ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
TRAUMA!
Itu perkataan yang tak perlu aku terangkan maksudnya. Aku nak
kongsi kisah seseorang yang aku pun tak kenal. Tapi dia adalah perempuan yang
mengalami trauma yang teruk dan sekarang dia perlukan ‘ubat’ untuk merawat
traumanya itu. Dia juga adalah pesakit masalah 'jiwa' berikutan trauma yang dia alami. Aku dengar cerita ni pun dari orang.
“Ya, dia mangsa rogol. Cikgu permulaan. Umur baru 24 tahun. Hari
tu dia diculik dan dirogol. Yang tak boleh terima tu, dia dirogol oleh teman
lelaki kakaknya. Trauma sampai kena masuk wad. Berubat semua. Tapi kakak dia
tetap nak dekat lelaki tu walaupun tahu kisah adiknya.”
Korang rasa? Mohon semua perempuan kat luar sana jaga diri. Jangan
terlalu selesa dengan hidup anda. Tak semestinya semua di sekeliling anda boleh
dipercayai. Jadikan kisah ini teladan. Aku harap kakaknya akan sedar diri. Cinta
membutakan dirinya. Mohon sama-sama doakan dia pulih dari trauma yang teruk itu
dan kakaknya pulih dari penyakit cinta gila. Mohon sangat-sangat!
12 comments:
SubhanAllah....ape la punyer kakak..
akak doakan... moga mereka berdua cepat sembuh Amin
hakikat dunia skrg memerlukan semua orang berwaspada. apa2 boleh berlaku di mana sahaja. moga kita dijauhkan.
Ya Allah kakak dia tu tak rasa apa2 ke bila adik dia tu dh jd mcm tu...
moga dibuka kan hati...
ya ALLAH.. kakak lebih pentingkan orang lain dari adik kandung?
semoga dia cepat sedar...:)
kakaknya dh buta cinta... moga cepat sedar huhuhuhuhu
L harap L bukan laki jenis macam tu. aminnn..
bangang benar ada kakak macam tu.. ish...
Kurang ajar punya lelaki!!!!
kak dia kenapa.. ya ALLAH .. idffahh tetibe sy rase nak ngamuk sgt!!1... sampai nye hati, mak ayah die x buat report ke.. kenpe dunia makin kejam?? ke kaka die kene buat ngan laki tu
Salam.
Semoga dia akan sembuh dari derita jiwanya. Kena banyak2 ingat Allah je.
simpati dengan die.. lagi muda dari aku lak tu.. moga pulih hendaknye.. tapi yang peliknye nape kakak tu still nak kat laki tu? ni r susah kalau dah cinta mati.. ish ish
Post a Comment