CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Kritikan hebat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang orang kata tak fikir hati kita. Main taram je. Kadang sedih kita menangis. Apa salahnya dia menegur dengan sopan santun? Apa salahnya dia menegur secara tertutup? Kenapa dia kena hina di khalayak? Banyak benda terfikir saat sedih. Emosi mengawal minda. Akhirnya? Menangis dalam hati. Kerana tak mampu terluah dari mulut sendiri.

La tahzan buat mereka yang mengalami situasi ini. Kritikan walaupun pahit, kalau ia betul kita harus belajar menerima. Kita tahu tak semua orang mempunyai pendekatan teguran yang sopan, tersirat, menegur dalam menjaga hati. Namun, sedarlah kaum itu hanya sedikit cuma. Jadi untuk apa harap benda yang sukar didapati? Kita tak dapat ubah cara orang, tapi cara kita boleh ubah.

Didik hati supaya tahan. Walaupun perit, perih, pedih kita rasai saat dikritik hebat. Apatah lagi kritikan yang berbaur negatif. Semoga hati kita terus kuat terima kritikan. Jangan manjakan hati sendiri. Kerna tak selamanya kita akan dapat memanjakan hati kita dengan kata-kata manis semata-mata. La tahzan! Kuatlah wahai hati!

11 comments:

Faizul Osman said...

org yg mengkritik pun kena pandai main kata2... jgn nak main kritik je... boleh jd gaduh kalau tak kena cara...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/sentap-ramadhan-aurat.html

reenapple said...

yaa... walau benar tapi aku rasa nk tegur tu dengan cara yg elok.. =)

maszull said...

assalamualaikum iffah...kena juga kuatkn semangat walau apa yg terjadi...

SoLy SoLicious said...

nk menegur biar kena dgn care... BE STRONG !!!!


*siap caps lock lg ha...

Rara Nasiha said...

mengkritik kalau untuk menasihati takpe, tapi kalau untuk menghina, memalukan, buat dosa jela. :)

kiera'sakura said...

hurm macam tue la selalunya.. kdang akak pun takut nak berkata-kata sbb tkut yg laen xdpt terima..

Boni Kacak said...

setuju tu.. kuatkan hati tu.. baru lah kita akan kuat utk menempuhi cabaran dan dugaan hidup di dalam dunia ni

Prettywrite said...

ambik kritikan tu untuk jadikan kita orang yang lebih baik lebih hebat..:)

msredcheesecake said...

tegurlah saya kalau salah dengan niat nak membetulkan, bukan mengaibkan...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

1. tidak semua org boleh terima teguran dgn hati terbuka. mrk berasa org tak suka, dengki, cemburu.. kebarangkalian itu mgkin org berperasaan mcm tu. andai teguran ini kita fikir semula dan ada kebenaran dan akn mjatuhkan maruah diri kita. kenapa tidak kita berfikir seketika utk berubah.

2. ada mereka yg mmg boleh terima tp sbnrnnya hanya pada dasar shj mrk terima. itu pun ok.. sekurang2nya kita tidak menunjukkan kita protes dan kita ada pendirian kita sendiri.

3. yg penting org tegur kita n kita nk terima atau tidak, itu hak kita. cuma kita perlu berfikir teguran itu mendatangkan kebaikan kpd kita atau sebalik. heeeee

4. banyak plak leeza menaip ni.

aimie amalina said...

huuu
maseh kak ngah..memerlukan dikala menjadi "pekerja" ini..heeee

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers