CORETAN TERBARU NADH

Novel Setitis Kasih Darmia di POPULAR!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Buat kawan-kawan yang suka membaca novel. Aku cadangkan beli karya sulung sahabat aku ni. Sebab penulisan dia sangat best aku rasa. Dari dia aku belajar menulis. Kira sifu. Jadi, jangan bandingkan penulisan kami. Segan aku.

Kalau tak percaya boleh rujuk entry Novelis tersebut. Bangga betul kawan dah digelar novelis. Aku? Blogger sudah =)

Selamat membaca. Aku nak tunggu dari tangan dia. Malas nak beli kat luar. Sampai sekarang ending cerita dia aku tak baca. Sebab hari tu dia suruh jadi editor novel tu, tak mampu nak baca. Tebal sangat kot. Dah tak sabar nak baca apa jadi pada Darmia yang dipaksa kahwin dengan Khairul Amir yang angkuh!

Setakat aku baca suku cerita versi online, aku rasa cerita dia 4 bintang. Tak tahulah habis satu buku tambah satu bintang lagi =P Tapi Qaseh awal-awal dah baca. Review novel ini di sini. Cemburu betul baca reviewnya. Tak sabar nak baca jugak!

8 comments:

reenapple said...

huuuu.. tahniah!!!! Aku nak beli tapi aku risau kalau aku tak bca. Aku bukan kaki novel.. ekeke. Nanti aku cuba cari.. =)

Unknown said...

hehehe.. bagusnya.... bertuah saya kenal set2 novelis ni..hehehehe

Unknown said...

wah, tahniah untuk dia. bukan senang buat novel.. :) :)

Unknown said...

tahniah!!! novel cinta ke?? mmm, tak minat sngt bce novel cenggitu...

maszull said...

assalamualaikum iffah..wah bestnya ada kekawan yg dah jadi novelis ni...:)

QasehSuci said...

amboi..cemburu ke?? heheh...naniey...cepat bg buku kt iffah nie...dia x sabar nk baca...hahah...

Kira Sakura said...

ok nt akak jeling2 kt popular ;) tgu novel ifah pulak kuar

Cik Asma BLuppy said...

sedapnya ada kawan novelis... novel thiller ada x? makin addict lak novel thiller ni...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers