CORETAN TERBARU NADH

Satu hari satu perkataan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku macam nak berkempen pulak gayanya. Bukan apa, aku tengok makin ramai yang lupa tentang bahasa ibunda kita. Yalah, masing-masing dah berhabuk cakap inggeris. Mana nak pandang lingua franca kita kan. Tapi aku nak ajak korang menimba ilmu.

Satu perkataan yang aku nak kongsikan ialah "Menguar-uarkan". Aku sedang menulis karangan tugasan kat library pagi tadi, lepas tu aku nak taip menwar-warkan. Tapi rupanya ia salah. Jadi, sama-sama membetulkan  penggunaan bahasa ye. Aku pun baru berjinak-jinak guna bahasa yang betul. Nak buat kajian tindakan kononnya.

Jadi, boleh rujuk sini dan sini untuk mendapat info tentang perkataan menguar-uarkan. Jadikan amalan kita, sau hari satu perkataan baru kita pelajari. Sebab nanti kita sendiri tak faham dengan bahasa kita sendiri. Betul? Jom kita MBMMBI bersama-sama! Memartabatkan BAHASA MALAYSIA memperkukuh BAHASA INGGERIS. Ada macam cikgu-cikgu tak aku?

11 comments:

Kira Sakura said...

baek cikgu.. nanti akan saya menguar-uarkan pada rakan setaman yg lain :p

Sheila Adziz said...

akak pun 1st time dgr perkataan menguar-uarkan tu...

Anonymous said...

menguar-uarkan? tak pernah terlintas pun nak guna perkataan ni...

Unknown said...

pergh, cikgu BM kita!!

QasehSuci said...

ooo...baru tau selma ni eja salah...thanks cikgu...

Cik Pulau said...

hahaha.. ai kalau guna bi agaknya standard sekolah rendah kot.. muahahaha...

yu memang cikgu pn kan.. hiii

Unknown said...

heheh..slalu sgt guna tu pn time spm dlu la...skrg dh jarang..

Unknown said...

sebut benda tu selalu, tapi tu la Eza pun salah eja jgk rasanya.. Hihi. Mekaseh cekgu :) :)

konklusinya : Menwar-warkan is not equal to menguar-uarkan. ^_^

Anonymous said...

wahh, kemain ayat ringkas tu. rupanya memartabatkan bahasa malaysia mengukuhkan bahasa inggeris. puas pikir. hehe

Nong Andy said...

oh.. dah boleh jadi cikgu ni.. war-warkan tak betul eh???

reenapple said...

cikgu.. ajar saya tulis karangan.. eheheh

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers