CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Tangan kanan gatal

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tangan kanan digaru kuat. Gatal! Dia terfikir, ada orang kata kalau tangan kanan gatal maknanya nak dapat duit. Senyum makin melebar.
“Oit senyum macam orang gila!” Dia tersentak dengan sergahan sahabatnya itu.
“Ala senyum pun tak boleh. Kau datang mesti ada hajat kan?” Rokiah menyinggung sahabatnya dengan siku. Senyum masih jelas di wajahnya.
“Kiah, kau tahu-tahu je kan,” Rosnah laju duduk menyendeng. Rokiah senyum lagi. Hari ni hari senyum sedunia bagi dirinya.
“Kau tak payah cakap. Semua pasal duit kan?” Rosnah menggangguk. Dia terkejut bagaimana Rokiah dapat mengagak.
“Aku terror. So kau nak bagi berapa ringgit? Hutang lama ke apa?” Rokiah tanya pantas. Dia tahu kawannya segan.
“Eh apa pulak aku nak kasi duit. Aku nak minta duit beli buku Novel Suami Aku Ustaz kat kau tu. Kan aku yang bayarkan dulu. Kau lupa?” Rosnah geram. Lain pula yang jadi.
“Ah? Aku hutang kau? Habis tangan kanan aku yang gatal tadi…” Rokiah menggaru kepalanya. Kusut sedikit rambut ikal itu. Hanya tawa Rosnah kedengaran. Sementara itu Rokiah masih menafsir fakta yang baru otaknya terima. Sambil memandang tangannya yang sememangnya sudah berparut luka.

12 comments:

reenapple said...

ehehehe... salah tafsiran pulak. huhuhu.
Rupanya Rosnah yg dapat duit bukan Rokiah.. ehehehe.

SoLy SoLicious said...

tgn gatal sbb kena byr hutang laa tu...hehehe

AY said...

Nak dpt duit tu kot!! huhu

Aien Not Alien said...

itulah kan...orang kita percaya sangat tangan gatal nak dapat duit. hehe.

Unknown said...

tak demaknanya tgn gatal nak dpt duit...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/nice-song-sami-yusof-feat-dato-siti.html

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hehe kan dah kena sejibik??

Latest entry: 3 HARI LAGI

Asrul "iLham" Sany said...

ceh buat2 lupa...hahaha

MalizaMah said...

haaaaaaa... salah erti.

senyumSOYA said...

heheheh..lain plak jadinya ^^

Mrs. Abi said...

haiiiii cik kiah, hutang bila mau bayar aaaa...hahahhaaha

Nong Andy said...

walaupun mitos tapi adakalanya kebetulan tu buat aku tertawa sendiri. bila tangan kiri yg gatal.. dapat duit.. tapi bila tangan kanan yg gatal.. tu nak bunag duit.. hahaha. Tapi pong ada gatal tangan kanan.. ni hujung minggu ni memang nak buang duit la ni.. :D

apa2 pun itu cuma mitos tak boleh nak yakin n percaya sgt.. rezeki itu dari tuhan :D

Kira Sakura said...

klu tgn tue gatal sbb kene cium ngn nyamuk tue cm ner pulak? hahahaha :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers