CORETAN TERBARU NADH

Bila tak puasa di bulan puasa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini khusus kepada para wanita. Aku nak kongsi sedikit fakta. Siapa kata orang tak puasa di bulan Ramadan ni orang yang untung? Allah beri kita cuti dari beribadah. Itu istimewanya wanita. Tapi ramai yang cemburu. Sebab kaum ni boleh makan di tengahari di bulan puasa. Tak payah terawih. Tak payah puasa penuh. Semua tu salah kalau itu tanggapan kamu-kamu kat luar sana tentang kami.

1. Kami tak boleh makan terang-terangan.
Ya, nanti kantoi semua pakat membahan. Orang tak puasa tak boleh makan semejalah apalah. Tak pasal kena diskriminasi. Padahal bukan kami mintak untuk tak puasa kan? Lagipun, mana ada makanan sedap-sedap tengahari, paling sedap pun megi. Sadis kan?

2. Kena ganti puasa.
Dah tinggal kenalah ganti puasa. Bukan seronok-seronok puasa tak cukup. Bila kita ganti puasa, diorang pulak konon balas dendam makan depan kita. Sabar jelah!

3. Sakit 
Ya, ada sakit pinggang. Senggugut. Macam-macam lagi yang buat kita lagi penat dari orang yang puasa. Jadi mana part yang diorang cemburu sangat dengan kami yang tak puasa bersebab ni?

Akhir sekali, janganlah pandang hina sangat kat orang yang tak puasa bersebab ni. Bukan dia mintak. Dia pun nak puasa penuh jugak. Nak beribadah jugak. Tak ada lebihnya pun kalau tak puasa di bulan puasa. Sama je. Jadi, jangan pelik kalau kaum hawa tak puasa. Tak berdosa pun. Lainlah dia makan depan korang. Siap menunjuk-nunjuk kesedapan makanan tu. Tu baru boleh korang marah. =)

16 comments:

Faizul Osman said...

itulah keistimewaan bg wanita di bulan ramadhan ni...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/nice-song-sami-yusof-feat-dato-siti.html

Rapunzeel Cikilolo said...

hahaha. lelaki tak puasa macam mane pulak kan?

Afiq Yassin said...

untunglah orang perempuan kan..

Nong Andy said...

ha.. betul.. betul.. betul.. yang paling haru bila nak ganti puasa bukan di bulan puasa.. masa tu baru rasa siksanya.. yalah org lain mana nak makan menyorok.. masa tu barulah gegaran iman lebih kuat dari masa bulan puasa!

CintaZulaikha said...

btol lah iffah, stuju tau...igt kita nak ke takmo pose..tp ni sume dah kerja Tuhan, jd kita kena menerima je dgn hati terbuka, aceccehhh, ayat hakak~~ lalla

maszull said...

assalamualaikum iffah...betul2 tu mama sokong 100% suka ngan n3 ni...:)

Boni Kacak said...

haha..tak pernah saya anggap macam tu.. sebab tak baik berprasangka buruk kat orang lain kan?

Cik Pulau said...

ai ada kisah pasal students sini yang tak puasa.. hadoiii... macam2 hal..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

wanita istimewa... xperlu kot dok bahan2 :)

Mrs. Abi said...

ye iffah, selamat tak pose...hehehe

K O R I E said...

hehe, inilah keistimewaan wanita ;)

tp kdg2 xlarat dey nak ganti puasa.

EL MARIACHI said...

hahaha..patutlah abang bro gi Tesco tengok ramai remaja pompuan borong megi..rupanya ini kesnyer..tapi dalam seminggu aje kan...

kiera'sakura said...

nak nak pulak klu kena sebulan penuh x blh pose klu melahirkan time tue.. lagi la sadis x hengat... huhuhu

aimie amalina said...

heeee
opah yakin opah akan posa full taong ni
yay!
hahahahaha


jeles x?kikiki

deno said...

deno pernah tak puasa sebulan masa mula2 sakit... masa tu 4 bulan di hospital...

ahsfantasy24 said...

tak puasa lagi penat drpd puasa,
huhu kalau tak puasa, sedih :(

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers