CORETAN TERBARU NADH

Doktor peribadi terbaik!

Aku sakit mata. Seminggu dah. Malas pergi klinik sebenarnya. Kawan aku bising dari dulu. Dia yang check mata aku sepet ke tak. Merah ke tak. Dalam diam dia sweet sebenarnya. Walaupun kasar je percakapannya. Thanks babe!

Hari ni pulak ada doktor peribadi datang bawak ubat. Kakak aku sebenarnya. Untung jugak adik beradik ramai doktor ni. Seronok hidup. Tadi dia membebel. Memang lagak doktor. Kadang aku selalu tanya dia, boleh percaya ke dia ni doktor. Macam sengal je gaya. Haha.

Tapi tadi dah terbukti. Dia doktor yang berjaya. Mata aku diletak ubat krim, ubat titik. Lepas tu ada panadol dengan ubat selsema lagi. Dah gaya pesakit. Yang untung ada doktor peribadi ni, ubat free, perkhidmatan free, terus datang ke rumah lagi. Yang penting ada duit belanja. Haha sayang doktor lebih!

Nota Iffah: Semalam mimpi pasal seseorang yang lama aku tak hubungi, adakah dia ikan kaloi itu? Hurmm
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

Pn. Sheila@CC said...

wah... seronoknyer bila ada doktor peribadi ni... hehe

Nong Andy said...

mimpi2 ni bahaya... org tu rindukan kamu tak Iffah :D

untunglah ada doktor peribadi...

nini said...

wah utungnya....=D moga cepat sembuh

Teenager Housemaid said...

wah senangnya ada doktor peribadi sendiri ni...kekeke...

kiera'sakura said...

mata tue effect salah sembur ritu ke?

Rapunzeel Cikilolo said...

hahaha. aku demam. boleh pinjam doc ko tak?

Asyiqin Haulisah said...

dia memmbebel utk kebaikan jugak. :)

reenapple said...

bestnya... huhu.

#erk.. ikan kaloi kah??/ hhuhu.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

sakit mata? bahaya lor.. lama sangat adap lappy ni

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

rileks2 dulu bagi lega...nti jangkit kt orang lain hehe

Anonymous said...

SELamat ADa PUAn DOCtor :)

**ERk..LAGi MiSTEri Ni.
MiMPi SiAPa JELa Tu :D

tamlegend said...

ada no tepon tak doktor tu?nak kenalan..hehehe

deno said...

deno tak ada doc peribadi, doc yang jumpa setiap bulan ada... hihik... yg best tu kalau doc yg baru muda2 biasanya ensem.. still ingat mula2 kuar ICU dapat doc ensem yg jaga... hihihi :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers