CORETAN TERBARU NADH

Tragedi duit raya tahun lepas

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Maaf asyik cerita pasal raya. Maklumlah nak dekat raya dah kan? Sebenarnya bila baca entry Deno pasal duit raya baru aku teringat. Aku pernah dapat begitu banyak duit raya. Mohon ampun kepada orang yang bagi duit tu. Aku betul-betul lupa. Ke sengaja melupakan? Errr...

Duit raya paling banyak aku kumpul tahun lepas. Rasanya korang tahu sebab apa kan? Kalau tak tahu diam-diam dan buat-buat faham je. Aku dapat kumpul hampir RM 3000. Banyak bukan? Orang bagi atas dasar simpati dan masa tu hari raya. Jadi aku kira itu duit raya.

Apa aku buat dengan duit tu? Lepas 4 hari beraya kat hospital, aku melepek kat rumah hampir tiga minggu. Ponteng kuliah masa tu. Jadi, aku kebosanan. Dengan tangan berbalut. Kaki berbalut. Aku pun request Galaxy Tab. Masa tu version boleh telefon tu. Aku bukan gila gajet tapi entahlah sebab aku dan blogging tak dapat dipisahkan. Makanya itulah pilihan terbaik ketika itu.

Lepas tu baki duit Ibu simpan. Sampailah tahun ni gatal nak naik kereta lagi. Kereta sendiri. Jadi, duit lebih tu buat down payment kereta. Mujurlah Ibu Ayah sporting kasi aku drive balik. Lama jugak aku nak kembalikan kepercayaan diorang. Nak drive sorang pulak tu. Apapun semua benda ada hikmahnya. Kalau korang tanya aku, nak sakit lagi tak nanti dapat duit banyak. Jawapan aku TIDAK!

Aku rela cari duit sendiri dan kumpul sendiri. Jalan mudah macam ni tak menggembirakan hati. Ingat senang-senang orang bagi duit? Tapi itulah pengalaman pahit dan manis aku. Kalau dikira sakitnya cuci luka, pedih, terbakar, tersiat, bedah, tampal kulit, stapler kat tangan, latihan tangan, tangan tak sempurna, aku tak mahu lalui semua itu lagi. 

Bila kita sakit memang kita makin dekat dengan Allah. Tapi kalau semata-mata itu kita dekat dengan Allah baik lupakan. Berapa lama kita nak ingat Allah masa susah? Sedangkan Allah ingat kita tak kira masa. Persoalan yang selalu bermain di minda aku ialah kalaulah aku mati masa tu? Kalaulah aku tersepit tak boleh keluar kereta? Kalaulah yang rentung itu aku? Tapi semua yang berlaku ada sebab. Aku tahu Allah rancang sesuatu untuk aku. *senyum

Perkongsian cerita duit raya seperti sebak bukan? Aku tak terniat. Aku tulis apa yang aku fikir. Itu je. Harap sama-sama dapat sesuatu dari entry berjela ni. Akhir sekali, aku nak tepek satu gambar aku. Korang dapat cam rasanya. =)

Fakta tentang gambar:
Dari kiri my roommate (Bie), Classmate, Bff, Adik-adik, Anak buah dan Lecturer (Sorang lelaki dua perempuan cina).
Gambar di hari raya tahun lepas.
Satu bas datang melawat dari Melaka.
Bergambar di depan rumah aku. 
Muka aku yang belum sembuh kulitnya.

15 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

mujur umur masih panjang...amin ~

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

fRaMe+LenSeS said...

Ramainya. Cekgu. Nak wet raye plishhhh

boni kacak said...

setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya.. jadikan apa yang berlaku itu sebagai anjakan paradigma untuk kita berubah menjadi lebih baik daripada sebelum2.. mungkin Allah masih memberi kita kesempatan..

kiera'sakura said...

akak sebak baca nie.. masa tue akak belum kenal iffah betol2 lagi.. just dengar cite je... tapi sampai skang sedih iffah tue akak rasa lagi..

moga cepat sembuh sempenuhnya dear.. ;(

aDisH.sHidA said...

wah 1 bas datang beraya erk..banyak plak tu dapat duit raya...tahun lepas banyak kenangan kan/.kami g beraya umah iffah tgh malam yang xpernah dibuat orang..hehee

missSenget said...

ramai..!

dugaan yg buat iffah lg tabah kan...



psst: comel cikgu iffah ni.. hehe..

CikZaitul said...

yeeeee...1st time tgk ko..
ni ke aku di tag ??

banyak duit ko dapat..
bak sikit .. hehhehhe
pepun...


SELAMAT SENANTIASA :)

QasehSuci said...

x pa taun ni dpt jugak duit raya...heheh..

yang penting, kita tahu bersyukur dgn setiap nikmat yg Allah s.w.t beri...kan...peace...

p/s:comelnya dia...

Sunah Sakura said...

nape i takde dalam gambar tu???

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nak duit raya boleh???

kekeke..

sergeant keroro said...

kak sunah, sep. haha

maszull said...

assalamualaikum iffah...kenangan mengusik jiwa...

semuanya dugaan drNYA moga kita akan sentiasa mengingatiNYA walaupun dalam keadaan susah atau senang insyaAllah...:)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

salam dik.setiap yg berlaku ada hikmahnya kan. =)

Nong Andy said...

Boleh cam sebab tangan berbalut..

semuanya ada hikmah di sebaliknya :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers