ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Suatu hari Limah dan Minah jumpa mercun. Mereka gembira
sekali sebab tak pernah main mercun dalam sejarah hidupnya. Kawan-kawan lain
tak mahu kawan dengan mereka hanya kerana tak reti main mercun.
“Minah, kau reti ke nak nyalakan mercun ni?” Minah membuka
kotak mercun pop tersebut.
“Tak reti. Betul ke nama dia mercun weh?” Minah pula
menggaru kepala.
“Eh tengok ni m.e.r…Mer…c.u.n… Mercun. Pop!” Diejanya satu
persatu. Minah menggangguk perlahan.
“Tapi kenapa dia macam bahan sup je…” Mercun kecil itu
diberikan kepada sahabatnya Limah semula.
“Ah yeke? Mak kau masak guna mercun?” Minah mengangguk laju.
Lagaknya penuh keyakinan.
“Habis aku baca ni mercun. Ish tak dapatlah kita geng dengan
Man, Min, Mon…” Rungut Limah sambil menghentakkan kakinya. Minah ketawa.
“Kau ni bodohlah. Ini kan bukan mercun, apa kata kita tipu
diorang. Kata ni mercun. Bijak kan aku?” Lagaknya seperti professor.
“Aah. Kau memang pandai…” Mereka pun berlalu pergi ke tempat
Man, Min dan Mon. Tapi akhirnya mereka pulang dengan kehampaan. Man, Min dan Mon tetap tak mahu berkawan
dengan mereka. Teringat kata-kata lelaki bernama Man itu.
“Woi Minah, Limah korang ni bodoh betul. Ini mercunlah. Nampak
ni?” Man mencampakkan mercun pop ke arah mereka berdua. Limah dan Minah
bertempiaran lari dari letupan kecil itu. Ketakutan! Ketiga-tiga lelaki itu
menggelakkan Minah dan Limah.
Iffah kata: Kenyang berbuka puasa di luar. Alhamdulillah =) Siapa-siapa yang kena tag segmen tadi dah join belum? Haha
Iffah kata: Kenyang berbuka puasa di luar. Alhamdulillah =) Siapa-siapa yang kena tag segmen tadi dah join belum? Haha
9 comments:
eehehhe. kesian dengan Minah dan Limah. meh aku ajar diorang main mercun dan tak takut dengan mercun.. ekeke.
#nanti ku terjah.. =). Baru on9
oh..oh..oh.. budak baik tak main mercun tiba-tiba nak main mercun eh..
mercun pop yang main lempar2 tu memang selamat dan best aja hehehe..
*maaf.. tak baca syarat ekekeke.. janji aku dah cerita k :D
hahaha.. sapa sebenarnya yang sengal ni??hehehe
hihik... mercun pop tak bahaya tapi bunyinya kuat jugak kan..
assalamualaikum iffah....kesiankan kat minah n Limah kalau x kena x apa la tapi bila dah kena x boleh nak ckp apa lagi...;)
mohon tanya. kistot tu hape?
hahah mercun pop pop je mercun yg slamat
mercun pop2 ni time bukan raye pun femes.. tapi sekarang susah lak nak jumpe
sian limah dengan minah tue... sekeh jugak man min mon tue...
Post a Comment