ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ramai kan artis kat Malaysia ni bertudung? Semalam aku dengan roommate sibuk menggoogle wajah-wajah mereka sebelum dan selepas. Bila makin ramai bertudung aku jadi musykil. Adakah sengaja mencari publisiti kerana penampilan berbeza atau sebalik? Bukan niat aku nak tuduh. Apatah lagi menabur fitnah. Cuma aku nak sama-sama renungkan. Kenapa memilih untuk bertudung dan sebab bertudung?
Lupakan pasal artis. Bukan artis je yang bertudung kan? Jadi, kita semak diri kita semula. Apa niat kita pakai tudung? Aku makin risau. Sebab bertudung itu bukanlah sekadar fesyen semata-mata. Kalau itu niatnya, betulkanlah niat itu semula. Paling sedih, bila memikirkan mereka yang bertudung masih melakukan dosa. Bukan sekadar berpegang tangan bukan muhrim. Banyak lagi. Tudung bukan fesyen yang perlu diikuti.
Tudung hanyalah salah satu pakaian yang membolehkan kita menutup aurat sebahagian anggota badan kita. Jangan kata "Alah, bertudung ni dah menutup auratlah kan?" Habis lengan ditayang. Kain terbelah nampak betis. Kain melekat pada badan sampai lemak kelihatan. Imej bertudung makin lama makin terjejas sebab segelintir manusia yang bertudung hanya kerana ingin bertudung. Bukan kerana ingin menutup aurat. Pakai tudung tak semestinya tutup aurat! Ingatan untuk diri sendiri juga.
Tapi tak mengapa kalau nak bertudung dengan paksaan, fesyen dan sebagainya, kerana dari niat yang salah, insyallah lama kelamaan membuka mata, hati, minda dan iman untuk berubah kerana Allah S.W.T. Aku tahu ramai yang kata orang bertudung bukannya baik sangatpun. Tapi sekurangnya rambutnya tak dibakar di akhirat kelak. Berubahlah sedikit demi sedikit. Lebih baik dari tak mula langsung kan? Jom berubah =)
Tapi tak mengapa kalau nak bertudung dengan paksaan, fesyen dan sebagainya, kerana dari niat yang salah, insyallah lama kelamaan membuka mata, hati, minda dan iman untuk berubah kerana Allah S.W.T. Aku tahu ramai yang kata orang bertudung bukannya baik sangatpun. Tapi sekurangnya rambutnya tak dibakar di akhirat kelak. Berubahlah sedikit demi sedikit. Lebih baik dari tak mula langsung kan? Jom berubah =)
12 comments:
assalamualaikum iffah...betul tu biarlah bertudung itu kerana Allah jgn bertudung kerana fesyen kan...:)
btl tu dh pakai tudung tu tak semestinya dh tutup aurat...^_^
btl.. sokong dgn pendpt ni... spatutnya org yg bertudung ni mestilah berniatkan utk menutup aurat.. bukan utk berfesyen semata2...
lebih baik berubah sedikit dari tak berubah langsung...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/teka-baju-raya.html
pilih untuk menutup aurat..:)
betul. tp sebaiknya nak berubah dengan bertudung tu biarlah dr hati yg ikhlas kan,..=)
akak setuju yang bawah.. kadang dari terpaksa menjadi kebiasaan dan ikhlas tue insyaAllah datang kalau kita berusaha mencarinya...
betul dari mula2 terpaksa lama2 jadi rela..kalo tak mula skrg sampai bila lg nak tggu kan
Betul.. perempuan biarlah bertudung kerana Allah SWT
Salam.
Jumlah yang bertudung macam makin ramai, tapi, yang menutup aurat? Dek kerana pelbagai fesyen tudung jugak, ada yang dari menutup aurat, semakin terbuka aurat.
alhamdulilah makin ramai berhijrah. harap2 berhijrah luaran dan dalaman jugak..:)
Tudung itu fungsinya menutup aurat (:
ha'ah kan.. sejak dulu sampai sekarang, tudung bawal tetap jadi pilihan deno :)
Post a Comment