CORETAN TERBARU NADH

Cinta jangan pergi!

Wahai cinta jangan kau pergi. Itu kata hati seseorang yang tak mampu melepaskan cinta. Kenapa? Sukarkah hidup tanpa cinta? Ya sukar. Aku tahu. Sehari tanpa cinta umpama kemarau bertahun lamanya. Wahai cinta jangan pergi lagi. Setia di sini bersama aku, katanya lagi.

Cinta manusia makin buat aku bingung. Bingung kerana ia benar-benar mengganggu rutin harian. Ya, cinta bisa mengubah manusia. Manusia itu aku, kamu, dan kita semua. Manusia mudah lemah dengan cinta. Manusia mudah alpa. Kadang lupa sebenarnya cinta yang dikejar bukan untuknya.

Cinta tu tak salah. Kita yang salah mentafsir cinta. Kita terleka dengan nikmat cinta manusia yang kadang kala bisa memesongkan kita ke jalan yang jauh dari cinta Allah. Bangun kembali. Lihat cinta yang setia menanti dihujung jalan. Cinta Allah. Ya, jangan biarkan cinta itu pergi, sayang. Gapailah ia. Sebelum tiba waktunya. Argh aku lebih merindukan cintaNya saat hati dirundung musibah.

#Pakcik mengada suka coverline, thanks. My best friend with the bad way. Take note!
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

Boni JLL3 said...

setuju.. cintakan Allah lebih penting daripada segala2nya

Nong Andy said...

a... ada ketika kita lupa tentang cinta. Tapi ada masanya kita terlalu asyik dengan cinta.. manusia katakan.

Cinta manusia selalunya sementara. Yang wajib di kekalkan Cinta PadaNya.. tapi itu yg paling sukar di lakukan.. kerana kita selalu Cintakan DUNIA..

reenapple said...

cinta ALLAH yg hakiki dan tak akan pernah lukakan kita.. =D

Noraim said...

cinta manusia takkan kekal, jgn terlalu taksub sgt.

#akak, kita dah dpt novel suami aku ustaz tp xbaca pn lg. hehe.

tamlegend said...

ruginya bila cinta tersasar...hmmm

cimöt said...

cinta itu satu pembaziran...
terus aku putuskan...
biarlah cinta selepas diijabkabulkan..

kiera'sakura said...

bila kita cintakan Allah. Dia akan datangkan cinta yg lain menemani kita ;)

Alieza Dayasari said...

ada cikgu sek berkata,.
kita sayang suami kita, tp kita perlu sayang allah swt lebih drpd suami kita.

Rara Nasiha said...

cinta tak perlu dicari, yang penting cinta pada yang hakiki. :)

Cik Pulau said...

cinta.. cinta.. dan cinta lagi..
^^,

Rokiah Wandah said...

semoga kita sentiasa dalam cinta kerana-Nya . :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers