CORETAN TERBARU NADH

Ragam si ayah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Semalam aku tertarik dengan ragam seorang ayah berbangsa cina. Bukan main setia menjaga anak kecilnya yang bermain di Playground JJ. Yang ibu aku tak tahu ke mana. Ada jugak budak-budak lain main. Ganas tapi mak ayah diorang tak ada ke nak tengok-tengokkan?

Kita bukan kongkong aktiviti diorang, kita cuma mengawasi. Kalau terjatuh, tak pasal berdarah kepala. Sebab lantai tu simen je. Sikit je diletakkan span. Dah tu tepi tangga semua besi. Bahaya. Apapun tahniah kepada bapa berbangsa cina tu. Kagum aku dengan sifat sabar dalam mengawasi anaknya.

Persoalan yang timbul, masih ada lagikah bapa yang sebegitu? Atau nisbahnya 1:9? Tanggungjawab tu bukan untuk kaum ibu je. Jadi, bapa-bapa di luar jagalah anak-anak anda. Jangan harap ibu si anak semata-mata. Dunia sekarang makin bahaya. =)

12 comments:

Sunah Sakura said...

ok yu....baiklah...

reenapple said...

aku harap aku jumpa ayah sebegitu untuk anak2 aku nanti. Caring dan sabar. Haha

Cik Asma BLuppy said...

betul tu. dunia skrang makin bahaya.

aku HaniAsyira said...

terlalu lepaskan anak susah jugak kan

maszull said...

assalamualaikum iffah...memang betul tu kita kenalah awasi anak2 kita utk menggelakkan sebarang kejadian yg x elok...:)

Dayang Deno said...

zaman skrg kan bukan mcm dulu...better mak ayah kena jaga betul2

Unknown said...

Betapa penyayangnya si ayah.

Nong Andy said...

setakat ni Dady Shinta macam tulah. Aku merayau ambik gambar dan dia tekun duduk awasi Shinta main kat playground.. adakala kami tukar turn..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nak ada suami yang jadi ayah macam tu..

**tetiba

hahaha

MalizaMah said...

SALAM IFFAH, LAMA LEEZA TAK BERKUNJUNG KE SINI.... maaf sibuk sikit.
amacam exam?

Kira Sakura said...

ok nanti akak suh pakcik tue jaga kembaq kitorang Eh hahahahaha

kay_are said...

ade je rase nye cume bese si ayah ni tak nak tunjuk.. tu r masalahnye.. huu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers