ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni aku nak berkongsi tentang penulisan. Bila bercerita pasal penulisan, mestilah perkara yang ditulis. Bukan lisan. Bila menulis, kadang kita menggunakan emosi. Kadang bagus dan kadang tak. Bila emosi menguasai diri, selalunya perkataan kita agak tak berlapis dan berbaur amarah yang nyata. Bila orang baca, dia akan teremosi sama. Terikut sama. Itu kesan pertama.
Kesan kedua, salah faham. Orang yang baca akan rasa entry tu menuju kepada dia. Padahal tak pun. Sebab kita kadang tulis untuk peringatan sama-sama. Untuk kita sekali, tapi kalau secara tak langsung buat orang berkecil hati dengan kita. Jadi, jaga penulisan. Risau tak sempat nak minta maaf dengan hati-hati yang terasa dengan kita.
Ketiga pula, nada dan intonasi berbeza. Kadang kita tulis bukan dalam keadaan marah. Tapi orang yang tafsirkan nampak macam sebaliknya. Jadi, gunakan bahasa yang betul. Bahasa kita indah sebenarnya. Jadi guna sebaiknya. Bila perlu tanda seru, bila perlu koma, noktah. Perkataan pun perlu dipilih yang sebaiknya. Jangan bulan puasa je jaga penulisan tu, sentiasa beringat sebab blog kita bukan kita je yang baca.
Kesimpulan, beringat masa menulis. Jangan main ikut hati je. Walaupun ini blog aku, suka hati aku nak tulis apa, tapi ini blog bukan aku sorang yang baca. Ramai! Tak kisahlah blog ke apa ke. Ingatan ini untuk aku juga. Kau. Korang. Semua yang setia membaca blog aku ni. Jaga-jaga. Banyak mata memandang sebenarnya =)
16 comments:
kalau sy nak menulis ni pun memang kena bnyk berfikir... takut tersalah tulis je...
terima kasih sekali lagi cikgu.. saya akan ikut pesanan cikgu ni.
*ya.. komen pun hati-hati juga (utk diri sendiri- sebab komen aku pon adakalanya 'cantik' sungguh bahasa) sebab org lain pon akan baca komen kita tu juga :D
huuuu... aku setuju. Manusia masing-masing tak sama. Aku baca dengan gaya A, yg lain baca dengan gaya B. huhuh.
setuju dik
sekurang2nya kita sentiasa sedar apa yg akan kita tulis dan nak tulis .
sbb memang blog ini bukan hak kita sahaja , ramai yg boleh view dan baca .. soo semestinya kita beringat selalu .. tulah yg selalu akk amalkan .. walau tahu blog hak peribadi kita ..;)
Betul betul... Padahal dh mmg nada ayat kasar tp hati dlm lembut. Hek hek
assalamualaikum iffah ...betul tu kenalah menjaga tutur bahasa kita kan...:)
betul tu.. saya setuju sangat2 :)
fikir sebelum tulis...kan..kan..
mehlah join segmen Qaseh...teringin nk bg iffah kad raya..
tapi betoi la jiran. tulisan kita ni bila di bacakan kekadang orang tak dapat faham intonasinya. kita nak maksudkan yang lain, yang lain orang faham. ;)
iya..sangat bahaya....
kadang2 penulisan dalam FB pon akan jadi isu....
penah menulis tentang orang yang suka merungut tentang rezeki tapi ada kawan yang terasa tak pasal2 je gaduh pasal tu padahal langsung tak ada niat nak tujukan dekat sapa2 cuma menulis apa yg terfikir...
penulisan yang disalah ertikan....
Sensitiviti itu yang membuatkan kita sentiasa beringat dengan diri kita sendiri..Dezee yang kata XD
owww nama saya ditag. hiii..
ohh yer, petang nnt sy uat entri erk. sbb tadi baru post. nk selang2 kan waktu. boleh kan/?
kadang kes taip delete taip delete pun pasal takut orang tersalah paham la tue.. huuuu
tulisan kita, tanggungjawab kita.
;)
aku rase bahase aku jage lagi.. rasenye r.. ke tak? cume isi blog tu je yang kadang2 kelaut betul.. huu
baik cegu...
kita ikut pasni..
kita harap org phm kita , tapi sebernanya diorang tak paham ... :)
Post a Comment