CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Bakat tiada

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang kita cemburu. Kita tengok orang berdiri gagah dengan bakat yang mereka ada. Bakat semula jadi? Entah. Sampaikan kita rasa kerdil je bila sebaris dengan manusia-manusia yang gah dengan kelebihan sendiri. Bakat apa kita ada? Kita serba kekurangan. Selalu sedih. 

Itu biasa jadi. Sedar atau tak, kita pasti akan terselit rasa tak puas hati. Kenapa kita tak berbakat macam pelukis komik terkenal tu? Kenapa kita tak boleh jadi penulis hebat seperti A. Samad Said? Kenapa kita tak lantang bersuara seperti seseorang yang terkenal. Kenapa kita tak jadi usahawan berjaya macam beliau yang berjuta-juta hartanya. Kenapa kita tak boleh bergelar angkasawan seperti doktor muda itu?

Tapi, persoalannya, kenapa kita tak cermin diri? Hebat mereka bukan kerana bakat semata. Usaha, doa dan tawakal ada juga. Sedangkan kita? Duduk mempersoalkan takdir. Sedih tapi tak bertindak. Tak usaha mencapai apa yang kita inginkan. Bakat itu perlu digali. Kalau bakat menyanyi tak ada, kita boleh belajar mengaji. Kalau kita melukis tak pandai, kita boleh cuba mewarna.

Ingat, hidup ini pilihan. Bakat apa? Pilihan di tangan anda. Fleksibelkan diri. Jangan terlalu jumud dan sentiasa salahkan takdir. Dan akhir sekali, la tahzan. Sesungguhnya bakat dan kelebihan dari Allah S.W.T, jika benar bakat itu milik kita dengan izinNya, pasti kita juga bisa berjaya seperti yang telah berjaya dengan bakat mereka tersendiri.

15 comments:

K O R I E said...

manusia biasa xpernah lari dari berasa mcm ni kak

EL MARIACHI said...

bakat abang bro merapu je lebih hehehe...

miss chillax said...

you inspired me :)

Afiq Yassin said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Daripada rakan blogger | Afiq Yassin

reenapple said...

hidup ini suatu pilihan.. =)

SoLy SoLicious said...

betol.. belajar lah untuk redha :)

Faizul Osman said...

setiap manusia ada kelebihan dan kekuranagn sendiri... tak semua org mampu melakukan semua perkara... sb itu kita perlu ramai org di sekeliling kita...

cimöt said...

it is fate.. syukur to be who we are..

boni kacak said...

tanpa usaha, bakat semata2 tidak ada gunanya. kadang2, dengan usaha, kita lebih hebat daripada orang yang berbakat.. fikir2kan dan renung2kan.. :)

Maii said...

muhasaba diri penting :)

iZ said...

bakat kita ada, cuma perlu dicari dan dikembangkan..
kan2?

Leeza dayasari [santai leeza] said...

bakat juga perlu diasah...
guna bakat sebaiknya dan pada jalan yg betul.

anamizu kaito said...

USAHA tu yg pntg sbnrnye.
bakat tu bonus je..



Chaiyok !!! =P

Nong Andy said...

saya sangat berbakat dalam merepek ekekekeke... percaya tak iffah :p

kiera'sakura said...

klau dengki dgn mereka yang bergelar penulis boleh cuba melukis... setiap dari kita punya kelebihan dan kekurangan memasing :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers