CORETAN TERBARU NADH

Akhirnya update

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku beraya kat kelantan. Internet sangat lembab membuatkan aku lupakan pasal blog. Kat kelantan pun beraya rumah saudara je sehari. Tak jejak KB pun. Apatah lagi jumpa blogger kelantan. Maaf. Ingat dah bawak kereta sendiri bolehlah meredah KB. Tapi keadaan tak mengizinkan.

Balik pun jaga mek yang sakit. Uzur sangat dah. Aku tak sampai hati nak tengok. Nak kata tunggu masa, pun tak boleh nak cakap. Hurm lupa nak cerita, yang aku bawak kereta 9jam perjalanan ke kelantan. Yeah! Kena pergi dua kereta sebab kami berenam. Aku bawak hala pergi je. Hala balik aku terpaksa menghadap jammed dari Melor ke Gua Musang. 4jam. Lepas tu tukar driver. Mengantuk tak elok drive kan?

Alhamdulillah. Pukul 11 malam semalam sampai. Gerak 12 tengahari masalahnya. Dugaan bila balik kampung jauh macam nilah. Macam mana raya korang? Seronok? Ke dah beraya sampai pengsan? Hehe :-)
Published with Blogger-droid v2.0.6

11 comments:

Unknown said...

takpe..pasni dah boleh update da..hehe

نورعيم said...

Jalan memang jem la kak iffah kat Kelantan ni.

Naik jalan2 masa raya pun Fed up

Cik Asma BLuppy said...

jem yang sangat teruk kan..sekali setahun aje leh rasa jem tu...haha

Dayang Deno said...

deno raya ke empat dah demam... hari ni belum baik.... adehhh

reenapple said...

aku tunggu kau update. tertanya-tanya takkan kau bz berya sampai lupa nk update.. ekeke

#selamat hari raya...

Nong Andy said...

9 jam ? OMG

aku sedang ketagih Blogwalking ni hehehe... esok lusa akan senyap lagi..

maszull said...

assalamualaikum iffah...wah!! beraya sakan yer...:)

Asrul "iLham" Sany said...

aku kat kelantan pun dok rumah je... kumpul lemak hahahhaa

MalizaMah said...

lama juga awk biarkan entri ni bersarang erk. hehehehe
dah kembali dah beraski blog ni.
heeeeeeeeee

Kira Sakura said...

akak sgt bizi setiap hari raya huuuu

ellieandcarl'sstories said...

ifaaah.. awok mek klate gak ke... heheh same upenye

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers