CORETAN TERBARU NADH

KISTOT tu apa?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ramai sangat tak tahu KISTOT tu apa. Sampai aku buat kistot pun orang ingat kisah aku sendiri. Semua tu rekaan dan ada juga yang benar tapi diubahsuai mengikut selera penulis. Kistot ni anak kepada cerpen. Kalau cerpen selalu aku buat 3 hingga 7 muka surat. Yang kistot ni cuma setengah muka surat je. 

Kistot sama dengan Kisah Kontot. Kalau Kispen sama dengan Kisah pendek. Banyak istilah sebenarnya. Certot tu cerita kontot. Cerpen tu cerita pendek. Cerpan tu cerita panjang. Kalau novel tu cerita panjang berjela. Boleh faham semua? Jadi kistot aku okey ke korang rasa? Aku perlukan kritikan yang jujur dari korang. Risau tersyok sendiri. Orang pun salah faham ingat tu cerita aku sebenar.

Antara KISTOT yang aku dah buat;
1. Aku dan jam tangan
2. Awak lari saya kejar
3. Tangan kanan gatal
4. Cheezy Wedges
5. Kuat!
6. Trauma yang positif
7. Rahsia hati
8. Aku, dia dan kad raya

Jadi selamat membaca =)

13 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

looorr...

fizafantagirO said...

Dah baca Kistot awk , bagus .. sebab tak bosan membacanya :)

Rapunzeel Cikilolo said...

boleh tahan :)

maszull said...

assalamualaikum iffah... memang best la...:)

Wanita Mutalib suka Share Instagram's Pictures said...

baru tahu :)
terima kasih bgtau heee

Asrul "iLham" Sany said...

boleh sy tanya dari mana asalnya istilah ni?

Leeza dayasari [santai leeza] said...

ohh gitu maksudnya. haaaaaaaa

Cikgu Ma said...

insyallah..kelapangan nanti nak baca awak punya kistot =)

Faizul Osman said...

barulah faham... ingtkan bahasa ape... huhu...

Nong Andy said...

hahaha... aku baru belajar nak buat kistot/certot!

:D

eija said...

ooo br phm mksdnya...

kiera'sakura said...

kistot iffah buat akak x puas nak membaca.. nak panjang jadi cerpen.. ok jujur

kay_are said...

owh... aku taktau lak ade term2 yang macam tu dalam penulisan.. baru faham

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers