CORETAN TERBARU NADH

Mohon doakan BELIAU!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sepupu aku beraya di hospital tahun ni. Keluarga kami tak sudah-sudah ditimpa musibah. Rasa sayu je bila tengok dia terlantar macam aku tahun lepas. Bezanya dugaan dia lagi berat.

Kanser testis. Dah merebak ke bahagian perut. Kanser okey. Bukan penyakit sebarangan. Kesian sangat aku tengok dia. Muda lagi. 20 Tahun baru. Kanser ni tak siapa dapat duga hadirnya. Kadang kita terlalu senang dengan nikmat kesihatan yang Allah beri selama ini.

Aku mohon sangat. Semua doakan dia kuat. Doakan dia boleh jalani kimo dengan emosi yang stabil, kuat fizikal. Semoga umurnya panjang. Semoga dia berjaya lawan penyakitnya tu. Aku tak mampu nak cakap dengan dia. Sebab aku tahu dia tak nak kami melawat dan tunjuk wajah simpati. Dia perlukan kekuatan dari kita. Doakan untuk dia. Aku mohon!

12 comments:

abang bro EL said...

the same feeling..I hardly cant bare inside and to look tough at the same time...my conspiracy entry...

semoga di berikan kekuatan buat beliau...

Naniey TJ said...

Allah itu maha adil.... Dia berikan ujian sbb Dia tahu, spupu kau mampu hadapi......

insyaallah, jika hidup itu lbh baik, mdh2an dpnjgkn usia....

Unknown said...

hurm..sama2lah kita doakan agar dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala2nya oleh Allah.. amin....

Cikgu Ma said...

moga allah sembuhkan penyakit yang DIA datangkan...

cimöt said...

berat mata yg memandang berat lagi bahu yg memikul..semoga kazen awk cepat sembuh ye..

Kira Sakura said...

moga Allah pinjamkan kekuatan tuk dia Amin

Unknown said...

Allah beri sesuatu dugaan kepada hambanya yg sanggup menghadapinya... DIA mengetahui apa yang hambanya sanggup hadapi... oleh itu bersangka baiklah kepada ALLAH...

K O R I E said...

em, penyakit xmengenal usia . tp sedih la bila dengar muda2 lg dah dpt kanser. hope dia tabah menghadapi dugaan ini.

Nong Andy said...

Moga-moga dia tabah melalui ujian itu..

ellieandcarl'sstories said...

insyaALLAH.. mg cpt sembuh.. :) sy paham. sbb arwah atok dulu kanser perot! :(

.........cP~ said...

Salam.

Semoga dia tabah melalui ujian ni. Cuma dia tau apa rasanya.

Totie@Tomy said...

sakit tu Allah nak ampunkan dosa..moga dia tabah..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers