapi kita tetap ada persamaan.. kita suka blog hehe!

Cik Pulau said...

ai xtau minat ape.. aci tak komen camni..hahaha

Noraim said...

minat tu xleh paksa. biarkan org minat apa, kita minat apa. asalkan xganggu satu sama lain.

tp kdg2 minat yg berlainan tu yg merapatkn sesuatu hubungn.

Asyiqin Haulisah said...

perbezaan minat, ye lah mana nak boleh semua minat sama je kan. ye dak?

Anonymous said...

PERbezaan MiNat TAk JAdi 1 MASALah PUn.
YAng BERmasalah BiLa MiNAt Tu MEMUDaratkan...

P/s : TAk TAHu PULa ADa MAXis :)

TUNGGuuu..

kay_are said...

kalau sume orang minat bende same.. memang boring r.. takde ape yang nak dikongsi, nak di arguekan.. huu

kiera'sakura said...

klu minat yg sama jer semuanya mata kita tak terbukak yg "lain2" tue sebenarnya wujud kan..

*ikan kaloi saya ada meksis ada selkom.. hjahahaha :p

.........cP~ said...

Salam.

Yup, yang penting kita hormati minat masing-masing. Kalau tak susah la nak berkawan. Saya dengan kawan-kawan pun banyak beza minat. Diorang suka fesyen, saya apa pun tak reti. Bazir masa je tanya saya. Haha.

maszull said...

assalamualaikum iffah...lain orang lain cara nyer kan...:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers