CORETAN TERBARU NADH

Bukan talam dua muka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Apasal kau lain hah? Dengan orang ni kau macam orang lain. Dengan aku macam orang lain. Dalam blog pun macam lain. Hipokrit!"

Okey itu dialog aku reka je. Tak ada kaitan dengan sesiapa saja. Aku cuma nak betulkan ayat di atas. Bukan hipokrit atau talam dua muka. Manusia bagi aku unik. Jadi bila dia boleh berubah-ubah personaliti dan perwatakan mengikut situasi. Dia adalah unik. Kadang perubahan itu perlu mengikut situasi.

Misalnya, menulis blog. Orang lain baca. Kena jaga adab lebih sikit. Bahasa yang sopan. Jangan terlalu berterus terang tentang peribadi. Jaga aib diri. Tiada batasan bersuara melalui perkataan. Banyak perkara  perlu dijaga fakta paling penting.

Dengan kawan-kawan pula, kita lebih bebas menunjukkan diri kita yang sebenar. Pengaruh personaliti rakan juga ada. Dia kasar kita pun kasar. Dia lembut kita pun berlembut. Dia melawak kita pun melawak. Berubah mengikut situasi seperti yang aku kata. Dengan A kita boleh jadi macam nakal. Dengan B kita kena jaga batasan. Dengan A kita boleh cakap lepas. Dengan B kita kena berkias-kias.

Jadi, bukan ertinya kita talam dua muka. Kita cuma menyesuaikan diri dan watak kita mengikut kesesuaian situasi dan jenis orang yang kita bergaul. Tiada sebab nak tuduh orang tu hipokrit ke apa. Kita cuma perlu bijak suaikan diri supaya kita tak canggung, orang pun tak bingung. Macam masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang lembu? Okey pandai. Faham sekarang?

15 comments:

MalizaMah said...

kawan saya kata, semua org tu mmg hipokrit. tak terkecuali... haaaaaa

Unknown said...

lain org lain cara... kita kena sesuaikan diri kita dgn diri org lain bila bersama... tak boleh berpewatakan sama je... setuju dgn entry ni...

Camy Alya said...

betul betul betul

Mrs. Abi said...

paham cikgu!

Unknown said...

betul tu...heheh...^_^

reenapple said...

kadang-kadang kita harus memainkan lakonan mngikut situasi.. sama ada kita rela ataupun tidak.. =D

Nong Andy said...

faham cikgu.. terima kasih cikgu :D

Dayang Deno said...

thanks cikgu ifa! tips yg bagus! :)

Anonymous said...

kalo situasi, dgn mamat A ; layan baik, happy,angau, obses... then ngan mamat B, layan acuh tak acuh, marah2.. hehe.. camner tu?

Anonymous said...

Tu psl. Diorg tk fhm mksd mnulis

Aida Tamrim said...

Assalammualaikum ...

SETUJU !! Tapi jangan la sampai jadi cam lalang .. Pada perkara yang tak boleh kompromi, kita kena gak bertegas .. Cthnya dalam hukum halal dan haram la ... ^^

abang bro EL said...

kita sendiri pilih watak kita kan?

anamizu said...

haah betoi.. HIPOKRIT lain.
tu nama dia fleksibeliti.hehe

err cik ana ade tag iffah :

http://diary-kecilku.blogspot.com/2012/08/segmen-di-mana-anda-beraya-pada-tahun.html

Kira Sakura said...

kadang dengan A kita kena jadi pembising sbb dia pendiam.. kadang dengan B kita kena pendiam sbb dia byk cakap.. klu dedua sibok nk bcakap sape pulak nk dengar kan

kay_are said...

betul2.. memang kne ikut situasi or orang gak r.. ngan baru kenal takkan nak tegur macam dah kenal bertahun.. tak kne care nye tu..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers