ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Waktu berbuka sudah hampir. Tiara sibuk bersiap untuk
keluar dengan temannya, Kirana.
“Ara, dah siap ke?” Kirana sudah lama menanti di luar.
“Dah-dah. Jom Kak Lia tunggu kita ni,” Kelam kabut Tiara
menyarung kasut. Janji makan malam harus ditepati. Sesampainya di sana Kirana
ternampak seorang lelaki bersama Kak Lia.
‘Oh inilah temannya tu…’ Hatinya berdesis perlahan. Dalam segan
dia melemparkan senyuman. Manusia sungguh ramai memandangkan musim puasa. Jadi,
mereka memilih menu dan menanti makanan tiba. Sambil makan, Kirana dan Tiara
sibuk menyakat kedua-duanya. Bahagia nampak.
“Habis bila nak kahwin?” Tiara sibuk bertanya. Kirana hanya
senyum. Segan masih terasa.
“Hah tunggulah kerja dulu Ara. Ingat senang ke nak kahwin?”
Kak Lia mula beri ceramah. Kirana segera mengangguk.
“Aah abang nak je cepatkan. Tak elok bercinta lama-lama. Tapi
tulah Kak Lia tak bagi abang masuk meminang. Sabar jelah…” Tiara dan Kirana
serentak ketawa. Hanya Kak Lia yang masam.
“Eleh nak minang konon. Jumpa mak ayah saya pun terketar
lutut tu…” Tiara memandang Abang Syah.
“Serius?” Tiara galak menyakat. Abang Shah hanya ketawa.
“Ingat Ara, Ana. Kahwin ni bukan untuk sehari dua. Kalau kahwin
tu semudah A,B, C… lama dah kami kahwin. Belanja kahwin lagi. Akak tak kerja
lagi. Mana nak dapat duit?” Terang Kak Lia panjang lebar. Abang Syah hanya
mengangguk.
“Tapi kan kalau kita dah niat nak kahwin kerana Allah, mesti
Allah mudahkan jalan kita nak kahwin kan?” Kirana pula menyampuk.
“Lagipun bila dah kahwin rezeki makin murah. Yang penting
buat yang wajib je. Tak payah fikir sangat pasal belanja yang tak penting…”
Kirana sambung lagi. Abang Syah dan Kak Lia terdiam. Tiara dalam diam
bersetuju.
“Kahwin bukan bertujuan untuk menyusahkan kita. Memudahkan lagi
adalah. Cuma terpulang kat kita nak pilih yang mana. Jangan kerana budaya, adat
dan kemegahan kita sanggup lupakan yang asas. Itulah paling penting sebenarnya…”
Tiara menokok tambah. Akhirnya, semua diam dan muhasabah diri semula.
8 comments:
kalaulah parent lelain membacanya..
mesti ramai da kawen sekarang :)
semua nak riban2 hantaran, haih..
kistot yg ada pengajaran..betul la kalo x mampu jgn buat mhl2
buat yg simple... buat yg wajib... tak payah buat mahal2... membazir je...
yup...buat yg wajib je...janji org keliling tahu...
tapi kebanyakkan ibu bapa punya sebab mereka sendiri yang menolak hajat hati anak muda biasanya.. kat situ la kita kena tabahkan diri kuatkan iman...
Berdebar jugak nak kawen. Eh, tetibaaa...:P
Perkahwinan like revolving door. yang kat dalam, nak keluar ... yang kat luar nak masuk dalam.
Apa2 pun betul kan niat. dan jaga hati ibu bapa. Doa banyak2
betul!!! Kalau niat tu betul, ALLAH akan memudahkan jalan. =)
#errr... abang Syah???
Post a Comment