CORETAN TERBARU NADH

Kenapa perempuan suka mengungkit?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Persoalan ini timbul di keyword blog. Aku ajukan kat kawan-kawan aku. Sorang kata tak semua perempuan suka mengungkit. Sorang kata lelaki pun mengungkit jugak. Ada juga kata perempuan mengungkit bila orang lain mendesak.

Sebenarnya, aku setuju dengan kawan-kawan aku. Betul diorang kata. Cuma aku nak tambah. Tak semua perempuan suka mengungkit dan tak semua lelaki tak suka mengungkit. Bagi aku perempuan ni suka mementingkan benda yang remeh. Banding lelaki tak nak ambil tahu pun. Bila dah suka fikir semua perkara dan ingat, secara tak sengaja benda tu akan diungkit di masa akan datang.

Lebih-lebih lagi hati tengah panas. Masa tu syaitan mencucuk suruh ungkit segala perihal yang berlaku. Semua nak menang. Semua nak dibahaskan supaya pihak lawan terdiam. Tu je sebenarnya. Perempuan kadangkala tak berniat nak ungkit pun. Macam aku, aku kadang-kadang ada juga terungkit. Geram sangat masa tu. Normal kan? Cuma jangan asyik-asyik nak mengungkit. Memang mintak KAKI lah jawabnya. =P
Nota Iffah: Kalau Ikan Kaloi mengungkit, memang kena makan jawapannya. Haha

17 comments:

Alieza Dayasari said...

kadang2 bukan niat nk ungkit pun. nk luahkan perasaan jew.

reenapple said...

ah.. bagi aku depends la.. uhuhu. Tapi aku selalu jumpa pompuan yg selalu mengunkt dari lelaki yg mengunkit.. huhhuhu

Boni JLL3 said...

kadang2 benda ni terjadi bila kita terlalu2 geram kan? betul tak?

Woofer Storm said...

lelaki perempuan sama je,ada hitam putihnya..

#awk selalu mengungkit pasal ikan kaloi depan sy..meh sini nak kawinkan korg..nak??

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

sama je.. hhuu

CikZaitul said...

bila marah je pasti mengukit tu terjadi..
biasalah..

:)tu sebab jangan terhutang budi sangat dengan orang..
biar usaha sendiri..

kiera'sakura said...

bukang mengungkit, mengingati mungkin.. err err

maszull said...

assalamualaikum iffah...kekadang tu mmg kita tak berniat nak mengungkit tentang sesuatu tu tapi kalau dah terdesak terkeluar juga percakapan yg bukan2 tu..

moga dijauhkn kita semua dr sikap ini kan..:)

Abil Fikri Ahmad said...

Kes ungkit mengukit ni ada baik dan ada buruknya,,bergantung juga la cara dan nada penyampaian kita masa nak ungkit tu..

msredcheesecake said...

memang betul, tapi kalau takde sape cari pasal, pompuan tak kan tetiba nk ungkit2...

akoo pae kembali? said...

huhu smoga kite sntiasa jauh dgn sikap mgungkit tuu..

Cik Pulau said...

kadang2 ngungkit sebab terdesak..
tp ada je yg memang suka mengungkit..
lelaki ke peremuan ke.. sama jeee..

deno said...

kadang2 xde niat pun nak ungkit...

Nong Andy said...

awas ikan kaloi.. silap haribulan kena masak lemak cili api ekekekeke...

er.. aku ni jenis mengungkit ke tak? er.. mo tanya hubby ni. dia jer yg ada jawapannya ekekekeke..

Noraim said...

kadang2 termengungkit bkn sengaja.

Musafir Jalanan said...

Tak tahulah pulak, . . . Ohh, rupanye perempuan suke mengungkit ye?
Belum mengenali perempuan secara mendalam, . . Belajar dari sini je, . . Tumpang :)

Anonymous said...

SiMPAN DALam AQUARium JE SUDAHLah :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers