ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry ini ditulis oleh Iffah Afeefah pada pagi hening yang sunyi lagi dingin. Umurnya 23 tahun untuk tahun ini. Dia seorang perempuan. Dia juga seorang bakal guru yang masih menunggu berita untuk dipanggil bekerja. Sementara itu dia duduk menjaga anak-anak buahnya sambil menjadi Admin kepada satu group yang jiwang dan sengal iaitu Masih Cinta. Boleh request untuk join. Dia juga single. Haha
Serius muntah tulis macam karangan kanak-kanak. Okey, itu baru mukadimah. Sebenarnya aku nak menjawab kepada soalan-soalan cepu mas dari kawan-kawan. Bukan dari family. Aku tak tahu motif family aku sikit pun tak kisah yang aku masih sendiri.
Kawan aku tanya,"Kawan-kawan kita dah kahwin, kau bila lagi pah?"
Ada blogger lelaki tanya,"Turn kau bila pulak?"
Ada pula tanya, "Sampai bila kau nak sendiri?"
Adik blogger tanya juga, "Akaknya giliran bila?"
Adik blogger tanya juga, "Akaknya giliran bila?"
Dan aku tak ada jawapan untuk itu. Aku masih sendiri dan aku senang begini. Jiwang tak semestinya dah nak kahwin kan? Lagipun untuk bercakap pasal cinta, tak semestinya perlu bercinta. Aku masih senang begini. Aku tak nak dianggap desperate sebab main pilih je lelaki yang nak pimpin aku bila dah kahwin nanti. Aku memang memilih. Yang penting, ada hikmahnya semua ini. Aku tahu Allah nak aku berkhidmat dengan ibu ayah aku dulu. Kalau dah kahwin boleh buat tapi ia terhad. Percayalah! Aku nampak melalui pengalaman orang terdekat dengan aku.
14 comments:
23 ye, kamik 21, hihi :D
yaaa aku setuju. Alaaa. relak la.. aku pun nk masuk umur baya kau tapi aku tak terfikir sgt.. hahah. Jodoh akan muncul.. eheheh
~reenapple~
Sebab belum jumpa yg terbaik utk dijadikan pasangan.cer tetiba ada jejaka hebat yg berkualiti melamar? Mampu tolak x agak2 nye? Jodoh tu rahsia Allah..tunggu saja detik ya
bila berjumpa yang sebenar. kamu akan tahu feel nye...
insyaAllah..adalah tu..belum sampai masa nye kot.. ^__^
entahlah iffah. susah nk jangka kahwin2. bila tgk2 org kahwin seronok. bila direnung dlm2.. dugaan byk, cabaran byk.. besar tanggungjawab. sediakah aku???? tepuk dada sndiri .. pasti ada jawapan. jadi selagi jawapannya bukan YA or YES.. maka tangguhkan dulu.
deno pun still sendiri... deno gadis 23 tahun mcm ifa yg still single.. tak pernah ada pengalaman bercinta.. hanya bercinta dengan allah dan famili.. tp bukan mudah kan, mahu mencari teman hidup yang boleh menerima deno yang sakit ini... susah mencari org yg benar2 memahami sakit seperti deno selain keluarga sendiri :)
Kahwin ni memang besar tanggungjawabnya, bila dh kawin bukan brmaksud kita dgn buah hati kita je tapi nk kna juga bagi tanggungjwb dgn mak n pak mentua dgn anak2 diorang dan makcik n pakcik diorang skali.. Makin brkembang tanggungjwb tu
BY: djdanchef
== ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==
ok lagi tu baru 23... bukan apa2 lagi kan.. =)
I was very happy to uncover this great site. I
need to to thank you for ones time just for this wonderful read!
! I definitely loved every part of it and i also have you
saved as a favorite to look at new information in your web site.
Also visit my web site : youtube.com
uish..takpelah awak..23 tu kira masih muda lagi tu..chill je. jodoh pasti ada. tunggu sahaja. perancanganNya pasti tiba :)
bab terbatas tu aku agreed. kalau dah kawin memang byk tanggungjawab lain.. terutama $$
jadi baiki hubungan.. rapatlah dgn ibu bapa sehabis baik masa bujang.. sebab bila dah kawin kelak.. memang lain sikit.. byk hal kena di ambil kira..
23 masih sgt muda.. sgt..sgt.. haha. jgn fikir kawin dulu.. hehe
family bukan tak kisah tapi dorg xnak iffah dalam keadaan tertekan bila dorg sibok tnya soklan yg sama. mungkin itu motifnya ;)
Jodoh. rahsia Allah bila dah tiba masanya mesti dipermudahNya. insyaAllah ;)
semoga jodoh yg bakal mengiringi adik akak nie yg mampu menjaga dia sebaiknya amin
takyah amek kisah sangat ape orang cakap.. kalau ade jodoh nanti jumpe r orang yang sesuai kan? amin.. =)
Post a Comment