CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Kuat!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Malam dingin. Aku sibuk meneliti laptop kesayangan. Setelah sehari dimasukkan ke ICU aku jadi makin sayang dengannya. Bukan sehari dua. Lima tahun dia berjasa denganku. Kecurangan aku terhadap dia membawa padah. Aku cuma dapat bercinta dengan Netbook merah hanya dua bulan. Selebihnya? Dia mati dalam nahas 27.8.2011. Ya, bersama-sama Maria. Yang kini diganti dengan Maya. Aku tahu aku tak patut curang. Aku harap Maya yang terakhir. Aku tak mahu curang lagi. Aku takut.

"Tet tet..." Mesej masuk. Aku pantas membukanya. Dari sahabat aku rupanya. Aku teliti mesej itu. Panjang sekali.

Sender: Julia (Bukan nama sebenar)
Tipah (Bukan nama sebenar), terima kasih... Terima kasih sebab semangat kau buat aku sedar, apapun dugaan yang Allah bagi, jangan sesekali patah semangat... Senyum selagi mampu supaya orang lain dapat senyum sama..masa kau lepas accident, aku tak sanggup nak tengok kau... Aku rasa macam tersiat-siat hati ni, rasa tak mampu nak tolong kau... Tapi ternyata kau tak perlukan sesiapa untuk jadi kuat... Kau berdiri sendiri, kau tetap senyum, tetap Tipah yang dulu... Terima kasih Tipah... Aku doakan Allah lindungi kau dan keluarga kau dan kesejahteraan hidup korang...

Aku terdiam. Peristiwa setahun lepas terlayar di kepalaku. Bukan setahun. Lagi sebulan genaplah setahun. Aku pelik. Dia tak begini. Dia bukan macam ni. Aku hantar mesej semula. Ingin bertanyakan masalahnya. Dia yang aku kenal bukan seperti ini.

Sender: Tipah (Bukan nama sebenar)
Kau ada masalah? Ada apa-apa boleh kongsi kat aku. Aku tak kuat pun Lia. Aku cuma jadi diri aku je. Lagipun kita lemah mana sekalipun kita tak perlu tunjuk kat orang. Itukan rahsia kita. Kuatkan semangat. Sentiasa berdiri dengan nama Lia yang aku kenal lima tahun lepas =)

Aku masih risau tentangnya. Mungkin dia nampak aku kuat, hakikatnya? Aku bukanlah sekuat yang dia fikirkan. Aku rasa semua itu lakonan aku. Sandiwara yang membutakan tentang hakikat sebenar. Aku tak kuat. Aku cuma jadi diri aku sahaja. Itu je aku mampu lakukan. Jika orang lain tanya, macam mana aku boleh kuat begini aku akan tetap bagi jawapan yang sama.

"Kita semua tak kuat wahai sahabat. Kita cuma ada tempat bergantung dan kita berpaut kepadaNya. Dari Dialah kekuatan itu muncul. Kuat untuk menjadi diri sendiri. Kuat dalam menyembunyikan kelemahan. Kuat dalam menyembunyikan tangisan. Kuat apabila dirundung musibah. Kuat dalam menutupi hakikat sebanar. Berlakon jadi kuat juga satu kesukaran," Aku bercakap sendiri dan laptop itu aku matikan. Aku perlu jadi kuat untuk bangun awal bersahur esok hari.

12 comments:

CikZaitul said...

kita perlu nampak kuat untuk bagi semangat kepada org lain kan...


itulah sahabat .. :)

kay_are said...

betul2.. same gak r ngan aku.. bile nak nasihat orang lain suruh tabah kuat, laju je.. bile sendiri yang kne langsung tak leh nak wat pape.. huu

Mrs. Abi said...

mcm cerita realiti aje ni...emmmm...ape pun mmg kena kuat utk hidup yg mcm2 hal skrg ni

Asrul "iLham" Sany said...

menarik kerana menggunakan elemen lakaran dialog... :D

kiera'sakura said...

kadang bila kita berlakon jadi kuat tue jugak motivasi tuk diri kita sendiri :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

entry yang unik!

apa2 pun berdoa padaNYA :)

Faizul Osman said...

kita kena kuat semangat utk lakukan sesuatu...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-zoo-taiping-night.html

aimie amalina said...

emmm3..
tetibe teringat cite setaun lepas...
opah abru turun dr flight
dpt berite kak ngahh

huu..
yg opah taw kak ngah mang kuat ;)


err..cm larikk topik
hahahahahaha

syiela said...

terpaksa menjadi kuat untuk mendorong anak2..padahal Allah maha mengetahui

ellieandcarl'sstories said...

ifah ni cite real ker.??? ayat2 terkahir. rase bagai bercakap dgn saya. alhmdullillah!!

Nong Andy said...

setelah banyak di duga.. mungkin saja seseorang itu akan menjadi lebih kuat.. jadi bila menerima dugaan.. itu tandanya Dia mahu menjadikan umatnya itu lebih tabah dan kuat..

*Sekuat mana pun kita pasti ada masanya kita meresa sangat rapuh.. dan sememangnya kita begitu rapuh di hadapanNya

reenapple said...

kita [erlu kuat walau lemah macam mana sekali pun kita.. =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers