ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Hoi budak!” Aku terdiam. Mata dia dan aku sama-sama
melekat. Dalam kiraan tiga kami berlari pantas meninggalkan surau. Mercun habis
berteraburan. Pak Meon berlari sambil memegang kain pelekat yang bimbang akan
terlucut masih terkial-kial.
“Korang tunggulah…” Sayup saja kedengaran suara Pak Meon. Aku
dan dia masih berlari berpegangan tangan. Indah sungguh perasaan itu. Itulah saat
kali pertama aku tahu apa makna suka. Suka sangat melihat Fairuz ketawa. Manis!
Tapi itu semua dulu. Kenangan tinggal kenangan. Aku sepi
tanpa dia. Dia lama telah hilang dari hidup aku. Dua bulan selepas raya dia dan
keluarga pindah Sabah. Nun di sana. Jauh sekali. Masakan bisa aku melihat
tawanya lagi. Lebih-lebih lagi takdir menemukan kami dalam keadaan tak ku
sangka. Dia berubah. Bukan lagi Fairuz yang ceria seperti dulu.
“Jauh menung?” Aku tersenyum kelat. Namun pantas aku
sembunyikan. Fairuz berdiri di sebelahku.
“Ah saja tengok bulan tu. Cantik!” Aku melindungi rasa. Cinta
pertama yang masih mekar biarlah menjadi rahsia.....
Baca sambungan di sini =)
5 comments:
Cis!!! hehehe...
ingatkan kisah sendiri ;P
assalamualaikum iffah...sweetnya kenangan itukan...:)
ow.. bukan kisah sendri erk.
heeeeee
akak nak lagi cerpen lagi panjang.. tak puas baca!!!
sama je kan komen sana dgn sini.. kihkihkih
Post a Comment