ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Aku nak kad weh!” Aku
menjerit ke cuping telinganya.
“Amboi tak malu eh mintak kat aku?” Qalid membuat muka
menyampah. Tak pula aku kisah. Aku mahukan kad raya darinya. Mungkin dia tak
sedar yang aku benar-benar mahukannya.
“Kau jangan kedekut dengan aku boleh tak?” Aku mengetuk
kepalanya dengan buku di tangan. Geram!
“Kau tu kedekut. Bagilah kad kat aku dulu…” Dia seperti
berjauh hati. Aku diam seketika.
“Kau memang kan. Orang punya kau nak, kau punya tak nak kasi…”
Sekali lagi aku tersentak. Benar-benar terasa hatikah dia dengan aku?
“Weh kau marah ke? Aku bukan tak nak kasi beb…aaa..aku..erm…”
Aku kelu tiba-tiba. Aku memang nak bagi kat dia. Tapi aku takut. Malu. Semua perasaan
ada saat ini.
“Kau tak payah nak jaga hati aku. Aku lelaki. Bukan hati
lembut macam perempuan pun. Sikit-sikit nak merajuk. Ingat dia je ada hati…”
Aku mula terasa panas di muka. Air mataku bila-bila masa akan menitis. Segera aku
tahan.
“Kau kenapa tak puas hati dengan aku? Aku tahulah aku sensitif.
Kalau kau tak suka kawan dengan perempuan macam aku tak payahlah nak peril-perli.
Aku dah tak nak kad kau tu. Simpanlah sampai kau mati. Nah ni kad untuk kau…”
Aku letak saja di tepi duduknya. Air mata tak aku tahan lagi. Segera helmet ku
pakai. Motorsikalku terus meluncur.
“Yanaaa…” Itu saja yang aku dapat dengar sebelum aku terasa
badan aku melambung. Dan aku tak sedar apa-apa selepas itu.
“Yana, aku suka kau jugak. Jangan mati lagi weh!!!” Aku malu
tiba-tiba. Ucapan keramat itu jelas kedengaran. Kad raya aku telah dia baca. Dalam
mata terpejam aku terasa mukaku bahang menahan malu. Mata masih enggan buka. Biarlah
terkatup dalam kebahagiaan. Aku tak sanggup menatap wajahnya.
Itulah kenangan terindah aku, Qalid dan kad raya untuknya. Tak lama lepas aku accident, kami pun rancang nak kahwin! Mestilah aku yang paling bahagia. 'Thanks for everything Qalid...' Segera aku menutup mata untuk mati sementara.
#Tamat
#Mood kad raya. Jadi faham-faham jelah aku ni kan? Haha =)
Itulah kenangan terindah aku, Qalid dan kad raya untuknya. Tak lama lepas aku accident, kami pun rancang nak kahwin! Mestilah aku yang paling bahagia. 'Thanks for everything Qalid...' Segera aku menutup mata untuk mati sementara.
#Tamat
#Mood kad raya. Jadi faham-faham jelah aku ni kan? Haha =)
9 comments:
siapa Qalid tuu??? ayokk.. haha :p
yu.. ni citer spontan ke hape neh? huhuhu
pengalaman diri sendiri ke??
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/semangat-buat-dato-lee-chong-wei.html
kad raya.... tahun ni tak dpt .... haaaaaaaaa
qALID????
aaa... aku rasa aku sweet bila baca ni.. ehehe.
#Maaf la aku tak kasi kad raya.. ehehe.
wahhwahwahhh kemain bahagia lagi ye.. hehe
Aku suka.. gedik.. sweet ekekekeke..!!
ah.. ni buat aku senyum manjang ni hehehehe...
sweet betul cite ni.. nasib ending pun hepi.. aku tak minat ending sedih2 ni.. huu
Post a Comment