ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak tahulah kenapa. Aku seperti menarik perhatian semua orang. Mungkin aku terlalu teruja bercerita sampai menarik perhatian orang lain. Siapa yang pernah jumpa aku tahulah aku macam mana. *malu*. Tapi aku tak berniat pun nak tarik perhatian orang. Kalau dah sehari sampai dua kali orang tertarik dengan cerita aku. Mahu tak malunya.
Situasi 1:
"Iffahlah masak. Iffah kan pandai masak..." Roommate aku membebel kat Tesco masa nak beli ais dan tongnya.
"Ah aku malas nak masak!" Aku jawab selamber je. Sekali pakcik yang tengah membeli tu menyampuk.
"Apa pulak malas masak? Duit banyak masaklah..." Itu je aku dapat dengar. Aku ketawa je. Walaupun bunyinya macam plastik. Haha
Situasi 2:
"Bie, nak beli lauk apa ni? Ikan keli tak ada lah. Paru nak?" Aku bercakap sambil bukak penutup lauk.
"Aik takkan makan tu je. Makanlah nasi ambeng ni," Aku terus berpaling ke suara yang jarang aku dengar. Dah agak! Pensyarah PJ aku 2 tahun lepas rasanya. Cis! Kuat sangat ke aku cakap? Ataupun suara aku ni menarik perhatian orang?
Lepas tu macam biasa, puan tu tanya tangan aku. Okey ke tak. Ayat sama sejak 11 bulan lepas. Letih nak jawab. =P
Oh ya, korang ada pengalaman macam ni? Ke aku je yang terlalu menarik perhatian orang untuk menyampuk? Haha~~~ Entry ditaip bertemankan bau steamboat tomyam yang mabeles!
11 comments:
ada juga kadang-kadang.. agaknya dah seronok sgt bercakap smpai org lain tumpang dengar kot!!
* berukband teruk!!
Loh... aku tk pernah tapi aku kadang3 tak sedar aku bercakap kuat.. ekeke. Itu menarik perhatian orang kan.. huuu
hahahaa penah sy silap dgr...ingtkan kwn yg ckp, duk menjawap aje la...rupanya org lain...maluuuu
selalu je kot orang tegur cakap suara kuat..:P
pernah jugak berlaku kat sy... tp kadang2 sy sendiri yg menyampuk cakap org... bila salah ape yg di sampuk terus malu sendiri...
Memang selalu. Tambah lagi akak ni memang macam murai yang berkicauan...hahahahhaha
leeza dlm proses belajar masak. haaaaaaaaaaa
sy lone ranger... orang tak perasan pun sy hahaha
assalamualaikum iffah...memang betul kekadang tu memang akan rasa mcm tu juga..;)
pernah je jugak tp x selalu cm ipah.. kihkihkih :p
tak pernah lak ade orang menyampuk aku cakap.. tambah2 stranger.. mungkin sebab aku laki kot.. jarang orang kaco laki ni.. laki kaco orang tu selalu r.. huu
Post a Comment