CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Cinta pertama

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM 
Cinta pertama Amna bermula saat seorang guru muda masuk mengajar mata pelajaran Matematik. Dia sangat sukakan subjek matematik hanya kerana seorang cikgu.
“Okey, Amna. Sila jawab soalan kat depan ni…” Amna mencebik. Asyik-asyik muka dia. Kadang dia meluat sebab gurunya itu selalu sangat panggil dia ke depan. Sengaja buli perasaannya.
“Kenapa saya je yang kena?” Amna merungut.
“Awak pergi jelah. Buktikan kat dia awak terror!” Lidia memberi kata semangat. Amna berdiri dan maju ke depan. Sedikitpun dia tak memandang cinta pertamanya itu.
“Dah siap cikgu!” Rakan sekelas lain mula diam. Menunggu jawapan dari guru mereka. Amna terus saja duduk di tempatnya semula. Rimas direnung begitu. Ah hatinya degil. Debar-debar terasa hebatnya.
“Okey, jalan kerja betul. Amna, awak boleh ajar kawan yang lain untuk topik darab ni ye…” Sengihannya membuatkan Amna makin tak tentu. Cikgunya seperti dapat meneka apa yang bermain di mindanya. Amna masih membeku. Masa Matematik tamat. Lidia mendekati Amna setelah selesai membuat latihan di meja rakan lain.
“Amna…” Lidia menepuk bahu Amna. Tersentak!
“Ye kenapa?” Amna membuang pandang keluar.
“Awak suka cikgu eh?” Serentak itulah Amna berdiri laju.
“Mana ada saya suka dia!!!” Jeritannya mampu mengundang senyuman jejaka di balik pintu.
“Mengaku jela Amna… cikgu tu best apa?” Amna sudah tak keruan lebih-lebih lagi kelibat Cikgu Naim berjalan di koridor kelas. Tiga belas tahun selepas itu, Amna juga turut mengikut jejak Cikgu Naim dengan menjadi guru matematik dan juga isteri kepada lelaki yang pernah menjadi cinta pertamanya.

Ps: Bingkisan kisah benar yang ada kenangannya dan diolah beberapa bahagian. Cerita siapa? Biarlah rahsia... Sesiapa masih ingat kisah cinta pertama? Marilah kongsi sama-sama. Aku? Tak ingat dah =P
Ps lagi: Sebab lama tak menulis cerpen sweet, aku dah tak reti nak mensweetkan diri. Tolong kembalikan itu!

11 comments:

reenapple said...

ini sweet walau kau kata kau tak reti nak buat cerita yg sweet.. ehehehe.

cinta pertama aku?? Ahahha...aku tak tahu sama ada cinta pertama aku tu masa ak memula kapel atau memula aku fall in love, yg mana 1 eh???

sergeant keroro said...

katak lagi sweet

Eza Boom Boom :) said...

cinta pertama? haha. Cinta dalam diam je, sebab memang dah konfem lelaki tu takkan suka Eza. cerita time sekolah.. Kuikuikui.. :P Segan nak cerita panjang lebar..

boni kacak said...

ni cerita awak kan? kan??

Noraim said...

cinta pertama?

entah, taknak igt sampaikn dah lupa. huhu.

bila baca kisah sweet, nk sgt jd kat diri sndiri tp dlm mimpi jela. huhu.

Faaein Talip Roy said...

oho.. kisah benar?

siapakah?

selamat mensweetkan diri.. lama juga tak layan cerpen2 di sini.. =)

en_me said...

sweetnyerr.. ehhee

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

1.selamat lidia bkn lydia..erk

2.ada kisah tp bkn kisah sweet kisah payau la ngan cikgu tu.mls nk kenang.tak suka sweet talker

Rozuan Ismail said...

keseluruhan dah sweet dah citer ni.tapi bila bab last tu cepat sgt 13 tahun selepas itu.huhu

kiera'sakura said...

marilah berdamping denganku yang sweet ini mungkin dengan itu akan membuatkan dirimu kembali manis hahahahahahahahahaha

Nong Andy said...

Cinta pertama? ahahaha..

nama budak tu Boy (entah la sapa nama betul dia)

parent kami bersahabat baik. jadi family kami selalu lepak rumah mereka dan gitulah sebaliknya. parent kami ada hobby yg sama. Suka mancing. Kami pula selalu main sama2. Boy cute. Muda setahun. Aku darjah 3 masa tu. aku selalu paksa dia pengsan.. pastu konon2 aku selamatkan dia.. ahahaha.. aku rasa dia la cinta pertama aku.. sebab masa tu aku suka sgt tgk muka comel dia :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers