ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Awak, kejap! Saya ada hal sikit nak tanya…” Maisara
berpaling. Qistina rupanya. Dia menanti soalan yang ingin Qistina ajukan.
“Macam mana nak buat latihan math ni? Saya tak reti…”
Maisara tersenyum. Lalu dia mengajar penuh semangat. Usai itu Qistina
mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
“Mai, kenapa Qis tu?” Atikah menegur dari belakang. Maisara senyum.
“Ah dia nak mintak tolong ajarkan matematik. Saya tolong
ajarkan. Awak dari mana?” Atikah mengeluh.
“Apalah awak ni. Masa dia susah baru dia cari awak. Padahal awak
layan dia baik je. Dia je yang tenggelam timbul…” Rungutnya tanpa lapik. Atikah
memang tak suka melihat Maisara dipergunakan sebegitu. Orang lain kawan ikhlas.
Bukan macam Qistina.
“Apa pulak cakap macam tu? Awak, dia kan kawan saya. Kawan awak.
Lagipun tak salah kalau kita bantu setakat yang kita mampu kan?” Maisara
terguris sedikit. Dia tak gemar orang mempersoalkan cara dia berkawan.
“Bukan macam tu. Awak ingat tak masa dia nak buat sambutan
hari jadi dia. Suruh awak tolong masak. Lepas tu dia seronok-seronok dengan
kawan-kawan dia yang sporting kononnya. Awak buat apa? Duduk je kat dapur
kemas-kemas. Mujurlah basuh pinggan bukan awak yang buat…” Tokok Atikah lagi.
“Ish awak tak baik cakap macam tu. Dah dia minta tolong. Saya
kan kawan dia. Jangan sebab awak cemburukan saya baik dengan dia, awak nak
cerita buruk dia. Saya ikhlas kawan dengan semua. Saya tak kisah dia minta
tolong. Awak minta tolong pun ada saya menolak? Saya cuba tolong kawan-kawan
saya…itupun awak…” Kata-kata tak dapat dihabiskan. Air mata merembes keluar. Atikah
terkedu. Lantas dipeluknya Maisara.
“Mai, saya tegur ni sebab saya ingat awak kawan saya. Saya tak
nak awak terpaksa buat semua kerja sebab seorang sahabat yang tak menghargai
jasa awak. Dia datang cari awak masa susah je. Ini ke nilai persahabatan awak
di mata dia? Awak, jangan bazirkan masa awak untuk berbakti kepadanya. Dia takkan
hargai. Dia cuma pergunakan awak. Dan saya yang lihat ni tak sanggup dah…tau?”
Maisara menangis. Keduanya menangis. Air mata masih membasahi. Malam itu
Maisara muhasabah diri semula. Atikah tak salah. Dia yang salah kerana memberi
peluang kepada orang untuk mengambil kesempatan.
6 comments:
atikahhhh~~siapa atikah? ooo skrg dh kistot pula ye? nice kistot...
KITA PATUT BUAT BAIK KAT SEMUA ORG...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/teka-baju-raya.html
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Daripada rakan blogger Afiq Yassin
eh.. aku tak komen lagi kah? Aku rasa aku dah komen.. ekekek.
Aku pernah alami benda tu.. ehehe. Atikah tak boleh terlalu lurus, ehehe. Pesan kat dia eh.. =)
maisara tue pun... nasib dia muhasabah diri balik.. nasib dia dgn atikah x retak pulak.. haishhh
entah kenapa aku rasa tak syok pula dengan atikah.. macam batu api pun ada. dah maisarah iklas nak tolong.. (er.. tapi Atikah pun iklas tak mahu maisarah dibuli sebenarnya kan..)
er..mybe, aku terasa sebab aku rasa aku jenis Maisarah.. kena ambil kesempatan tapi stil biar aja.. tolong org akan buat kita gembira.
tapi jgn lupa pepatah lama buat baik berpada-pada hahaha.. kalau tidak org akan ambil kesempatan.
best la kistot ni Iffah!
Post a Comment