CORETAN TERBARU NADH

6 tahun ke 12 tahun?

Sebenarnya, aku masih ada tugas di sekolah. Masih belajar dan terus belajar. Aku cuba menjadi guru. Kadang rasa gagal. Sebab aku terlalu selesa dengan dunia prasekolah. Kebanyakan anak murid aku 5-6 tahun. Mereka degil. Banyak main. Tapi aku tahu naluri itu naluri kanak-kanak. Aku biarkan. Aku tegur mana yang salah. Aku bagi mereka sedikit kebebasan.

Tapi bila aku berdepan dengan darjah 6, aku kaku. Aku tak tahu nak guna laras bahasa yang mana. Aku tak tahu nak tegur guna cara apa. Perlukah aku jerit? Perlukah aku tegas? Perlukah aku jadi kawan mereka? Aku bingung. Banyak cara dicuba, akhirnya garang juga jadi pilihan.

Aku tak suka menakutkan anak murid. Tapi sampai masa aku perlu. Bila kita baik mereka pijak kepala. Bila kita gelak, mereka ingat kita selamba. Tetap ada jurang biarpun kami juga sempoi. Tak mahulah stress bukan? Tapi ikut situasi. Jadi, aku berdiri di depan dorm murid lelaki hingga mereka tidur.

Memang guna ayat ganas. Kau aku je. Sebab mereka tak tahu batas antara kami. Aku tak tahu kenapa, hanya mampu menundukkan mereka dengan ketegasan dan ugutan. Aku tahu itu salah. Aku cuba. Dan aku masih belum berhenti mencuba. *takut jugak duduk dekat dengan lelaki-lelaki sebab mereka dah 12 tahun kan. Bahaya! :-P
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

reenapple said...

kdng3 garang dn tegas itu perlu dalm mendidik kanak3 d usia sebegitu.. ahaha.

#tak boleh nk imagine kau garang.. ahaha

Nong Andy said...

Alah bisa tegal biasa..

timbalah lebih banyak pengalaman sebab pengalaman adalah guru yang sejati... pengalaman akan mengajar kita dengan lebih baik berbanding di ajar oleh orang lain.. dlm proses menimba pengalaman memang byk try and error.. tapi itulah kuncinya :D

semoga berjaya menjadi cikgu yang di hormati dan di segani sekaligus di sayangi iffah :D

Asyiqin Haulisah said...

jd guru bukan satu kerja mudah. byk sabar ye kak, budak baru nak matang susah nak bezakan lg.:)

Boni JLL3 said...

nak tak nak kena tegas.. baru dorang akan dengar cakap..

deno said...

budak zaman skrg tak mcm dulu.. mcm liat dan degil sikit.. kan.. ke deno salah? entah la tapi deno rasa budak skrg pelik sikit perangainya...

.........cP~ said...

Salam.

MEncabar kan? Tapi, kira bagus la masih boleh fikir pelbagai cara.

All the best ya. Lama-lama mesti okay. InsyaAllah.

Mrs. Abi said...

errr takotnye cikgu ni

maszull said...

assalamualaikum iffah ...betul tu kekadang kena juga garang utk membentuk perangai mereka yg elok...:)

Cik Pulau said...

satu benda yang ai pasti sekarang.. budak-budak sekarang sangat advance.. kan???

CikUna said...

Ermm.... budak2 memang macam tu Iffah.. Zaman sekarang tak macam dulu tapi as a teacher kena banyak bersabar k dear.. Go Cikgu Iffah Go !!!

Anonymous said...

KiTA BAKor Je.HEHe

CikZaitul said...

ko macam cegu displin aku lah..
garang tapi sempoi :)

kiera'sakura said...

klu diorg bce blog iffah mesti diorg kata "cikgu iffah nie garang tp sweet" haahahaha :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers