ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Balang itu dipandang sepi. Setiap hari Rosnah memandang saja. Kosong.
Balang itu kosong tiada isi. Setiap kali raya itulah dapatannya. Duit
raya sedikitpun tak berjaya dikumpul. Malah makin banyak kata cacian dan
makian dia carutkan apabila duit tak berjaya dia kumpul. Mak, ayah,
saudara mara lain juga tak mahu beri. Dia kecewa.
“Alang, kenapa
kau tak penuh-penuh. Aku nak tengok kau penuh!’ Tangisan hiba masih
bersisa. Rosnah sungguh kecewa. Tahun ini adalah tahun ketiga balang itu
masih kosong. Dia tersisih. Adik-adiknya dapat duit raya banyak sekali.
Tapi dia? Dia satu sen pun tak ada. Pernah sekali dia tanyakan hal itu
pada emaknya. Sedikitpun tak diendahkan. Kewujudannya macam tak memberi
kesan kepada orang sekeliling. Sejak tiga tahun dia bersama balang
kosong itu. Nama manja balang itu ialah Alang. Itulah satu-satunya teman
akrab yang Rosnah ada.
“Alang, kau mesti faham apa aku rasa. Sebab kau dan aku sama je…” Lagi sekali empangan air mata pecah. Berderai seakan hujan.
“Alang…kau
kosong…aku juga…aku benci hidup macam ni…” Rosnah menangis dalam sendu.
Kuat! Namun, hanya dia dan Alang yang mampu mendengarnya. Sekali lagi
dia tertidur di saat orang lain bergembira makan ketupat dan rendang.
Tiga tahun sebelumnya…
“Ros, bangun Ros…” Suara tua itu mengejut Rosnah. Si gadis lincah yang genit. Tubuhnya yang montok digoyangkan perlahan.
“Anak
dara apa ni bangun lewat ni… Kita nak solat raya Ros oiii!” Mak Jemah
membebel sendiri. Badan anaknya dipusingkan. Alangkah terkejutnya dia
melihat buih-buih putih di mulut anaknya. Segera rumah sunyi di pagi
raya bertukar hiruk pikuk. Tangisan wanita tua di sisi mayat beku tak
bernyawa masih kuat kedengaran. Wajah Pak Leman pucat umpama tak
bernyawa. Adik-adik Rosnah menyorok di belakang pintu kayu usang.
Keesokan
harinya, terpampang di dada akhbar seorang gadis bawah umur mati bunuh
diri. Panadol ditelan 30 biji semuanya. Gara-gara mahu membunuh bayi
dalam kandungan yang terhasil dari hubungan haram atas kerelaan. Lebih
mengejutkan usahawan berjaya mengaku yang anak itu adalah benihnya. Dia
tak dijatuhkan hukuman kerana mempunyai masa depan yang cerah dalam
hidupnya. Akhirnya, Rosnah mati. Anaknya mati. Sia-sia cintanya. Cuma
jasad dan rohnya tak diterima bumi.
Balang
kosong itu adalah balang berisi panadol tiga tahun lepas. Cuma itulah
yang menemaninya entah sampai bila. Walaupun mati, dia tetap tidak mahu
menghantui bekas kekasihnya, kerana cinta. Cinta kepada lelaki yang
sukar dikikis biarpun jasadnya telah lama mati. Cintanya tetap subur
buat Fendi Ghazali, usahawan terkenal.
Ps: Cerpen yang terlalu pendek aku rasa. Hadiah untuk korang. Lama dah aku tak publish cerpen kan? Satu lagi sebab ialah untuk Warna Kaseh.
Ps: Cerpen yang terlalu pendek aku rasa. Hadiah untuk korang. Lama dah aku tak publish cerpen kan? Satu lagi sebab ialah untuk Warna Kaseh.
9 comments:
mcm cerita misteri plak kan...
mula mcm x paham akhirnya akak paham... hihihihi...
rasa mcm bergetar dada baca hihihi
Wahhh... satu je aku nak cakap. Marvellous!!!
Aku suka cerpen kau yg ini.. ehehe. seronok je aku baca dari ayat pertama sampai akhir...Rupa2nya Rosnah tu dah mati.. =D
macam kes perogol yang dilepaskan je... :D
booooooo, buuuuuuuu
erkk mcm kisah kat fb je. huhu.
bahaya ohh ade balang tu.
terbaik... saya suka jalan cerita dia... rupanya dia adalah roh yang tidak diterima bumi yang masih bergentayangan di sisi keluarganya
Bila aku baca yg maknya tidak endahkannya. Aku dah terhidu sesuatu.. ni mesti si Rosnah ni dah arwah ni.. tapi best la. baca kisah macam ni iffah :D
genre kau semakin variasi ni :D
mula-mula nak rasa kesian kat Rosnah, tiba-tiba tak kesian pulak, . . . . ade sedikit seram. best. hehe
Post a Comment